CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Simpanan Habis, Kontrak Pensyarah Dah Tamat- Pesakit Kanser Ovari Tebalkan Muka Rayu Dana Sebab Permohonan Duit KWSP, Perkeso Belum Lulus

22-5-2023 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4452| Komen: 126

Seorang penghidap barah ovari yang memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos perubatannya susulan penyakit itu.

Disebabkan wang simpanan untuk perbelanjaan rawatan penyakit itu kian berkurang, Adlene Aris terpaksa menebalkan muka memohon bantuan kecemasan daripada orang ramai.


Di Facebook (FB), wanita berusia 39 tahun itu berkata perbelanjaan bagi beg stoma dan peralatan lain yang diperlukannya adalah lebih RM1,000 sebulan.


Foto: mStar


"Disebabkan wang simpanan yang telah diketepikan untuk perbelanjaan rawatan kanser saya makin lama makin kurang, saya merendahkan diri dan menahan malu serta tidak lagi menjaga air muka saya akhirnya.

"Sepanjang 39 tahun hidup, saya tidak pernah dengan rendah dirinya memohon bantuan kewangan kecemasan untuk diri saya sendiri mahupun keluarga terdekat," katanya kepada mStar.

Menurut ibu dua anak ini, perbelanjaan bulanannya tinggi setiap bulan disebabkan dia juga merupakan pengguna lampin pakai buang tegar.


"Kebersihan sangat penting buat saya sehinggakan saya kerap menukar lampin pakai buang. Setakat ini, saya menggunakan lampin jenama Coloplast seperti dicadangkan pihak hospital.

"Memang banyak bantuan untuk pesakit kanser tetapi malangnya saya tidak layak kerana masih tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana (M40). Keluarga sudah banyak mengeluarkan perbelanjaan, tetapi mereka juga ada komitmen masing-masing," tambahnya.

Dalam pada itu, Adlene mengakui ada memohon bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi kategori pencen ilat dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pengeluaran seumur hidup.

Bagaimanapun jelasnya, kedua-dua permohonan tersebut sedang dalam proses dan dianggarkan mengambil masa agak lama.

"Buat masa ini iaitu sehingga saya mendapat pengesahan daripada Perkeso dan KWSP, saya dengan rendah hati ingin memohon bantuan serta derma seikhlas hati daripada semua.

"InsyaAllah sebaik sahaja saya mendapat bantuan yang sepatutnya, saya akan menutup dana ini," katanya sambil menambah dia baru ditamatkan kontrak sebagai pensyarah di sebuah universiti di Cyberjaya, awal Januari lalu.

Bercerita mengenai penyakit itu, Adlene yang kini menetap di rumah ibu bapanya di Bangi menjelaskan dia didiagnos barah ovari oleh Institut Kanser Negara (IKN) sekitar Januari 2022.

Menurutnya, IKN mengesan penyakit berbahaya itu selepas dia menjalani enam kitaran kemoterapi dan dua kali pembedahan berikutan barah rahim yang dihidapi sejak Julai 2021.

"Mula-mula saya disahkan menghidap kanser rahim selepas menjalani pembedahan pertama untuk membuang kista ovarium di Hospital An-Nur Bangi . Kemudian mereka hantar (sampel) ke makmal sebab kista saya pecah.

"Susulan itu, doktor suspek saya ada sel kanser. Bagaimanapun untuk keputusan yang lebih tepat, mereka rujuk saya ke IKN.

"Memandangkan saya baru sahaja selesai pembedahan, doktor saran saya buat kemoterapi dulu supaya luka sembuh. Selepas enam kali kitaran kemoterapi dan pembedahan kali kedua baru didiagnos kanser ovari," katanya.

Sementara itu, ramai warganet menitipkan doa buat Adlene supaya urusan pengeluaran wang dan sumbangan dana dipermudahkan selain diberi kekuatan melawan penyakit berkenaan.

