Oleh : TS LOO Walaupun terdapat papan penyata di semua stesen minyak yang memberi peringatan kepada semua pemandu adalah diwajibkan mematikan enjin dan dilarang menggunakan telefon bimbit bagi mengelakan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku.
Tetapi pastinya ada juga sebilangan orang yang tidak mengikut peraturan, bukan sahaja tidak mematikan enjin kereta, malah ada pula yang menggunakan telefon bimbit samada di dalam kereta atau pun di luar kereta iaitu sektar kawasan stesen minyak petrol, akibatnya adalah seperti apa yang terjadi dalam video berikut.
FAKTA PENTING PAPARAN VIDEO TERBABIT : 1) Kereta Ciptaan Perancis berjenama Citroen 2) Tidak mematikan enjin ketika isi minyak petrol 3) Budak berbaju merah masuk kereta ketika itu 4) Pemandu ambil banyak kertas tisu untuk lap muka 5) Ketika budak menutup pintu di tempat duduk belakang sebelah kiri, bahagian isi minyak petrol pada kereta terbakar. 6) Budak dan perempuan yang berada dalam kereta segera keluar melarikan diri dari kereta 7) Ada orang ambil baldi yang penuh dengan air untuk memadam api ( Ini adalah tindakan yang salah ) 8) Tuan punya kereta di belakang segera memandu keluar keretanya 9) Kakitangan stesen tersebut pantas memadam api dengan menggunakan tangki pemadam api yang terletak di tempat isi minyak petrol 10) Api berjaya dipadamkan. Perhatian ! Ketika api terbakar, orang ramai biasanya akan serta-merta terfikir menggunakan air untuk memadam api, akan tetapi ada sesetengah kebakaran adalah tidak boleh gunakan air untuk memadam. Sekiranya kadar ketumpatan bahan cecair mudah bakar itu lebih kecil daripada air (antaranya minyak petrol), jadi tidak patut menggunakan air, kerana bahan cecair mudah bakar itu akan terapung atas permukaan air dan terus membakar. Apabila paparan video tersebut dikongsikan dalam laman Facebook, ada orang mendakwa " orang yang berada di dalam kereta sedang main telefon bimbitnya" , namun disebabkan keadaan dalam kereta tidak dapat dilihat dengan jelas melalui paparan video tersebut, maka tidak dapat mengesahkan sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut. Mungkin sebelum ini anda pernah mengisi petrol tanpa matikan enjin, atau pun mungkin selama ini anda sering menggunakan telefon bimbit ketika di stesen minyak dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, namun demikian ini tidak bermakna perbuatan anda adalah selamat dan diizinkan. Bagi meminimumkan peratusan bahaya ke tahap yang paling rendah, mohon jasa baik semua pemandu yang bertanggungjawab demi keselamatan diri dan orang lain, adalah diwajibkan mematikan enjin dan dilarang sama sekali menggunakan telefon bimbit. PERKARA YANG DILARANG LAKUKAN KETIKA DI STESEN MINYAK PETROL : 1) Tidak mematikan enjin ketika isi minyak petrol 2) Kerta tidak boleh salah isi minyak petrol 3) Mneggunakan telefon bimbit ketika berada di stesen minyak petrol 4) Merokok di kawasan stesen minyak petrol. |
26
Bagus |
34
Marah |
23
Terkejut |
26
Sedih |
17
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noor2 replied at 20-10-2015 05:44 PM
Apa maksud no.2....kereta tidak boleh salah isi minyak petrol?
renko replied at 20-10-2015 05:53 PM
mksdnye jgn la kereta petrol
pergi isi diesel
noor2 replied at 20-10-2015 05:55 PM
Oo..ok tq...ingat kut tertukar 95 ke 97 ker....
mommymonster82 replied at 20-10-2015 05:58 PM
Boleh tak nak komplen jugak pasal kes lain kt stesenminyak ni..tgh peak hour cam blik raya ke stesen ...
ADVERTISEMENT