CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pantang Dengar Artis Buat Konsert, Sanggup Bergolok Bergadai Beli Tiket- Pandangan Ulama Tentang Muzik Dalam Islam

12-5-2023 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1152| Komen: 28

Menurut lama web Mufti Wilayah Persekutuan, jumhur ulama dan fuqaha’ mengharamkan alat muzik.

Namun ada sebahagian mereka yang mengharuskan alat muzik dalam keadaan tertentu.

Fatwa dan pandangan ulama kontemporari

Gambar Hiasan

1. Fatwa Dar al-Iftaa’ Misriyyah

Nyanyian dan muzik secara amnya terbahagi kepada dua, iaitu yang diharuskan dan yang diharamkan. Ini kerana nyanyian itu satu bentuk komunikasi dan susunan perkataan. Perkataan yang baik maka ianya baik, perkataan yang buruk maka ianya menjadi buruk.

Adapun pandangan para ulama yang mengharamkan sebahagian alat muzik adalah kerana alat muzik itu dimainkan untuk menggalakkan aktiviti maksiat, dan bukan kerana sifatnya sebagai alat muzik semata-mata.

Mendengar muzik dan nyanyian serta menghadiri konsert adalah harus jika lagu-lagu yang dimainkan berunsur keagamaan dan menyeru kepada patriotisme dan semangat kenegaraan.


Ataupun bagi menzahirkan kegembiraan sempena perayaan dalam keadaan mengelakkan percampuran bebas lelaki dan perempuan.

file7kuur96dhqc1i74h3c25

Muzik dan nyanyian juga telah menjadi satu perkara yang diterima dan diamalkan secara meluas di seluruh pelusuk dunia. (Gambar Hiasan)

Selain itu, nyanyian berkenaan juga haruslah bebas daripada unsur jelek, dosa dan perkara yang diharamkan seperti arak dan kelucahan, tidak menimbulkan nasfu syahwat serta tidak melalaikan daripada perkara-perkara yang wajib.

Nyanyian dan muzik yang haram pula ialah tidak memenuhi syarat-syarat di atas, serta menimbulkan fitnah, menghilangkan sifat malu dan meruntuhkan akhlak.

2. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-2 yang bersidang pada 12 hingga 13 Mei 1981 membuat keputusan seperti berikut:

- Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;

- Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

- Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;

- Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

- Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

3. Fatwa Syeikh Dr. Yusof al-Qaradhawi

Menurut Syeikh al-Qaradhawi, isu ini menjadi khilaf yang hangat diperdebatkan dalam kalangan ulama. Nyanyian yang disepakati haram ialah yang melibatkan maksiat atau mempunyai unsur mengajak ke arah maksiat.

Adapun yang disepakati harus pula ialah nyanyian yang menjurus ke arah naluri fitrah yang dialunkan untuk dirinya, nyanyian sesama suami isteri atau sesama kanak-kanak. Selain daripada jenis-jenis ini termasuk di bawah ruang perselisihan para ulama.

Beliau mentarjihkan pandangan yang mengharuskan muzik dan nyanyian dan ia merupakan hukum asal bagi perkara-perkara baik dan dan indah. Namun, terdapat beberapa unsur luaran yang terpalit padanya yang menyebabkan hukum boleh berubah kepada haram atau makruh tahrim.

Beliau turut meletakkan beberapa peringatan dan garis panduan bagi sesiapa yang mendengar nyanyian dan mempraktikkannya:

- Sesiapa yang berniat mendorong diri untuk melakukan maksiat melalui nyanyian, maka dia seorang fasik. Jika bertujuan merehatkan jiwa, membantu untuk taat kepada Allah SWT dan menyegarkan diri, maka ia dikira perbuatan yang baik. Jika tidak berniat baik atau buruk, maka ia dikira perbuatan al-lahwu/ al-bathil (sia-sia) yang tidak berpahala mahupun dosa.

- Lirik mestilah tidak mengandungi unsur menyalahi akidah, hukum-hakam dan kewajipan Islam.

- Gaya penyampaian penyanyi mestilah menjaga batas-batas syarak.

- Agama Islam menolak sebarang unsur keterlaluan dalam setiap perkara, meskipun dalam isu ibadah. Keterlaluan dalam perkara harus akan menghabiskan masa yang sepatutnya digunakan untuk melakukan kewajipan.

