CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlampau Panas, Tiada Pelancong Mahu Naik River Cruise Teluk Intan

12-5-2023 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2276| Komen: 28

TELUK INTAN – Gara-gara musim panas, tiada pelancong datang membuatkan pengusaha-pengusaha bot pelancong di River Cruise Teluk Intan di Sungai Perak di sini mengalami kerugian.

Seorang pengusaha bot, Muhammad Sahril Mustafa berkata, cuaca panas itu menyebabkan orang ramai lebih rela melancong ke lokasi yang sejuk berbanding menaiki bot di sungai berkenaan.



Foto: Kosmo

“Mereka menyatakan suhu adalah panas ketika menaiki bot pada waktu siang, sekali gus menjadi punca kami mengalami kerugian ketika ini.

“Jadi, rata-rata mereka lebih selesa meluangkan masa bercuti di pusat beli-belah yang ternyata lebih sejuk berbanding menjelajahi kawasan sungai ini,” katanya kepada di sini semalam.

Pada masa sama, Muhammad Sahril berkata, musim perayaan yang disambut baru-baru ini juga menyebabkan orang ramai tidak melancong ke River Cruise Teluk Intan.

Katanya, faktor harga bara­ngan yang semakin meningkat turut menjadi punca mereka berhadapan masalah itu kerana orang ramai lebih berjimat-cermat ketika ini.

“Sebelum ini kami turut me­nerima pelancong dari luar negara seperti Singapura, Australia, Singapura dan China, namun kini mereka juga sudah tidak kelihatan.

“Dahulu bot kami boleh membawa pelancong menelusuri Su­ngai Perak di sini antara tiga hingga enam kali sehari, namun kini tidak lagi, sekali gus menjejaskan pendapatan pengusaha bot terlibat,” katanya.

Sementara itu, seorang pemandu bot, Shahrul Hakim Mohamad Salleh berkata, ada pelancong yang mulanya mahu menggunakan perkhidmatan mereka, namun membatalkan niat tersebut apabila berasa panas sebaik menaiki bot.

“Dengan ketiadaan pelancong ketika ini, saya banyak terme­nung sahaja. Syukurlah gaji masih lagi dibayar seperti biasa, namun tiada keseronokan bekerja kerana langsung tiada pelanggan,” jelasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 12-5-2023 10:01 AM
kalau naik malam pon rasanya berkuap2 panasnya.. tp nak nampak apa aje..
Quote kotakbaju 12-5-2023 10:08 AM
cikatilia replied at 12-5-2023 10:01 AM
kalau naik malam pon rasanya berkuap2 panasnya.. tp nak nampak apa aje..

Malam pun bukak eh kat sini?
Quote grouper 12-5-2023 10:11 AM
Xde keje tu pancing le udang galah kat situ...musim panas ni dia galak makan sekilo dh bape puluh kalau jual
Quote cikatilia 12-5-2023 10:25 AM
kotakbaju replied at 12-5-2023 10:08 AM
Malam pun bukak eh kat sini?

kalau tgk hours dia dekat google kata everyday sampai 10pm
Quote esbok 12-5-2023 10:49 AM
promote tu tak cukup besar bang
Quote imanjannah 12-5-2023 10:58 AM
ooo tak tahu pun sini ada River cruise
Quote syamzana 12-5-2023 11:02 AM
kene buat mcm melaka tu bila malam meletop view baru la blh beroperasi siang malam.
iols baru tau ada river cruise kat sini.
Quote alesandra 12-5-2023 11:17 AM
imanjannah replied at 12-5-2023 10:58 AM
ooo tak tahu pun sini ada River cruise

Haha...tau xpe
Quote acikhan 12-5-2023 11:25 AM
teluk intan port laki haku mancing udang galah...
Quote ibu_haritz 12-5-2023 11:26 AM
grouper replied at 12-5-2023 10:11 AM
Xde keje tu pancing le udang galah kat situ...musim panas ni dia galak makan sekilo dh bape puluh ka ...

Biras iols mmg memancing udang galah kt area situ..plg cikai dpt lah 1kilo
Hr tu dia bagi 1 plastik besar, puas lah mkn..telor byk..
Quote grouper 12-5-2023 11:46 AM
ibu_haritz replied at 12-5-2023 11:26 AM
Biras iols mmg memancing udang galah kt area situ..plg cikai dpt lah 1kilo
Hr tu dia bagi 1 plast ...

Sini udang galah die x bape besar saiz biasa2 je tapi banyak...klau nak saiz gorgon blh try p mancen area tasik raban belah sungai perak bukan tasik dia..sana mmg besar saiz botol kicap tapi udangnya x banyak isi pun x bape lembut agak liat...klau yg kecik baru lembut
Quote bulan_gerhana 12-5-2023 11:53 AM
ibu_haritz replied at 12-5-2023 11:26 AM
Biras iols mmg memancing udang galah kt area situ..plg cikai dpt lah 1kilo
Hr tu dia bagi 1 plast ...

perghh sedap tu.. siap ade telur udang tuh.. buat masak lomak cili api weyy

iols yg duk perak pun x tau situ ade river cruise .. kurang promotion ni..
Quote misc 12-5-2023 11:58 AM
Panas kot sekarang ni. Turun bot terus jadi agar2 kering.
Time panas2 ni, Owner bot tu boleh buat promo sekali ride dpt free ice cream, mesti customer happy.
Quote jfq 12-5-2023 11:59 AM
Sementara ni limit dan promote sunset cruise aje. Sana mmg view cantik time sunset lagi kalau kena yg time matahari bulat oren
Quote kitaserupaaa 12-5-2023 12:01 PM
Teluk intan ade mall?
Quote ibu_haritz 12-5-2023 12:02 PM
grouper replied at 12-5-2023 11:46 AM
Sini udang galah die x bape besar saiz biasa2 je tapi banyak...klau nak saiz gorgon blh try p manc ...

Ye betul..iols tak suka yg besar2..yg biras iols bwk tu saiz sederhana..

Quote ibu_haritz 12-5-2023 12:04 PM
bulan_gerhana replied at 12-5-2023 11:53 AM
perghh sedap tu.. siap ade telur udang tuh.. buat masak lomak cili api weyy

iols yg duk perak pun ...

Sedap uolss..puas lah masak.. Buat goreng kunyit, masak lemak dgn sambal..

Quote jiwasemangat 12-5-2023 12:16 PM
Udang galah kalau besar sangat.. isi liat
Kalau kecik skett. sedap
Quote Kitty_catz 12-5-2023 02:04 PM
teluk intan tu apa yg ada pun

baik drive atas cikit sampai lumut pangkor yeop

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.037727 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top