CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Honda City Masuk Gaung Atuk Cuba Belajar Memandu

15-5-2023 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 641| Komen: 4

Tular rakamn video memaparkan situasi seorang warga emas belajar memandu Honda City terbabas ke dalam gaung.

Liputan 6 melaporkan, video dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media itu dikatakan berlaku di daerah Jatinom, wilayah Jawa Tengah.




Ketua Polis Daerah Jatinom, Nahrowi menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku pada pukul 8 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu.

Menurut Nahrowi, kereta itu terjatuh ke dalam gaung pada kedalaman kira-kira 20 meter.

Kejadian itu bermula ketika Sudadi, 65, sedang belajar memandu di sebuah padang sambil ditemani rakannya, Kusminato, 58.

Kereta dipandu Sudadi tiba-tiba hilang kawalan lalu terlanggar tiang gol sebelum terjatuh ke dalam gaung di hadapan. 

“Oleh kerana tidak berhati-hati dan dan melanggar tiang gol, kereta itu masuk ke dalam sungai,” jelas Nahrowi.



Dua lelaki itu mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital PKU Muhammadiyah Jatinom manakala kereta yang remuk itu diangkut oleh penduduk ke darat. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaedahnya 15-5-2023 10:19 AM
sepatutnya atuk kena belajar bawa kereta auto yang keciul keciul dulu. bawak kanciul auto ka? pastu barulah beralih bawa ford raptor ke apa ke.
Quote slyfynx 15-5-2023 10:24 AM
City penyu eh?
Quote grouper 15-5-2023 10:26 AM
Bdk kecik 6 tahun pun blh bwk kete xde org ajar...buat malu je atok ni
Quote _blackbird 15-5-2023 10:49 AM
kat negara konoha takda sekolah memandu ke

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.042789 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top