CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Retak Tempurung Kepala Lepas Kemalangan, Wanita Jadi Buta Selamanya "Nikmat Sebab Kurang Menilai Orang"

15-5-2023 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 524| Komen: 5

Seorang wanita buta selamanya selepas retak di bahagian tempurung kepala ketika terbabit kemalangan 

“Saya tak tahu ni siang ke malam ke jadi saya kena belajar sesuaikan dirilah,"kata wanita yag dikenali sebagai Mashy.


“Yang paling besar sekali berlaku selepas kemalangan adalah saya hilang deria penglihatan. Bahasa lembutnya saya tidak lagi boleh melihat, bahasa kasarnya Alhamdulillah saya telah direzekikan merasai pengalaman menjadi seorang orang kelainan upaya (OKU), buta.

“Apa yang boleh saya kongsikan, menariknya menjadi seorang buta adalah saya tidak lagi takut gelap. Kalau dulu nak masuk bilik gelap saya akan hulur tangan buka lampu dulu baru berani masuk. Sekarang saya masuk dulu walaupun tak buka lampu. Itu antara perkara best jadi orang buta. Saya dah tak takut gelap.




“Menjadi seorang yang tidak mempunyai deria penglihatan ini, menjadikan deria yang lain lebih sensitif. Kalau ada yang mengumpat beberapa batu, masih boleh mendengar. Hidung masih belum ada deria bau disebabkan kecederaan dan terpaksa menjalani pembedahan implan. Pecah hari tu masa kemalangan,” katanya ceria.


Walaupun berat ujian ditempuhi, Mashy sentiasa berfikiran positif dengan bersangka baik terhadap Allah.

Malah, Mashy kini cuba membiasakan diri dengan menulis catatan dalam diari dalam keadaan 'gelap'.

“Bila kita tak nampak kita kurang menilai orang. Saya bertanya kepada Allah, ‘adakah kerana ujian penglihatan ini adalah untuk saya masuk syurga, kalau ya saya reda'.

“Tapi saya rasa seronok apabila saya tidak merasakan pantasnya waktu berlalu. Saya tak tahu siang atau malam,” ujarnya dalam video tersebut.

Dalam pada dirinya pasrah dengan apa terjadi, Mashy turut meluahkan perkara paling sedih apabila hilang deria penglihatan iaitu dia tidak lagi dapat melihat wajah-wajah insan tersayang'

“Apa yang saya paling rindui bila saya dah tak dapat melihat lagi adalah saya paling rindu nak tengok wajah suami saya. Sebab setiap pagi sebelum ini... saya buka mata dan saya mencari-cari muka suami saya tapi sekarang tak ada peluang itu lagi untuk tengok.

“Tapi saya percaya, suatu hari nanti saya akan dapat tengok balik wajah suami saya dengan izin Allah. Kalau bukan dekat ‘sini’, dekat sana (akhirat) nanti insyaAllah.

“Saya juga rindu nak tengok muka mak, saya rindu nak tengok muka team saya, saya rindu nak menatap mata mereka. Saya juga rindu nak tengok hasil kerja saya dan kreativiti saya dalam pemasaran digital. Saya rindu nak tengok hasil kerja sejak empat tahun lepas apabila dihantar, saya orang pertama yang akan melihat dan memberi respons,” katanya.

Walaupun tidak mengalirkan air mata dan tak lokek dengan senyuman dalam video tersebut, namun jauh di sudut hatinya tak siapa yang tahu.

Bagaimanapun, menurut Mashy yang menerima dugaan sebesar ini, dia berharap agar perkongsiannya dijadikan satu inspirasi serta manfaat kepada orang ramai.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mengikuti saya dan banyak ambil tahu fasal saya sebelum ni. Saya dalam keadaan baik dan tak sabar nak bangkit semula. Healing process takes time.

“Pesanan saya kepada semua, jangan rasa cabaran yang berlaku dalam kehidupan kita ini adalah sebuah noktah. Pada saya ia adalah satu permulaan baharu.

“Saya berjanji, walaupun deria penglihatan dah berkurang namun itu tidak akan mengurangkan manfaat yang saya akan berikan kepada orang lain,” ujarnya menutupi kisah. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 15-5-2023 10:35 AM
semoga mashy di pelihara Allah swt
Quote rospinki 15-5-2023 11:14 AM
nama mashy tu takyah la pakai tukar nama Masha
mashy = mash potato
Masha = kuasa, kekuatan

apa saja yg berlaku baik dan buruk atas ketentuan Allah swt. jgn byk menilai org sana sini..kejap2 mengata org itu bgini org ini bgini. kelalaian seorang itu bilamana dia tidak menilai diri tatkala dia sebok mengata org. ini hnya peringatan saja..adik Mashy ni seorang yg tabah maka Allah beri dia ujian atas kemampuan yg dia ada.
Quote toynme 15-5-2023 11:17 AM
sangat positif dia ni kan..mula2 dengar dia ckp mcm tgh tgk muka kita sedangkan deria melihat takde dah...hebata
Quote rukia2 15-5-2023 11:28 AM
toynme replied at 15-5-2023 11:17 AM
sangat positif dia ni kan..mula2 dengar dia ckp mcm tgh tgk muka kita sedangkan deria melihat takde  ...

Yes, ai pun x sangka dia buta rupanya.
Quote rosedemon 16-5-2023 08:17 AM
semoga kuat kak. semoga tabah chaiyokkk

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.027898 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top