CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jangan Lokek Duit Atau Berkira, Jangan Memaksa, Tak Pernah Membebel Atau Mengongkong,"-Rahsia Dr Maszlee Malik Didik Anak Jadi Bijak

12-5-2023 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1308| Komen: 10

Kuala Lumpur: Bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik  berkongsi caranya dan isteri, Dr Hamidah Mat mendidik empat anak dengan anak sulungnya Nusaybah, 24, mencipta sejarah tersendiri apabila dinobat penuntut cemerlang Universiti Georgetown, Qatar.


"Kami ini biasa-biasa sahaja, macam orang lain juga. Cuma bagi saya, bab pendidikan jangan lokek duit. Jangan berkira".

Nusaybah merangkul enam anugerah antaranya, Anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), Anugerah Pingat Dekan, Tesis Terbaik, Anugerah Pelajar Paling Cemerlang pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa dan meraih keseluruhan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0.


Foto: Maszlee Malik

Kejayaan Nusaybah membanggakan kerana satu-satunya mahasiswa Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang menerima anugerah seumpama itu.

Mengulas kejayaan anaknya, Dr Maszlee berkata, Nusaybah adalah seorang yang kuat membaca, berfikiran kritis dan rajin berusaha sendiri.


"Nusaybah banyak menganalisa dan tidak mudah ikut membuta tuli. Itu juga sikap anak-anak kami semua. Yang penting sentiasa hormat orang tua terutama ibu dia dan nenek dia.


Foto: Maszlee Malik

"Kami sebagai ibu bapa tak pernah bersikap memaksa, tak pernah membebel atau juga bersikap mengongkong.

"Sering dititipkan buat anak-anak ialah buat yang terbaik dalam apa sahaja bidang, banyakkan membaca, jangan putus asa, jangan bersikap konvensional dan sentiasa berusaha memperbaiki diri," katanya ketika dihubungi Harian Metro menerusi mesej WhatsApp, hari ini.

Selain Nusaybah, Dr Maszlee yang kini pensyarah di Universiti Cyberjaya, manakala isterinya pensyarah di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Sumayyah, 21, yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Rufaydah, 19, (MSU) dan Mujaddid, 14, belajar di Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch.

Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkongsi kejayaan Nusaybah yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Hal Ehwal dan Perhubungan Antarabangsa menerusi video di akaun Twitter.

Antara yang menitipkan ucapan tahniah adalah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fish 12-5-2023 05:04 PM
Anak sekolah antarabangsa ka
mmm...
Apa2 pun tahniah Nusaybah!
Quote dua_chzy 12-5-2023 05:27 PM
Rahsia sebenar adalah IQ anak kau, ikut wife kau.
Quote ekselen 12-5-2023 08:17 PM
Genetik ada memainkan peranan la jg kan, dedua mak ayah pun pensyarah kot.. Some more ko berduit boleh pi htr international school...hmmmm
Quote batmana 12-5-2023 09:35 PM
Bkn kursus berat..cm sains nuklear ke..
Bolehlah..
Quote elaisyah 12-5-2023 09:38 PM
tahniah nusaybah
Quote raxief 12-5-2023 10:54 PM
maszlee ni pun pandai, tapi dia lurus bendul
Quote edayildiz 12-5-2023 11:44 PM
lokek tu bekeng
Quote DARSITA 13-5-2023 04:56 AM

Sopan sopan dan manis manis anak perempuan Dr Mazlee. Wife dia pun cantik & sopan tak la mcm sesetengah ahli or wife ahli politik lain terutama wife ahli politik UMNO.



Quote cecari 13-5-2023 10:23 AM
fish replied at 12-5-2023 05:04 PM
Anak sekolah antarabangsa ka
mmm...
Apa2 pun tahniah Nusaybah!

maszlee yg berlakon cerita apam kering tu ke?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.035774 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top