CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Pengalaman Jaga Bapa Sakit, Isteri Umur 24 Tahun Seronok Kahwin Suami Tua Usia 62 Tahun

23-5-2023 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5772| Komen: 146

Kota Bharu: Jarak usia 38 tahun bukan halangan untuk Mohamed Saman dan Nur Arelya Azahar jatuh cinta dan berkahwin.

Keikhlasan dalam perhubungan menyatukan mereka yang sah bergelar suami isteri pada 13 November 2020.


Kasih sayang antara pasangan itu dapat dilihat menerusi video dimuat naik Nur Arelya di TikTok baru-baru ini hingga rata-rata netizen kagum melihat kemesraan mereka.


Foto: Harian Metro

Menurut Nur Arelya, 24, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berkahwin pada usia muda sebelum ini kerana sibuk dengan kerja.

Bagaimanapun, Nur Arelya menerima ketentuan Ilahi yang menentukan jodohnya dengan pasangan yang jauh lebih berusia.

Mengimbas detik awal pertemuan, Nur Arelya berkata, dia berkenalan dengan suami yang berusia 62 tahun kira-kira empat tahun lalu ketika bekerja sebagai pembantu di sebuah restoran.

"Suami selalu singgah makan di situ jadi daripada situ, kami berkenalan.

"Mulanya suami sebagai pelanggan saja namun lama kelamaan nampak dia beranikan diri tegur saya dan nyatakan hasratnya untuk berkenalan.

"Awal 2020, suami luahkan perasaannya terhadap saya dan ajak kahwin. Pada mulanya saya tak layan tetapi jadi lembut hati dan menerimanya selepas melihat kesungguhannya serta tahu statusnya yang sudah menduda sejak kematian isteri pada 2018," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nur Arelya, dia ada tiga tahun pengalaman menjaga bapanya, Azahar Mohamad Noor yang meninggal dunia pada Mac 2020 akibat bengkak belakang badan berikutan penyakit Raja Satong (bisul banyak mata).

Justeru, Nur Arelya yakin tiada masalah untuknya menjaga dan menguruskan keperluan suami yang menghidap diabetes.

"Lagipun, saya juga adalah pesakit bipolar dan tak boleh tinggal berseorangan terutama dalam gelap.

"Suami pula selalu bagi sokongan jadi saya yakin dia tidak akan biarkan saya sendiri malah kami akan jaga satu sama lain," katanya.

Berhubung perkongsiannya di TikTok, Nur Arelya berkata, terlalu ramai yang mendoakan kebahagiaannya dan suami walaupun tidak mengenali mereka secara peribadi.

"Kebanyakannya positif dan saya ucapkan terima kasih atas doanya, semoga yang baik juga berbalik kepada mereka.

"Bagaimanapun, ada juga yang kecam dengan mengatakan saya terima suami kerana hadap wang pencen suami selain persoalkan kemampuan saya menjaganya (suami).

"Saya terima saja apa pun komen dilemparkan kerana niat saya berkongsi video di TikTok adalah untuk mencipta kenangan, tak lebih daripada itu," katanya.

Sementara itu, suaminya, Mohamed yang juga pesara pembantu operasi Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu berkata, dia tidak terfikir untuk mencari pengganti selepas kematian isteri.

"Cuma, saya duduk rumah seorang diri, nak makan dan minum pun payah.

"Jadi, saya bersyukur selepas dipertemukan dengan isteri yang sudi menerima saya walaupun sudah berusia dan yakin dia dapat jaga saya sehingga akhir hayat," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 23-5-2023 10:19 AM
Ruginya kau dekkk
Dpt keranduk dah berkedut
Quote krustykrab 23-5-2023 10:36 AM
Ok la tu bijak dia, cari yg ada pencen. Senang hidup nnt.


Org laki ni mmg oku ke, mmg nk kena mkn minum di jaga org ke..
Quote mamajawie 23-5-2023 10:45 AM
tu bapak ko mmg la ko kne jaga..ni pakcik lain takde kne mengena dgan ko..da x memasal kena jaga ong tua smpai kemati..
Quote SWORKS27 23-5-2023 10:51 AM
zuriey replied at 23-5-2023 02:19 AM
Ruginya kau dekkk
Dpt keranduk dah berkedut

dah jodoh..dia bukan kisahkan sangat pasal negesex pemikiran bani melayu nih..menutuh aje kejenye...
kurang2 ada org jaga dia..sebab dia pun bipolar....