- Setiap pendengar mestilah menilai dan menentukan sendiri nyanyian yang boleh didengar. Mereka lebih mengetahui bentuk-bentuk nyanyian yang mampu merangsang nalurinya, menggodanya kepada fitnah dan melupakan unsur rohani dalam dirinya. (Rujuk Halal dan Haram dalam Islam)

Kesimpulan

Tuntasnya, muzik bukanlah satu perkara yang boleh dihukumkan sebagai harus secara mutlak, atau diharamkan secara mutlak. Yang mengharamkan muzik dan nyanyian telah menyatakan alasan dan hujah mereka secara terperinci, manakala yang mengharuskan pula menetapkan syarat-syarat dan garis panduan yang mesti dipatuhi.

Para ulama dahulu mahupun kontemporari bersepakat akan pengharaman setiap lagu mahupun muzik yang mengandungi unsur-unsur yang jelas haram seperti menggalakkan zina, dorongan meminum arak, tarian-tarian mengghairahkan dan lirik yang mendorong kepada keganasan.

Mereka hanya berbeza pandangan pada muzik dan nyanyian yang bebas daripada unsur-unsur tersebut.

file6x56m8mlmdwwpoky951

Nyanyian dan muzik secara amnya terbahagi kepada dua, iaitu yang diharuskan dan yang diharamkan. (Gambar Hiasan)

Tuntasnya, kami cenderung kepada pandangan yang mengharuskan nyanyian dan muzik, selagi mana ia tidak mempunyai unsur-unsur yang diharamkan seperti arak, pergaulan bebas tanpa batas, lirik yang menyanggahi syariat dan aqidah Islam serta melalaikan pendengar dan pengamal muzik daripada tanggungjawab dan kewajipan agama.

Menurut Ibn ‘Abd Rabbihi al-Andalusi sewaktu menyimpulkan khilaf dalam ulama menyatakan bahawa hukum muzik dan nyanyian sama seperti syair; jika baik kandungannya maka baiklah ia, dan jika buruk kandungannya maka buruklah ia. (Rujuk al-‘Aqd al-Farid, 7/10)

Inilah juga kalam Imam al-Syafi’e sewaktu bercakap tentang sya’ir yang diriwayatkan oleh Imam al-Juwainiy.

Maksudnya: Syair itu merupakan himpunan kata-kata, apabila baik lafaz dan kandungannya maka baiklah ia, jika buruk maka buruklah ia. (Rujuk Nihayah al-Matlab)

Meskipun banyak hadis yang secara zahirnya melarang muzik dan nyanyian, namun ia sering disebut bersama dengan arak. Ini menunjukkan bahawa pengharaman muzik oleh sebahagian ulama, bukan kerana zat muzik dan nyanyian itu sendiri.

Maka kerana itulah fatwa para ulama kontemporari mengharuskan muzik dan nyanyian sekiranya ia bebas daripada unsur-unsur maksiat dan kejelekan.

Selain itu, muzik dan nyanyian juga menjadi satu perkara yang diterima dan diamalkan secara meluas di seluruh pelusuk dunia dan dalam pelbagai aspek kehidupan.

Mengharamkan muzik dan nyanyian secara mutlak akan menyebabkan berlakunya kesusahan dan kesukaran kepada umat Islam, sedangkan Allah SWT telah berfirman.

Maksudnya: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

Trend semasa industri muzik juga menunjukkan bahawa kebanyakan lagu yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang ialah lagu-lagu cinta yang tidak membentuk jiwa dan memberikan ketenangan.

Maka adalah menjadi tanggungjawab ahli muzik, produser dan penulis skrip Muslim untuk mengubah situasi ini dengan memperbanyakkan lagu-lagu berunsur dakwah, ketuhanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan lain-lain tema yang perlu ditonjolkan bagi menjadikan industri muzik tanah air lebih patuh Syariah. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 12-5-2023 09:53 AM
Habis lah
Quote Nizleen86 12-5-2023 10:14 AM
Put your wings on me, wings on me
When I was so heavy
Pour on a symphony
When I'm low, low, low

