CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadeera Mohon Maaf, Konsep Pakaian Tak Sesuai

22-5-2023 11:22 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1434| Komen: 10

Description: Kuala Lumpur: Penyanyi, Nadeera Zaini yang juga peserta program realiti nyanyian memohon maaf kerana konsep pakaian yang kurang sesuai dengan lagu yang dipersembahkannya iaitu Rahmatun Lil' Alameen.Me ...
Kuala Lumpur: Penyanyi, Nadeera Zaini yang juga peserta program realiti nyanyian memohon maaf kerana konsep pakaian yang kurang sesuai dengan lagu yang dipersembahkannya iaitu Rahmatun Lil' Alameen. 


Menerusi hantarannya di Instagram, Nadeera atau mesra disapa dengan panggilan Nad menerima segala kritikan dengan hati terbuka untuk penampilannya saat menyanyikan lagu berkonsepkan kasih sayang kepada Rasulullah SAW itu. 


"Terima kasih kepada pasukan produksi, pemuzik, penggubah lagu, pasukan penata gaya dan pihak pengurusan yang memberikan Nad kerjasama yang baik. 

"Namun, ada yang memberi komen pakaian yang Nad gayakan kurang sesuai dengan persembahan malam ini. 

"Nad menyusun 10 jari memohon maaf atas kekhilafan yang terjadi. Nad terima segala komen serta saranan dengan hati yang terbuka dan berlapang dada," tulisnya. 

Menurutnya, dia dan pasukannya bertungkus lumus mencari konsep yang sesuai dari pelbagai sudut untuk persembahan minggu ketiga itu. 

"Pada awalnya Nad keliru memikirkan konsep yang sesuai untuk lagu Rahmatun Lil' Alameen, baik dari susunan lagu, pakaian serta konsep persembahan. 

"Susunan lagu asal nyanyian Maher Zain kurang sesuai dengan pertandingan, jadi Nad bersama team management harus menyusun semula agar ia kena dengan 'mood' pertandingan dan sesuai dengan nada suara Nad. 

"Selepas berhempas pulas, akhirnya muncul dengan konsep akhir yang Nad tampilkan sebentar tadi (malam tadi)," tulisnya. 


Di konsert minggu ketiga itu, Nadeera tampil dengan busana merah hati dan menutup sebahagian rambutnya untuk disesuaikan dengan lagu ketuhanan itu. 

Minggu hadapan, Nadeera mendapat tugasan untuk mempersembahkan lagu Bunga Bunga Cinta yang dipopularkan oleh penyanyi, Misha Omar. 


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 22-5-2023 11:25 AM
Confused... Lagu punyalah menyeru2... memuji Rasullullah.. Yg tukang nyanyi nya punnnn.

Bkn lah nak suruh berbungkus mcm Hajjah Neelofa pun tp Kurang2 hormatlah maksud lirik tu.. Kan nak ajak org kebaikan.
Quote Omai 22-5-2023 11:26 AM
hodoh sangat ni dek
Quote Carcosa 22-5-2023 12:00 PM
Pondan lorong mana ni?
Sorry dek, akak tak tgk TV dah lama,so tak kenal.
Tapi muka kau dek, tetap mcm pondan lorong salah bikin
Quote ekselen 22-5-2023 01:56 PM
Leher baju tu membuatkan sheols mcm xde leher...buruks nau nau.. Terganggu iols
Quote zeetot 22-5-2023 02:01 PM
Kau kafir ke sampai taktau mesej or maksud lagu tu
Quote heythere123 22-5-2023 02:03 PM
pakai baju kurung pon okay je, sopan
Quote dekmieDandy 22-5-2023 02:53 PM
sebab huduh, tokti selamber je album tahajud cinta cover album ada jambul
Quote Perawankota 22-5-2023 07:46 PM
Aku tgk petang tadi, geleng kepala.. umur berapa, dah nmpk tua sgt. Gambar atas sekali,ingat kembar kak nita..
Quote chikumanis 23-5-2023 02:14 PM
ko lari ek dek masa ada subjek pendidikan islam kat sekolah? tu sebab otak tak ada kan masa pilih lagu tu untuk nyanyi. yang ko tau, lagu ni hype! bebudak yg nyanyi lagu ni pun, beribu kali sopan dari ko! b0d0h tu simpan sikit
Quote Mooverine 23-5-2023 02:28 PM
mcm lipas saya tgk dia..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048854 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top