CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4780|Reply: 41

'Orang Mesti Tak Sangka, Kami Bergaduh Macam Musuh ' - Scha Al Yahya Menangis Cerita Tentang Perkahwinan

[Copy link]
Post time 22-5-2023 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Tumpah air mata Scha Al Yahya, 40, saat bercerita tentang cinta dan kasihnya terhadap mahligai perkahwinan yang dibina sejak 11 tahun lalu.


Bekas Dewi Remaja 2006 itu ditemui Getaran sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka anjurannya bersama suami.




IG




Pada majlis yang sama turut diadakan acara memotong pulut kuning sempena meraikan ulang tahun kelahiran Scha yang ke-40 dan juga meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-11.


Sering kali dilihat sebagai ‘perfect couple’ yang punya ‘perfect family’ kata Scha dalam melayari bahtera rumah tangga selama 11 tahun, mereka juga punya ‘struggle’ yang orang luar tidak tahu.


“Memang banyak sangat ‘struggle’. Cuma saya rasa, macam tak sangka dah 11 tahun kerana saya rasa macam sekejap sangat. Memang saya ada banyak masalah. Tapi saya rasa berkat kesabaran masing-masing yang membuatkan kami berdua, Alhamdulillah setakat ini masih lagi boleh bertahan.


“Kami ada ‘struggle’ kami sendiri yang orang tak tahu. Tetapi, seperti yang saya katakan, Awal banyak menguatkan saya. Dia banyak tunjuk contoh yang baik untuk saya. Inilah jodoh saya. Sampai bila jodoh ini akan berkekalan saya pun tak tahu. Tetapi, kita cuba selagi boleh,” ceritanya sambil mengalirkan air mata dan menahan sebak.




IG




Ditanya apa yang membuatkan dia tiba-tiba sebak dan mengalirkan air mata kerana dia dilihat jarang sekali menangis, kata Scha dia juga tidak tahu kenapa.


“Saya tak pernah menangis untuk benda-benda macam ni. Tak tahulah kenapa hari ini saya menangis. Mungkin kerana faktor umur kot. Tapi seperti yang semua kata, 11 tahun perkahwinan adalah satu jangka masa yang lama. Tetapi bagi saya, 11 tahun ini masih lagi singkat. Rasa macam baru lagi berkahwin dengan Awal. Banyak lagi benda yang saya kena belajar,” kongsinya.


Bagi Awal pula, apa yang orang di luar sana tak tahu adalah apabila dia dan Scha bergaduh, mereka ibarat bergaduh dengan musuh. Namun, komunikasi antara kedua belah pihak adalah kunci kepada segala masalah.


“Kalau tengok gaduh-gaduh di Instagram itu macam manja sangat. Sebenarnya kami bergaduh macam musuh yang bergaduh. Kalau orang tengok mesti mereka tak sangka.




  



“Tetapi perkara sebegini memang kami tak kongsikan kepada umum. Kalau ada apa-apa masalah sekali pun, ia cuma berlaku di dalam rumah sahaja. Mungkin hanya orang dalam rumah dan kawan-kawan terdekat sahaja yang tahu apa yang terjadi.


“Tetapi bila difikirkan semula, banyak rintangan yang telah kami lalui. Tak berbaloi untuk lepaskan perkahwinan untuk pergaduhan yang biasa. Saya sangat bersyukur kerana Scha seorang yang sangat berteru-terang. Jika ada masalah kami akan berbincang.


“Sebagai seorang suami saya sangat bersyukur kerana jika ada masalah, Scha akan ajak berbincang. Jadi bila ada komunikasi, daripada situasi tegang, barulah kita dapat tahu apa yang masing-masing rasa dan akan minta maaf satu sama lain.


“Dulu saya tak tahu bahawa komunikasi dalam hubungan adalah sangat penting sampailah saya kahwin dengan Scha. Mungkin, inilah resepi yang kami cuba amalkan dalam menjaga rumahtangga. Walau ada masalah besar macam mana pun, ia dapat diselesaikan dengan baik jika ada komunikasi dari kedua belah pihak,” ujarnya.


Menurut pasangan ini lagi, mereka juga sangat berhati-hati dalam berkongsi apa-apa perkara di media sosial masing-masing.


“Mungkin dulu saya ada la muat naik ‘quotes’ perli-perli di media sosial. Tetapi bila semakin meningkat usia dan sudah 11 tahun melayari rumah tangga, Scha akan tanya perlu ke saya buat semua itu? Perlu ke nak perli dalam media sosial sampai orang luar tahu?


