Selepas mendapat tajaan menunaikan haji pada 10 Jun depan, Zul Ariffin terpaksa menunda beberapa projek lakonan. Keputusan tersebut dibuat kerana dia tidak mengetahui tempoh keberadaan semasa melaksanakan Rukun Islam kelima itu.
“Ada beberapa projek yang terpaksa saya tunda termasuk bersama Astro. Kalau ibadah umrah kita boleh jangka berapa lama sebab kita sudah tahu bagaimana keadaannya. Namun, ibadah haji saya belum tahu. “Disebabkan itu, saya terpaksa tunda projek kerana bimbang tak dapat beri komitmen. Saya menerima jemputan tapi bukan melalui Tabung Haji,” katanya kepada Utusan.
Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) itu turut teruja apabila diberi rezeki menunaikan haji selepas tiga kali mengerjakan umrah. Katanya, dia kini sedang sibuk membuat persiapan dan menghadiri beberapa kursus haji sebelum bertolak ke Tanah Suci Mekah dalam tempoh dua minggu lagi.
“Sudah rezeki saya tiba-tiba dijemput (menunaikan haji). Saya tak gementar, saya sangat teruja sebenarnya.
“Sebelum ini, saya pergi menunaikan umrah tiada lautan manusia. Kali ini saya akan alaminya sendiri sebab selalunya tonton dalam televisyen sahaja. Tambahan pula, musim panas sebab suhu di sana sekarang mencecah 45 darjah celsius,” katanya. –CARI Sumber: Utusan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|