CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Motor 125ZR Terpatah Dua Lepas Langgar Bonggol

24-5-2023 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 861| Komen: 12

Description: PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah adiknya, menyaksikan motosikal jenis Yamaha 125ZR yang terpatah dua selepas melanggar bonggol.
PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah adiknya, menyaksikan motosikal jenis Yamaha 125ZR yang terpatah dua selepas melanggar bonggol.

Menerusi perkongsian Lynn AR di akaun TikTok miliknya berkata, adiknya yang sudah terbiasa pulang kerja memeriksa rakaman CCTV di rumah mereka terkejut apabila melihat insiden tersebut.




“Berlaku betul-betul depan rumah adik aku time (semasa) dia pergi kerja. Dia selalu periksa CCTV setiap kali balik rumah. Tak sangka ada kejadian ini,” katanya.

Tambah Lynn, dia berharap penunggang motosikal dapat mengambil iktibar kejadian ini.



“Semoga yang terlibat tak cedera serius. Pengajaran untuk semua penunggang motosikal. Periksa dulu sebelum bawa. Mujur tak ada kenderaan lain dekat depan atau belakang motosikal,” ujarnya.


Di ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pandangan mengenai kejadian ini.

“Aduhai kesiannya. Nasib baik tak berlaku di jalan yang sesak. Harap tak terbeli yang sambung ‘welding’. Kesian ‘brother’ tu,” ujar Mohd Hafiz Pakdo. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ResellerMaxis 24-5-2023 11:46 AM
Dulu dulu memang orang pesan. Kalau pakai 125 xleh bawa Awek besar sikit. Kena kecik kecik je. Sebab 125 ada sebatang monoshock je kat tengah motor. Xde absorber kiri kanan kat belakang macam kebanyakan motor lain.

Ni dah ar bawa Awek. Lalu bumper laju lak.
Quote rikiruj 24-5-2023 12:39 PM
Malaysia meme feveret bonggol2 ni… kalau kat taman selang 10 meter ada bonggol..
Quote Thunderclouds 24-5-2023 01:35 PM
Bidio mane bidio?
Quote gigahertz 24-5-2023 03:39 PM
ResellerMaxis: Dulu dulu memang orang pesan. Kalau pakai 125 xleh bawa Awek besar sikit. Kena kecik kecik je. Sebab 125 ada sebatang monoshock je kat tengah motor. X ...

i syak ni motor body lain , enjin lain , geran lain.

Quote atai 24-5-2023 04:12 PM
peh motor pun pun ada halfcut ke?
Quote sharlenetexas 24-5-2023 04:14 PM
gigahertz replied at 24-5-2023 03:39 PM
i syak ni motor body lain , enjin lain , geran lain.

Motor potong?

Quote gigahertz 24-5-2023 10:55 PM
sharlenetexas replied at 24-5-2023 08:14 AM
Motor potong?

Motor restore. Part by part. No chasis dan enjine x sama
Quote Kangkung1M 24-5-2023 11:38 PM
Thunderclouds replied at 24-5-2023 01:35 AM
Bidio mane bidio?

[ig]https://www.instagram.com/reel/Csm-PgzuTHh/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote Thunderclouds 25-5-2023 07:12 AM
Kangkung1M replied at 24-5-2023 11:38 PM



Tengss..nah munge
Quote bottombikini 25-5-2023 07:42 AM
sorry aku tegelak baca tajuk

Quote rosedemon 25-5-2023 08:15 AM
ni motor grade apa ni cilaka la
Quote pooh~key 25-5-2023 08:31 AM
rikiruj replied at 24-5-2023 12:39 PM
Malaysia meme feveret bonggol2 ni… kalau kat taman selang 10 meter ada bonggol..

Yihhhh kan sis? Benci akak setiap masa nak bonggol sis. Bila bagi peminat tetek yang design jalan, hah inilah natijahnya dekkkk!

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.050818 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top