CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ramai Cair Tengok Jejaka Jerman Peluk Cium Mentua Macam Mak Sendiri... Tahan Rindu PJJ Tunggu Visa Siap

12-5-2023 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2689| Komen: 30

Description: Kisah pertemuan seorang wanita, Nurhazirah Radzali, 29 dengan jejaka yang kini suaminya, Manuel Lucas Malcher, 30 atau nama Islamnya, Tamim Malik, di Jerman sejak April 2020 mendapat perhatian netizen ...
Kisah pertemuan seorang wanita, Nurhazirah Radzali, 29 dengan jejaka yang kini suaminya, Manuel Lucas Malcher, 30 atau nama Islamnya, Tamim Malik, di Jerman sejak April 2020 mendapat perhatian netizen.


Menurut anak jati Shah Alam, Selangor itu, mereka berkenalan ketika belajar di Regensburg sebelum beralih ke fasa lebih serius setelah tiga bulan berkenalan.


mStar

"Dulu saya kenal suami masa belajar dekat sana tapi bukan satu universiti. Saya kenal dia online (dalam talian). Beberapa hari kemudian dia ajak berjumpa dan daripada situlah kami mula kenal lebih rapat.

"Selepas tiga minggu tempoh perkenalan, suami ajak saya berkahwin. Masa beritahu ayah, dia cakap habiskan study dulu barulah kahwin. Tapi tak sangka pula bila balik Malaysia negara kita dilanda Covid-19 jadi suami tak boleh ikut sebab negara kita lockdown.

"Jadi kami terpaksa tangguhkan untuk berkahwin sampai Malaysia umumkan pelancong asing boleh masuk pada April 2022. Jadi sejak boleh berjumpa tu, barulah kami buat rancangan nak cari tarikh bernikah," ujarnya yang senang disapa Zira.


Bercerita lanjut kepada mStar, setelah mengharungi pelbagai rintangan, mereka akhirnya diijabkabulkan pada 19 Ogos 2022.

Ujar Zira yang merupakan suri rumah sepenuh masa, Tamim sudah mengenali dan mendalami tentang Islam menerusi pelbagai platform di Internet sebelum berkawan dengannya.


mStar

"Sebenarnya sebelum kenal saya lagi dia memang sudah minat dan belajar solat and puasa cuma belum betul-betul buat secara sah. Lepas dah mengenali saya, barulah dia pergi masjid dan jumpa ustaz untuk mengucap dua kalimah syahadah.

"Suami banyak membaca tafsir al-Quran dan buku tentang hadis. Selain tu, dia suka dengar ceramah di YouTube terutama sekali pendakwah terkenal Jerman, Marcel Krass.

"Bab solat fardu dia belajar sendiri. Tapi bab solat sunat saya ada ajar dia sikit-sikit. Bab baca al-Quran dia masih belajar tapi lebih kepada menghafal. Bila dia rasa sudah hafal, dia akan suruh saya tasmik, daripada situ saya betulkan bacaan yang salah.

"Dia juga sertai kelas agama secara online dengan ustaz seminggu sekali," ujarnya lagi.



Aidilfitri kali ini merupakan tahun pertama Zira beraya dengan suami dan lebih bermakna apabila ia diraikan bersama keluarga di Malaysia.

Namun atas urusan kerja, Tamim terpaksa pulang ke tanah airnya di Nürnberg manakala Zira masih menanti permohonan visanya untuk mengikut suaminya pulang ke Jerman.

Baru-baru ini Zira berkongsi momen dia bersama keluarganya menghantar Tamim ke KLIA Terminal 1 di TikTok hingga meraih lebih 167,000 tontonan.

"Dalam video tu saya dan keluarga hantar dia balik Jerman. Daripada tahun lepas lagi dia dah ambil cuti dua minggu untuk berpuasa dan beraya di sini.

"Lepas kahwin saya boleh duduk di Jerman tiga bulan saja. Sekarang saya tengah tunggu kelulusan visa dan insyaAllah lepas dah dapat, saya akan ke sana untuk tinggal bersama suami.

"Selepas berkahwin dengan Tamim, keluarga saya layan dia sama macam mereka layan saya. Salam dan peluk dengan famili tu bagi saya perkara biasa. Mungkin sebab suami salam dan peluk keluarga saya, tu yang ramai tegur nampak baik dan rapat," ujarnya.