"Ramai sayang Lene. Ramai yang akan bantu Lene. Lene jangan risau ye...Semoga Allah mudahkan segala urusan dan beri kesembuhan kepada Adlene.

"Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zacks 22-5-2023 10:16 AM
Pensyarah kontrak di sebuah universiti di cyberjaya?

Either MMU or Lim Kok Wing.
Quote lurve82 22-5-2023 10:30 AM
pentingnya ada kad medical...aku bukan ejen...tp aku dh guna byk kali kad medical...husband pun ada sakit jantung...sekali masuk rm25k..tu pun ddk 3 hari plus buat angio..semoga dipermudahkan la pesakit ni...kadg2 penyakit pun medical ada limit..time nak amik kad tu baca betul2 benefit
Quote Orix 22-5-2023 10:32 AM
pengajaran buat semua, ambil lah insurans. haritu iols ckap dekat adik iols suruh dia amek insurans dari 2 tahun lepas smpi skrg dia x amek2, iols ckap direct je, esok2 ko sakit msuk spital tetiba kena bayar puluh2 ratus2 ribu ko jgan nak meminta eh, aku da ckap awal2 amek insurans. kalo ko jatuh sakit ms ko dh berhenti kerja ke, kena buang kerja ke, company bankrupt ke pandai2 ko lah nanti..... dia buat bodo je....
Quote botol_tritan 22-5-2023 10:39 AM
Self-reminder utk org yg berkerjaya tapi mengata org yg sakit minta derma (ada a few yg i jumpa). Macamana berkerjaya+mewah gaji mcmana pun, sekali diuji dengan sakit (stroke, cancer), kerja akan hilang, simpanan pun akan habis. Especially cancer, banyakkk sgt consume duit (especially kalau buat diagnostic/therapy kat private). Insurance pun boleh habis. So kalau ada org minta derma tu, x perlu kot nak condemn lebih2, hanya kerana kita masih ada kerja. Sekali diuji, kita pun xtau apa akan jadi. Kita berjaya bukan kerana kita hebat, tapi kerana Allah yg tolong dan belum diuji (untuk org islam). Self reminder utk i je ni n sesiapa yg nak baca. X bermaksud kaitkan siapa2 k.. sorry mode ustazah kejap, rasa mcm ikhtibar pula dgn news ni.
Quote CiliApiPedas 22-5-2023 10:49 AM
Byk dah terjadi kt org sekeliling aku ni. Kerja pangkat tinggi pun sklinya diagnosed cancer terus kne buang kje. Berbulan mc mba ada mjikan nk bayo ko gaji free2 je xkeje cmtuh. Dgn sakit cancer punya supplement lg nk kne bayo pling murah pun 400 ke atas. Tu baru supplement. Ubat2 lain, kos rawatan chemo radhio semua tu mana nk cekau duit? Saving gaji bertahun abis cmtu je.

Apepun semoga dipermudahkn urusan pd lecture ni..
Quote midori888 22-5-2023 10:54 AM
Semoga Perkeso & KWSP bole cepatkan process utk kemudahan this lady...
Quote prettyuglybabe 22-5-2023 10:59 AM
dah masuk portal ni, laju la epf socso buat kerja..
cuba apply zakat juga..
zakat pun banyak je bantu supply barang-barang medical..
Quote Tinot7 22-5-2023 11:01 AM
Takde link utk bg dana apa sumer tu ka?
Quote JamilBinAbu 22-5-2023 11:03 AM
tak ada account number ke untuk membantu ringankan beban dia?
Quote botol_tritan 22-5-2023 11:10 AM
CiliApiPedas replied at 22-5-2023 10:49 AM
Byk dah terjadi kt org sekeliling aku ni. Kerja pangkat tinggi pun sklinya diagnosed cancer terus kn ...

