Tumpah air mata Scha Al Yahya, 40, saat bercerita tentang cinta dan kasihnya terhadap mahligai perkahwinan yang dibina sejak 11 tahun lalu. Bekas Dewi Remaja 2006 itu ditemui Getaran sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka anjurannya bersama suami.
Pada majlis yang sama turut diadakan acara memotong pulut kuning sempena meraikan ulang tahun kelahiran Scha yang ke-40 dan juga meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-11. Sering kali dilihat sebagai ‘perfect couple’ yang punya ‘perfect family’ kata Scha dalam melayari bahtera rumah tangga selama 11 tahun, mereka juga punya ‘struggle’ yang orang luar tidak tahu. “Memang banyak sangat ‘struggle’. Cuma saya rasa, macam tak sangka dah 11 tahun kerana saya rasa macam sekejap sangat. Memang saya ada banyak masalah. Tapi saya rasa berkat kesabaran masing-masing yang membuatkan kami berdua, Alhamdulillah setakat ini masih lagi boleh bertahan.
“Kami ada ‘struggle’ kami sendiri yang orang tak tahu. Tetapi, seperti yang saya katakan, Awal banyak menguatkan saya. Dia banyak tunjuk contoh yang baik untuk saya. Inilah jodoh saya. Sampai bila jodoh ini akan berkekalan saya pun tak tahu. Tetapi, kita cuba selagi boleh,” ceritanya sambil mengalirkan air mata dan menahan sebak. Ditanya apa yang membuatkan dia tiba-tiba sebak dan mengalirkan air mata kerana dia dilihat jarang sekali menangis, kata Scha dia juga tidak tahu kenapa. “Saya tak pernah menangis untuk benda-benda macam ni. Tak tahulah kenapa hari ini saya menangis. Mungkin kerana faktor umur kot. Tapi seperti yang semua kata, 11 tahun perkahwinan adalah satu jangka masa yang lama. Tetapi bagi saya, 11 tahun ini masih lagi singkat. Rasa macam baru lagi berkahwin dengan Awal. Banyak lagi benda yang saya kena belajar,” kongsinya. Bagi Awal pula, apa yang orang di luar sana tak tahu adalah apabila dia dan Scha bergaduh, mereka ibarat bergaduh dengan musuh. Namun, komunikasi antara kedua belah pihak adalah kunci kepada segala masalah. “Kalau tengok gaduh-gaduh di Instagram itu macam manja sangat. Sebenarnya kami bergaduh macam musuh yang bergaduh. Kalau orang tengok mesti mereka tak sangka.
|
Themilo replied at 22-5-2023 11:58 AM
gaduh memang macam musuh la, sebab women dengan women
Themilo replied at 22-5-2023 03:58 AM
gaduh memang macam musuh la, sebab women dengan women
Themilo replied at 22-5-2023 11:58 AM
gaduh memang macam musuh la, sebab women dengan women
seri_mawr replied at 22-5-2023 01:34 PM
dua ni matang....harap2 berkekalan sampai akhir hayat....
LadyCarefree replied at 22-5-2023 04:16 PM
Awal jd pengacara pun xlah merapu pastu buat lawak bodoh. Both dia dgn scha sangat2lah santai frie ...
Themilo replied at 22-5-2023 11:58 AM
gaduh memang macam musuh la, sebab women dengan women
stania83 replied at 22-5-2023 02:15 PM
-ramai yg ingat awal yg styling kan scha hakikatnya its the other way round
-kunci kebahgiaan Awal t ...
ADVERTISEMENT