Kasihan isteri dan anak-anak seorang pengacara yang dikhabarkan gemar melanggan pelacur lelaki. Sayang sungguh jika benar kerana tidak berubah dan masih galak dengan perangai sama.
Menurut Cik Bunga dari akhbar Utusan, dikatakan sumber khabar angin ini datangnya daripada salah seorang pelacur lelaki yang dilanggan pengacara berkenaan. Khabar berita naluri songsangnya itu dihangatkan lagi apabila didakwa melanggan seorang pelacur lelaki serta seorang mak nyah pada masa sama. Antara bayangan diberikan mengenai empunya diri adalah seorang yang gemar berpantun, pandai bercakap soal agama, berkongsi tip rumah tangga dan motivasi hidup. Namun siapa sangka dia rupa-rupanya pandai bertopeng dan mempunyai sisi jijik. Difahamkan, dia juga pernah mengganggu beberapa lelaki lain. Siapalah gerangan yang disebut-sebut ini? - CARI
|
jihyomelly replied at 22-5-2023 10:37 AM
dulu pun ada kluar speku org yg sama kan?
missHaidiD replied at 22-5-2023 10:41 AM
Org yg iols komen atas tu ke
jihyomelly replied at 22-5-2023 10:45 AM
ha ah…yg tibi 3 bukan abon tu..tak tahu la sahih ke tak sbb dulu pun kata memang suka songsang2 n ...
ADVERTISEMENT