Gitulah bak kata Coldplay
Quote grouper 12-5-2023 10:19 AM
Kesimpulannya blh tgk ke x leh tgk Coldplay ni...cuba la straight to the point..blh ke x boleh..xde la rugi beli awal ticket nak cop tempat best ujung2 haram tgk konstert coldplay
Quote lurve82 12-5-2023 10:21 AM
Sukati la nk tgk ke tak. Sibuk je la wei
Quote Thunderclouds 12-5-2023 10:24 AM
Hahahahaahaha..putar putar putar..
Bgtau je la harom p konsert Coldplay.
See who cares.
Quote ctaz 12-5-2023 10:27 AM
biasa la....lepas tu takda doit....merayu2 mintak duit KWSP...
hahahahaa
Quote Themilo 12-5-2023 10:42 AM
yang nak beli, silakan. tapi lepas tu jangan hari-hari duk ulang cerita semua mahal, nak makan pun takde duit.
weols yang PPRT ni sekadar tengok kat youtube je la. Bukan takde duit, tapi takut tak berbaloi viewnya dengan tiket Cat7 RM288.
Quote Yoonggi 12-5-2023 10:51 AM
grouper replied at 12-5-2023 10:19 AM
Kesimpulannya blh tgk ke x leh tgk Coldplay ni...cuba la straight to the point..blh ke x boleh..xde  ...

sorry sis/bro, tergelak aku baca komen ko nih.
Quote grouper 12-5-2023 11:01 AM
Yoonggi replied at 12-5-2023 10:51 AM
sorry sis/bro, tergelak aku baca komen ko nih.

Klau biasa baca persoalan agama yg ditanya kat mufti2 ni diorg punya huraian panjang berjela jela bagus la dapat tambah ilmu. Tapi jawapan tu kadang2 buat org pening bukan semua org ada kefahaman yg sama mengenai sesuatu topik tu. Cuba la jawab tu terus bagi direct ikut persoalan yg ditanya.. kat bawah2 tu baru la huraian kepada jawapan tersebut...
Quote Yoonggi 12-5-2023 11:03 AM
grouper replied at 12-5-2023 11:01 AM
Klau biasa baca persoalan agama yg ditanya kat mufti2 ni diorg punya huraian panjang berjela jela  ...

ha ah, dgn nak ckp ada bbrp pandgn lg, dr yg strict ke yg x brp strict. klu yg mls membaca, mmg x smpai la ilmu yg nk disampaikan tu. jd, camana ni? nk p ke dak konsert tu?
Quote fly_in_d_sky 12-5-2023 11:06 AM
takat tengok konsert jer .. selepas tengok konsert korang nak buat apa tu hal masing-masing ..
cuma poket mampu ke tidak nak beli tiket ...

kat stadium tu kan ada surau .. pandai-pandai lah pergi solat
Quote krustykrab 12-5-2023 11:14 AM
grouper replied at 12-5-2023 10:19 AM
Kesimpulannya blh tgk ke x leh tgk Coldplay ni...cuba la straight to the point..blh ke x boleh..xde  ...

Kalau dia terus cakap haram...mau industri maksiat kat sini huru hara

Acaner netsitot nk carik makan nnt, acaner jul ripin nak survive

Drama berangan kt tv tu nnt dah takde, jenuh acik semua balik ke zaman 80an.

Media sosial pun diban sbb melalaikan.

Nk cakap mmg senang, tp nk implement mmg susah.
Quote Skuau 12-5-2023 11:18 AM
acaner pulok ngn penglibatan 'lelaki2 isle dan pompuan2 isle Malaysia dlm bidang ini...boleh bg pencerahan???
Quote tripleid 12-5-2023 11:28 AM
sweet je vokalis Coldplay ni rupanya.Family man giteww..

[youtube]PuKKDfDHWf0[/youtube]
Quote capiloton 12-5-2023 11:56 AM
aku tunggu metallica mai buat konser di malaysia lagi


[youtube]cDIBX70B0vM[/youtube]




Quote grouper 12-5-2023 11:58 AM
krustykrab replied at 12-5-2023 11:14 AM
Kalau dia terus cakap haram...mau industri maksiat kat sini huru hara

Acaner netsitot nk car ...

Last2 semua atas diri masing2 n hidayah yg dapat...bila dah terbuka pintu hati akan cuba mencari ilmu akhirat dan kefahaman tentang halal haram akan lebih jelas..cuma nak ikut semua atau amik sikit2 je masalahnya
Quote mojarean_X 12-5-2023 12:10 PM
Ini iols setuju...
Quote mojarean_X 12-5-2023 12:14 PM
Masalahnya yg beria nk g konsert artis luar negara ni bknnya peminat sgt pun. Lebih kepada nk nampak follow trend je hype. Cer tanya debut album coldplay smpi latest pun konpem dorang blurr. Dorang cuma kenal yg popular je.
Quote Orix 12-5-2023 12:14 PM
payoh jd isele di bumi pertiwi, no wonder cainis cinkies semua senyum sinis jah

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.045095 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top