Kasihan usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, Masitah Mohd Affandy apabila ramai salah faham dengan kata-katanya tempoh hari. Susulan tular video memaparkan dirinya meminta malaikat menyampaikan doa kepada Allah SWT, Masitah atau Mashy tampil membuat permohonan maaf.
Katanya, ia dirakam tanpa pengetahuannya sebelum buta dan disebar tanpa kebenarannya. Berikutan itu, pendakwah bebas, Dai Fuad Mokhtar menerusi satu perkongsian di TikTok tampil menjelaskan konteks pertolongan doa yang disampaikan Masitah. Menurutnya, tiada masalah berdoa sedemikian kerana memang wujud malaikat Hafazah yang mengawasi setiap hamba Allah.
Memberi contoh situasi ibu bapa meminta guru menjaga anak yang dihantar ke tadika, Dai Fuad berkata tidak wajar menyifatkan perbuatan itu sebagai syirik kerana kedua-dua cikgu dan anak wujud. Beliau juga menceritakan satu riwayat yang sahih iaitu Imam Ahmad yang tersesat sewaktu menunaikan haji dan meminta malaikat menunjukkan jalan yang benar. Dalam perkongsian itu, Dai Fuad memohon pendakwah supaya bersangka baik dengan orang lain apatah lagi Mashy baru sahaja hilang deria penglihatan. Menurutnya, pendakwah seharusnya memberikan kata-kata semangat dan bukannya terus menjatuhkan hukum sesat. Jelasnya lagi, mungkin ada kelengkapan ayat yang boleh Mashy dimasukkan supaya orang ramai jelas dengan apa yang disampaikan. - CARI
|
grouper replied at 22-5-2023 11:24 AM
Camne die tau org komen mcm2 klau dia buta...
ADVERTISEMENT