Buat masa ini pasangan ini masih belum dikurniakan zuriat.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 12-5-2023 04:57 PM
netizen malaysia (kategori betina kepam bijik menggelitat) memang pantang tengok laki non-malay tertib macam ni...mula la berangan jadi watak utama wattpad....pastu like2 video, cari tag account, lepas tu dm laki tu... pastu try... biasa dah tu...walaupun tak dilayan...masing2 feeling so close to them.. yang punya laki pun jenis tayang sana sini..walhal wajah sebegitu wajah marhaen biasa je kat negara diorang... cuma kulit putih, berangan ciknek besar..terus adore nak dapat laki macam tu..

Quote mamajawie 12-5-2023 05:01 PM
x cair la sebab mamat ni gundu..not my taste yach
Quote Samerosie 12-5-2023 05:04 PM
Pakai songkok cair la kan, cuba pakai jippa dgn dhoti, tak pun singlet dgn shorts atas lutut, mesti kena kecam tak banyak pun sikit kan.
Quote Samerosie 12-5-2023 05:05 PM
mamajawie replied at 12-5-2023 05:01 PM
x cair la sebab mamat ni gundu..not my taste yach

Muka dia iols tengok macam yg chef arab jual nasi arab rega yahudi kat bazar ramadan tu yg konon stall kena sihir tu apatah nama dia.  
Quote krustykrab 12-5-2023 05:07 PM
Tunggu..kjp lagi wartawan cari masuk citer pasal minah gundu kawin lelaki iran muka marhain pulak..lps tu nt ramai la yg tergedik² nk cuba nasib.
Quote antikorok 12-5-2023 05:16 PM
Ok la tu anak bakalan dapat dna kokesen mcm Maya Karin gitewww
Quote namieamuro 12-5-2023 05:28 PM
senang nk amek ati org malaysia kan
Quote hokeypokey 12-5-2023 07:29 PM
tahniah, boleh upgrade rupa bakal anak
Quote blue_blur 12-5-2023 08:05 PM
Samerosie replied at 12-5-2023 05:05 PM
Muka dia iols tengok macam yg chef arab jual nasi arab rega yahudi kat bazar ramadan tu yg konon s ...

chef palestin tu.. amar ke apa... sumpah no next time, biasa aje nasi dia.. tapi pelik kalau lalu kedai dia sentiasa fullhouse ngan acik2 sampai q kat luar tunggu meja..orang luar kot...
Quote midori888 12-5-2023 09:00 PM
Tak ensem pun....next ...
Quote kechikchomel 12-5-2023 09:04 PM
Iolss igt dah 40+. Baru 30 rupanya
Quote xy_daen 12-5-2023 09:08 PM
Dan korang yang mengutuk tetap kekal dengan pasangan kepam gundu bagi lelaki dan bewak pensel 2B bagi perempuan..
Quote Suchi 12-5-2023 09:45 PM
Iols follow influencer vietnam  Uyen Ninh yg duduk kat Jerman tu mcm tak best sgt je org Jerman nih,dorang sukan makan roti sejuk huhu
Quote kakikuDibibirmu 12-5-2023 09:47 PM
Samerosie replied at 12-5-2023 05:05 PM
Muka dia iols tengok macam yg chef arab jual nasi arab rega yahudi kat bazar ramadan tu yg konon s ...

Chef Ammar Pelesitin terlepas yang jual lamb shank harga Tel Aviv tersenyum sinis
Quote umbut 12-5-2023 10:10 PM
Ig husna hisan, kahwin jerman anak 4 herlokkk.
Quote raxief 12-5-2023 10:20 PM
umbut replied at 12-5-2023 10:10 PM
Ig husna hisan, kahwin jerman anak 4 herlokkk.

oo ni yg luebke tu eh? aku kadang2 tengok gak content dia kat utube
Quote faraway1 12-5-2023 10:56 PM
Tak jeles sebab hensem lagi my husband. Ok done buat orang nyampah..

Again mesti puji laki sendiri kan hahhaha
Quote alieyrina 12-5-2023 11:12 PM
Ada sorg kat pmtg pauh? George yusuf ..bujang lagi haahaa tertengok yt dia
Quote edayildiz 12-5-2023 11:33 PM
euww org malaysia ni semua nk teruja..abg i kawen ngan perempuan jerman jgk

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.440657 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top