Seorang pemandu kereta mewah sanggup 'mengorbankan' keretanya demi mengejar peragut tanpa menghiraukan kerugian yang mungkin ditanggung akibat kerosakan dialami. Menerusi video dimuat naik di laman Twitter @jllmisai pada Khamis, kelihatan motosikal milik peragut berkenaan terperosok di bawah 'bumper' kereta mewah berwarna hitam itu selepas adegan kejar mengejar berakhir.
"Berani betul pemandu Mercedes tu kejar dan langgar motosikal peragut ni," demikian keterangan yang ditulis, mengiringi video berkenaan. Sementara itu seorang lelaki yang memakai jaket berwarna biru dan hitam dipercayai suspek, kelihatan melutut di bahu jalan dengan wajah yang cuak dan hampir menangis, dikelilingi orang awam dan beberapa anggota polis trafik. Dalam video berdurasi 15 saat itu, turut kedengaran suara seorang lelaki yang dipercayai pemilik kenderaan mewah berkenaan menjelaskan situasi yang berlaku.
Dia turut menunjukkan ke arah dua wanita yang bertopi keledar dan berdiri di tepi jalan, dipercayai mangsa ragut. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Pulau Pinang. Menjengah komen warga maya, rata-ratanya memuji tindakan pemandu kereta mewah itu yang masih prihatin dengan keselamatan orang awam berbanding diri dan harta sendiri. Sumber: mStar
|
TOPwind replied at 13-5-2023 03:45 AM
jika peragut tu blackHangus dia akan saman polis dan semua yg terbabit
boleh menang poulak tu
ADVERTISEMENT