Quote shernazz 23-5-2023 10:54 AM
Bior le
Janji bukan laki.orang...
Depa juga yang sedap..
Quote SedihPedih 23-5-2023 10:59 AM
dh minat dia jaga org tua.. ok la tu.. nampak mcm win2 situation.
Quote dekmieDandy 23-5-2023 11:04 AM
ayah aku cakap, kalau keje gomen and gred gaji tinggi-tinggi

sebelum pencen diorang kena masuk training/program kesedaran pasal khawin muda ni

sebab nanti dah pencen mesti ramai orang muda ngorat

betul ke dak tu tak tahu lar
Quote makadek 23-5-2023 11:37 AM
Biorlah lg pun dia ade skit mental ada gaklah nk kwin dgn dia.. Pencen laki dia berapa je pn paling2 1k lbh kira hidup sederhana jgn membiak ramai2 udah sorang cukup buat teman
Quote Yoonggi 23-5-2023 11:40 AM
dah dia pun rela dan sanggup. lgpun saling jaga-menjagai satu sama lain. ok la tu. age is just a number gitchew
Quote vanillaninja 23-5-2023 11:43 AM
Pakcik ni takde anak ke. Pencen pembantu operasi ni berapa je uols. Bukan officer pun kan.
Quote nw111 23-5-2023 11:46 AM
dekmieDandy replied at 23-5-2023 11:04 AM
ayah aku cakap, kalau keje gomen and gred gaji tinggi-tinggi

sebelum pencen diorang kena masuk trai ...


Kalau kawin lps pencen bukan bini blh dpt pencen forever pun kalau mati laki tu... rasanya takat 20 yrs je..
Quote scorpionkiki 23-5-2023 11:53 AM
dekmieDandy replied at 23-5-2023 11:04 AM
ayah aku cakap, kalau keje gomen and gred gaji tinggi-tinggi

sebelum pencen diorang kena masuk trai ...

Abang i la salah satunya. Bini meninggai. Umoq dia pulak lebih 55. To date ada at least 20 calon bersedia kawin dgn dia dgn purata umoq 35 thn. 20an pun ada tau. Kalau i sebut nama dia kat sini rasa 80% Acik forum kenal
Quote scorpionkiki 23-5-2023 11:54 AM
vanillaninja replied at 23-5-2023 11:43 AM
Pakcik ni takde anak ke. Pencen pembantu operasi ni berapa je uols. Bukan officer pun kan.

Orang kerja pejabat tanah yg i tau bnyk tanah...dan i rasa pakcik ni mmg bnyk tanah
Quote ifanonline 23-5-2023 11:54 AM
pakcik tu masih boleh tegang...cuma larat ke tidak banyak round?
Quote ninja boy 23-5-2023 12:03 PM
Ada pencen ok lah,  jgn nnt berebut dgn anak bini 1st, agak2 lepas ninggal boleh cari org tua tunggu masuk kubur yg lain org pencen gov jugak kumpul pencen 2-3 org, kaya2
Quote midori888 23-5-2023 12:05 PM
Win - win situation...
Quote capiloton 23-5-2023 12:08 PM
Edited by capiloton at 23-5-2023 12:13 PM
Justeru, Nur Arelya yakin tiada masalah untuknya menjaga dan menguruskan keperluan suami yang menghidap diabetes.

"Lagipun, saya juga adalah pesakit bipolar dan tak boleh tinggal berseorangan terutama dalam gelap.

laki ada diebetes, yang bini ada bipolar

jangan memain dgn org ada bipolar
regular people can not handle it, kena jumpa professionals

aku punya ex dulu pong ada bipolar,
life is like living in a hell hole

kalau terjumpa lagi lepas ni, mmg aku run for the hills
run forest runnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Quote ctkusiam 23-5-2023 12:09 PM
Bior ler deme nk kahwin..janji ikhlas jgn ada niat lain sudah..menjaga antara satu sama lain katanyer ye idok haha. esk2 pakcik dh meninggal jgn pula ank2 tiri berebut harta pulak. penat je mak muda menjaga. kihkih
Quote Prickford 23-5-2023 12:10 PM
krustykrab replied at 23-5-2023 02:36 AM
Ok la tu bijak dia, cari yg ada pencen. Senang hidup nnt.

Dia cari yg berpencen. Laki plak cari yg muda2. Masalahnya si bini plak asa bipolar..adoi laa

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.110498 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top