CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tergamak Bapa Tinggal 3 Anak Di Balai Polis Sebab Tak Sanggup Nak Sara

23-5-2023 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1731| Komen: 23

Description: Seorang lelaki tergamak meninggalkan tiga anaknya yang masih kecil di balai polis kerana tidak sanggup menjaga mereka.Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui mengenai tindakan bekas suaminya itu.Kej ...
Seorang lelaki tergamak meninggalkan tiga anaknya yang masih kecil di balai polis kerana tidak sanggup menjaga mereka.

Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui mengenai tindakan bekas suaminya itu.


Kejadian berlaku pada Februari lalu apabila tiga beradik berusia enam, tujuh dan 11 tahun ditinggalkan di rumah adik-beradik bapanya di Kuala Lumpur sebelum mereka dihantar ke sebuah ibu pejabat polis daerah di Pahang.


WANITA bersama tiga anaknya kini tinggal dan menyewa sebuah bilik di Bera.

Wanita berusia 33 tahun yang enggan dikenali itu berkata, dia berpisah dengan suaminya sejak 2019 dan kini memikul tanggungjawab besar untuk membesarkan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan.

Katanya, nasib malang menimpa ketiga-tiga anaknya itu terbongkar selepas dia dihubungi pihak polis untuk datang mengambil mereka.

“Dahulu, bekas suami yang jaga anak tetapi tidak lama selepas itu, suami sanggup tinggalkan mereka di balai polis atas alasan sudah tidak mampu untuk menyara mereka.


“Sedih, perit bila berlaku begini, hendak marah pun tak guna. Mereka adalah anak-anak saya dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk membesarkan mereka dalam keadaan hidup yang makin mencabar hari ini,” katanya.

Menurutnya lagi, pada masa ini dia hanya bergantung sepenuhnya kepada duit simpanan yang semakin menyusut selain bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan zakat untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Katanya, wang bantuan yang diterima itu digunakan bagi membayar sewa bilik sebanyak RM400 sebulan selain untuk menampung keperluan harian anak-anaknya.

“Dengan sewa bilik RM400 sebulan, saya kena cari kerja yang bersesuaian. Macam-macam kerja saya minta, tetapi masih belum dapat kerja tetap, sedangkan saya perlu menyara keperluan anak-anak.

“Di rumah ini ada beberapa keluarga dan orang bujang yang menyewa dan ada satu keluarga yang baik dengan saya dan anak-anak. Kami selalu berkongsi makanan sebab saling memahami kesusahan masing-masing.

“Kami pernah lalui hidup tanpa makanan dan keluarga berkenaan sanggup berkongsi dan ajak kami untuk makan bersama.

“Kalau mereka tahu saya tak makan lagi, mereka akan paksa saya makan sebab bimbang,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pada masa ini dia telah mendaftarkan anaknya yang berusia tujuh dan 11 tahun di sebuah sekolah di Triang, manakala anaknya yang berumur enam tahun dijaga jiran sekiranya dia keluar mencari kerja.

Katanya lagi, memandangkan anaknya baru bertukar sekolah dari Selangor, mereka masih belum menerima sebarang bantuan di sekolah kerana proses permohonan memerlukan tempoh tertentu.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 23-5-2023 09:20 AM
Nasib lelaki macam ni pasti terbela... Maklumlah ramai enabler.
Quote whimsicalmusic 23-5-2023 01:32 PM
senangnya xboleh nk sara da, tgk mcm tu je. last2 jd tanggungjwb mak terus. kalo mak blh usaha cr jalan, kenapa bapak xboleh?
Quote mejaputih 23-5-2023 02:05 PM
kesiannya anak2...sure terpalit dlm ingatan peristiwa ditinggalkan ayah di balai polis...semoga anak2 ni membesar dgn baik...jgn si bapak dtg semula bila dh berjaya nnt...
Quote pokokmeranti 23-5-2023 02:10 PM
satu perkara aku hormat, si bapa tak buang merata. dia tahu kemana nak selamatkan anak2nya.
Quote jalfa 23-5-2023 02:14 PM
Oklah dari dia campak dalam hutan.kak kalau tak mampu discus dgn jkm la kak..kesian anak anak tu...bg jkm jaga.confirm terjaga makan minum dan pelajaran
Quote krustykrab 23-5-2023 02:18 PM
Awat tk letak kt jkm je...
Kalau kes mcm ni, apa tindakan mahkamah syariah terhadap bapa & waris kanak² sebelah bapa
Quote Purplehaz 23-5-2023 03:45 PM
Selalunya kes mcm ni, waris terdekat yg dicari, bapa, mak, Atuk nenek, pakmak sedara, jika takda atau x sanggup nk jaga, buka kes barulah dihantar kat rumah kebaikan.
Quote Skuau 23-5-2023 04:05 PM
mungkin bapanya memang nk bg omaknya jaga..kalo tak..mana pak polisi dpt no nya...
Quote TOPwind 23-5-2023 04:11 PM
kena buat kajian ni nape

asal miskin je anak berderet

Quote kitaserupaaa 23-5-2023 04:18 PM
Boleh tahan mahal gak sewa bilik kat bera. Rm400. Macam harga sewa bilik medium kat kl
Quote shamsadis 23-5-2023 04:19 PM




tunggu lagi 10 tahun.


Quote AbukRokok 23-5-2023 04:48 PM
TOPwind replied at 23-5-2023 04:11 PM
kena buat kajian ni nape

asal miskin je anak berderet

Dah besar nti sorg bagi 600
3 anak dah 1800
Pkcik kayooo boleh goyang kaki dikala tua
Quote Bawang123 24-5-2023 07:12 AM
Dah ada org buat survey, kenapa org kaya beranak sikit, org miskin beranak ramai.
Org kaya pikir masa depan anak, nak provide utk anak, nak menyimpan utk pelajaran masa depan anak. Jadi bajet utk bela seorg anak tinggi bagi org kaya @pertengahan.
Org miskin beranak ramai sebab 1. S*ks adalah hiburan dorang, dah tak mampu nak keluar duit utk hiburan lain (game, netflix etc)
2. Anak² adalah skim persaraan mereka. Bila anak dah cukup umur utk kerja, mereka akan bergantung pada anak ni. Dlm ramai² anak dorg, dorg expect seorg akan berjaya dan tanggung family. Tu tak termasuk anak sulung jadi parent kedua kepada adik beradik lain lagi.
Quote supernaturalee 24-5-2023 09:45 AM
tgl di balai tu mcm abandon la kan
x kn dia bg tau polis plk "ni nk tgl anak ni
ambik laa"
xde la mcm tu kan

Quote B40tastePosh 24-5-2023 10:05 AM
TOPwind replied at 23-5-2023 04:11 PM
kena buat kajian ni nape

asal miskin je anak berderet

Punca lebih produktif di rumah berbanding di tempat kerja.

Tu je
Quote ninja boy 24-5-2023 11:11 AM
Edited by ninja boy at 24-5-2023 11:12 AM

Kalau income <4000 dan tiada backup wang 10-20k jgn beranak. 3k gaji tu cukup2 pakai sara diri sendiri jah
Quote namr 24-5-2023 11:13 AM
kerat la kotey ko tu hanat, ko igt anak kucing ke tinggal2..kalo tak kerat kang ko membiak lagi kan
Quote shernazz 24-5-2023 11:19 AM
Laki TU elok mati jelah
Hidup pung satu sen tak guna..
Quote arasham 24-5-2023 11:34 AM
shernazz replied at 24-5-2023 11:19 AM
Laki TU elok mati jelah
Hidup pung satu sen tak guna..

100 persen akak sokong

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.293805 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top