Betul.. i mmg terlibat dgn bidang nuclear medicine ni. Selalu nmpk org yg dah habis insurance dtg IKN. Nak scan dekat gov lamaaa nak tunggu que. So ramai pergi private. Habis duit camtu je. Yg kesian kalau cancer diorg berangkai2. Contoh mula2 breast cancer, lepastu pergi lung. Kerja pun kena buang sebab dah x perform/berulang alik hospital.
Quote bunnyj3lly 22-5-2023 11:10 AM
Yang kata pasal medical card, insurance tu.. medical card tu guna bila inpatient aje. Belanja hari-hari macam pampers, ubat tak cover. Insurance pun kalau ambik yang dulu-dulu takde coverage post diagnosis. Sekarang je ada sikit tapi itu pun yang I tau AIA, dia ada untuk dialisis. But not chemotherapy and other outpatient services. Memang kalau dah sakit kanser atau lain-lain penyakit kronik, boleh jatuh miskin satu keluarga. Itu kalau ada keluarga yang mau jugak menolong.
Quote midori888 22-5-2023 11:19 AM
bunnyj3lly replied at 22-5-2023 11:10 AM
Yang kata pasal medical card, insurance tu.. medical card tu guna bila inpatient aje. Belanja hari-h ...



thank you for sharing....
Quote pokokmeranti 22-5-2023 11:29 AM
teringat seorang pensyarah awam....kanser juga. diwajibkan utk bersara awal atas kesihatan. paling kurang dapat pencen utk rawatan.
Quote syamzana 22-5-2023 11:37 AM
mana acc number/contact/saluran nak diberikan dana nyeh??
kanser ni iols rasa sakit plg keji. tiba2 blh ada, tiba2 blh terus mengganas.

mmg perlukan duit yg byk bila sakit mcm ni, insurans pun boleh habis.
bil iols insurans cmpny habis, insurans dia pun habis tp alhamdulillah cancer survivor dan setahun dlm cuti bergaji, setahun lagi dpt cuti separuh gaji. mujur thn ke3 dia dah beransur sihat dan ngam2 habis thn ke3 blh masuk kerja. sbb masuk thn ke4 mmg kene resign kalau masih sakit.
Quote sayurmayur88 22-5-2023 11:40 AM
kesiannya..
takde no akaun dia ker??
Quote Antifake 22-5-2023 11:40 AM
Mungkin dia pwenah ada medical card tapi tangungan banyak dia kena surrender. Kesian kat dia
Quote midori888 22-5-2023 11:47 AM
syamzana replied at 22-5-2023 11:37 AM
mana acc number/contact/saluran nak diberikan dana nyeh??
kanser ni iols rasa sakit plg keji. tiba2  ...

biasa company mmg akan buat camnie...mula2 byr gaji penuh, lepas tu separuh...takde terus buang mcm tu jer....

tahniah to your BIL as cancer survivor....

teringat my ex-colleague, he was cancer survivor...teringat dia dtg ofis jumpa meols bgtau dia dah bole kerja, am happy for him...1-2 tahun lps tu his cancer flare up again, and he did not survived....


Quote syamzana 22-5-2023 12:04 PM
midori888 replied at 22-5-2023 11:47 AM
biasa company mmg akan buat camnie...mula2 byr gaji penuh, lepas tu separuh...takde terus buang mc ...

ada kwn2 iols mcm kolig chuols tu. stakat ni dah 3org classmate uni meninggal after 2nd time relapse
bil iols ni dah 9thn free cancer, lepas baik tu dia kawen+anak 2.
cumanya kerja dia agak stressful so mil iols selalu risau kot sakit balik dah la ada anak bini.
dia ckp nak kerja tmpt lain payah dah dgn history kanser so hadap je la kerja situ smpai bersara.
Quote midori888 22-5-2023 12:10 PM
syamzana replied at 22-5-2023 12:04 PM
ada kwn2 iols mcm kolig chuols tu. stakat ni dah 3org classmate uni meninggal after 2nd time relap ...



alhamdulillah...semoga your BIL terus dikurniakan kesihatan....


Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.069080 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top