View: 1199|Reply: 11
|
Terima Kasih Abang Mercedes! Semoga Diberkati Tolong Kejar Peragut
[Copy link]
|
|
Seorang pemandu kereta mewah sanggup 'mengorbankan' keretanya demi mengejar peragut tanpa menghiraukan kerugian yang mungkin ditanggung akibat kerosakan dialami.
Menerusi video dimuat naik di laman Twitter @jllmisai pada Khamis, kelihatan motosikal milik peragut berkenaan terperosok di bawah 'bumper' kereta mewah berwarna hitam itu selepas adegan kejar mengejar berakhir.
"Berani betul pemandu Mercedes tu kejar dan langgar motosikal peragut ni," demikian keterangan yang ditulis, mengiringi video berkenaan.
Sementara itu seorang lelaki yang memakai jaket berwarna biru dan hitam dipercayai suspek, kelihatan melutut di bahu jalan dengan wajah yang cuak dan hampir menangis, dikelilingi orang awam dan beberapa anggota polis trafik.
Dalam video berdurasi 15 saat itu, turut kedengaran suara seorang lelaki yang dipercayai pemilik kenderaan mewah berkenaan menjelaskan situasi yang berlaku.
Dia turut menunjukkan ke arah dua wanita yang bertopi keledar dan berdiri di tepi jalan, dipercayai mangsa ragut.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Pulau Pinang.
Menjengah komen warga maya, rata-ratanya memuji tindakan pemandu kereta mewah itu yang masih prihatin dengan keselamatan orang awam berbanding diri dan harta sendiri.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
hang memang sempoiii, langgaq truih.. baru hero kan tolong awek |
|
|
|
|
|
|
|
jika peragut tu blackHangus dia akan saman polis dan semua yg terbabit
boleh menang poulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
syukur. semoga lepas ni lg ramai yg gelek snatch thieves tak berhati perut ni. dah berapa ramai yg meninggal pasal diorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 13-5-2023 08:21 PM
mohon peragut tu buat report polis..pemandu merc tu..'DGN NIAT' melanggar dia..yg boleh mendatangkan kecederaan atau kematian'...berdasarkan..'tiada perkara spt ini dlm undang2'...tak caya tanya peguam... |
|
|
|
|
|
|
|
Puas hati
Lebih puas hati kalau treler 16 tayar yang sagat
|
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 13-5-2023 03:45 AM
jika peragut tu blackHangus dia akan saman polis dan semua yg terbabit
boleh menang poulak tu
tu..la pasai..kalo 'orng lain'..pastu yg langgar dia melayu...bukan isu ragut yg jadi 'HALNYA'..kena 'tuduh' cubaan melanggar tu lg KECOH. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak duit keje la bodoh. Apasal mau meragut menyusahkan org lain. Kdg2 org yg kena ragut tu pun bkn berduit sgt. Ko pegi rompak bank lg mulia dr meragut ni. Bank negara ke yg asyik menyusahkan masyarakat |
|
|
|
|
|
|
|
mcm dlm drama plot twist yg tlg tu sbnrnya upah peragut sbb nk ngurat perempuan |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kete len yg murah2 buat gtu apa kata netizen? |
|
|
|
|
|
|
|
Punya sihat tubuh badan pun meragut. Semoga mereput je la kau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|