“Dan saya terfikir sebenarnya orang kat luar tu tunggu masa sahaja nak tepuk tangan nak tengok masalah kita jadi lagi besar. Kalau ada apa-apa masalah, jadikan media sosial sebagai tempat terakhir untuk kita pilih.




  



“Kalau tengok kami lama tak ‘post’ apa-apa di media sosial, maknanya tengah gaduh la tu. Kami ambil pendekatan jika kami bergaduh, dua-dua tidak akan ‘post’ apa-apa di media sosial,” kongsi Awal.


Scha dan Awal telah berkahwin pada 4 Mei 2012. Sepanjang 11 tahun perkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 9, dan Lila Amina, 2.  




Sumber: Getaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2023 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
jawapan yg sgt matang dan tak fake..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 12:12 PM | Show all posts
Themilo replied at 22-5-2023 11:58 AM
gaduh memang macam musuh la, sebab women dengan women

kikikiki. girtttuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah.. mana ada perkahwinan yg x gaduh. Yg penting kena sabarrrrrr buang ego  asalkan bukan kes curang , dadih dll itu mau perang
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaya Scha maghohhh si Awal sbb sindir2 kat ig tu sebijik macam i, macam tak matang ye nak sindir2 kat media sosial
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 01:59 PM | Show all posts
Themilo replied at 22-5-2023 03:58 AM
gaduh memang macam musuh la, sebab women dengan women

iols pun terfikir psl isu ni sbb selalu terfikir dia short temper ke tak sbnrnye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2023 02:15 PM | Show all posts
-ramai yg ingat awal yg styling kan scha hakikatnya its the other way round
-kunci kebahgiaan Awal tak cari perempuan lain
-scha pulak ada ciri ciri lelaki sikit takde la sensitif sangat
-masa scha ngandungkan yg adik tu scha macam ada depression atau pembawakan budak ke apa entah, dia cut off semua sosial media cancel semua product endorsement dan tak nak jumpa sesiapa. i belive masa tu mesti Awal pon stress
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 02:23 PM | Show all posts
sedangkan lidah lagi tergigit nyahhhhhh! aaagittewww!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang ni suami isteri yg dah mcm bestfriend. Pergi mana2 berkepit. InsyaAllah kekal lama.. sama mcm aeril wawa, hairul hanis.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang sepadan
Lakinya feminin, wife plak maskulin
Laki meroyan kat ig, bininya tegur hahaha terbalik!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 02:34 PM | Show all posts
dua ni matang....harap2 berkekalan sampai akhir hayat....

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 22-5-2023 11:58 AM
gaduh memang macam musuh la, sebab women dengan women

Tarik gambuttt
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat kut nak jadi trend setter. Nak kena look good all the time termasuklah anak2. Dah makin meningkat umur lagi lah malas nak bersiap...pergi function n hosting. Tapi dah tu jer main source of income diaorang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 22-5-2023 01:34 PM
dua ni matang....harap2 berkekalan sampai akhir hayat....

Awal jd pengacara pun xlah merapu pastu buat lawak bodoh. Both dia dgn scha sangat2lah santai friendly people. I like them both.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 04:29 PM | Show all posts
cikki gaduh dengan cikki memang dahsyat lah...
kadang sampai bertahun tak sua muka...

salah sorang kena mengaku kalah gittew takpun scha belikan handbag dan hadiahkan kat bini... terus auto berbaik... lepastu cakar2 balik macam kucing... belikan pulak rambut pelesu dan dress disney princess... terus auto awalina maafkan...

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 11:36 AM | Show all posts
LadyCarefree replied at 22-5-2023 04:16 PM
Awal jd pengacara pun xlah merapu pastu buat lawak bodoh. Both dia dgn scha sangat2lah santai frie ...

betul....dia x merapu merepek...

tapi trend skrg mmg suka host yang merapu2....merepek2...terjerit2 gamaknya la....
makanya iouls yang dah kertu ni ...x melayan dah rancangan2 hiburan....huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2023 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Familiar with this
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 22-5-2023 11:58 AM
gaduh memang macam musuh la, sebab women dengan women

walaupun berjawa membiak, tetap awalina sorang women
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi iols la kan..kalau gado2 tapi tak melibatkan org ketiga..a.k.a curang..biasanya elok je leh baik balik
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
stania83 replied at 22-5-2023 02:15 PM
-ramai yg ingat awal yg styling kan scha hakikatnya its the other way round
-kunci kebahgiaan Awal t ...

No 1 tu..wah..x sangka pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.074941 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list