CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Tiga Tahun Terlantar, Masih Tak Tahu Sakit Apa "Doktor Minta Air Tulang Belakang, Tapi Ibu Tak Izinkan"

12-5-2023 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1637| Komen: 31

KOTA TINGGI – Seorang lelaki di Felda Lok Heng Timur sudah tiga tahun terlantar namun samapi sekarang masih tidak mengetahui penyakit yang dihadapinya.

Mohd. Firdaus Sahak, 36, berkata, dia tidak boleh berjalan selepas terjatuh sebanyak dua kali di dapur dan rawatan imejan resonans magnetic pun tidak dapat mengesan penyakit tersebut.


“Kali terakhir saya terima rawatan hospital pada tahun lalu, doktor meminta air tulang belakang saya, tetapi ibu tidak izinkan.

“Sejak itu saya tidak dirawat di hospital dan kini hanya menjalani rawatan secara tradisio­nal. Rata-rata mengatakan saya alami masalah saraf,” katanya kepada Kosmo.


Foto: Kosmo

Menurutnya, selepas tidak boleh berjalan, kakinya mulai membengkak menyebabkan dia tidak boleh bergerak.

Bapa dua anak itu berkata, ibunya, Jaliah Othman, 70, serta adiknya yang menguruskan dirinya.


Katanya, usaha memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah dilakukan dan sedang diproses.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat milik Mohd. Firdaus 22033 149 1341. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 12-5-2023 09:59 AM
auto imune?
Quote msel 12-5-2023 10:10 AM
Teringat dulu dalam wad, katil depan, tak boleh bergerak, tak boleh bercakap, tak sedar keadaan sekeliling tapi mata bukak. Doktor pakar nak ambil air tulang belakang, suami berkeras tak bagi sampai menengking2 doktor pakar tu. Bergaduh bising satu wad. Suami nak bawak balik bini nak berubat bomoh kampung, doktor pakar tu cabar suami bawak bomoh tu datang wad, dia pun nak tengok bomoh tu rawat mcm mana. Aku tak tahu lah sapa yang pujuk si suami tu akhirnya setuju nak ambil air tulang belakang tu. Haa sekali diagnosed TB meningitis xsilap aku.  
Quote supernaturalee 12-5-2023 10:12 AM
is it true yg kata ambil air tulang belakang ada risiko yg blh menyebabkan lumpuh?

Quote Thunderclouds 12-5-2023 10:29 AM

Xmau sumbang apa², nnt mak dia perabih buat berbomoh.
Ank dok tlantar situ la jugak.
Harap dipermudah urusan.
Quote naina 12-5-2023 10:32 AM
Orang dulu2 memang pantang ambik air tulang belakang. Padahal itulah tempat nak tau penyakit
Quote Samerosie 12-5-2023 10:36 AM
supernaturalee replied at 12-5-2023 10:12 AM
is it true yg kata ambil air tulang belakang ada risiko yg blh menyebabkan lumpuh?

i rasa myths je tu.  Konsep dia sama je inject kat lumbar macam ramai je yg buat epidural termasuk iols sendiri masa czer. If not beribu2 mothers or other patients la lumpuh.

Btw, what does he has to lose?  dia pun dah macam lumpuh kan.
Quote Samerosie 12-5-2023 10:37 AM
Mereput la kau disitu.  Jgn la komplen tak tau penyakit apa dah kau sendiri tak nak buat tests...
Quote supernaturalee 12-5-2023 10:39 AM
Samerosie replied at 12-5-2023 10:36 AM
i rasa myths je tu.  Konsep dia sama je inject kat lumbar macam ramai je yg buat epidural termasuk ...

tu lah sis

mana2 pun itu la yg dengar
pahtu masing2 pun duk pegang
tolak treatment hosp
pahtu p cari ustaz, bomoh ape

Quote Yoonggi 12-5-2023 10:40 AM
aku dah penah buat lumbar puncture ni kt hospital gomen. aku rasa ibu pesakit ni x perlu risau sbb yg buat prosedur tu mestila doktor yg dah pakar. dia buat tu xde rasa sakit pun, sat saja.
Quote pisanggoreng 12-5-2023 10:42 AM
maknya sejenis tipikal melayu felda
Quote Orix 12-5-2023 10:43 AM
dah kalau x bg amek air tulang, so nak merentan apa lagi
Quote Samerosie 12-5-2023 10:45 AM
supernaturalee replied at 12-5-2023 10:39 AM
tu lah sis

mana2 pun itu la yg dengar

Tu la pasal kan.  Dari elok boleh detect dgn cure penyakit tu (insyallah) terus habis macam tu je.  Duit pun habis sebab berubat bomoh ni bagai.
Quote prince_marhaen 12-5-2023 11:11 AM
derma derma nanti mak dia habiskan buat bawak gi bomoh je nanti...... btw, anak kecil tu macam bawah umur 3 tahun je.... sempat jugak ke dalam pada sakit sakit pinggang tu? ( sekadar mengeruhkan keadaan... )
Quote PULANGKAN 12-5-2023 11:18 AM
syafakallah
Quote taji2906 12-5-2023 11:18 AM
Patients melayu kebanyakkannya takmo buat bila amik air tulang belakang ni, lagi2 kalau yg belah luar bandar. sedangkan kalau patients bangsa lain ok je setuju buat. risiko jadi apa2 tu amatlah sikit percentage dia. tapi banyak boleh tau dengan amik air tulang belakang ni.

kalau da gini gayanya macamne nak diagnose kan? ntah2 sakit auto imune ke, GBS ke, radang otak ke? bila bab neuro ni memang bercabang2 dan payah nak diagnose.
Quote epal21 12-5-2023 11:24 AM
Maknya pun izinkan je lah. Drp terlantar tak tahu sakit apa. Tapi dia ni kan still conscious jadi consent sepatutnya drp dia lah kan. Lain lah kalau dia tak sedar.
Quote testly 12-5-2023 11:40 AM
Tak boleh nak nafi pemikiran org mcm ni mmg ada. Mcm pemikiran yg semput, nak2 klau xbyk membaca dan kurg terdedah dgn dunia luar n org luar dr tmpt tinggal dia tu. But, kesian lah, as Islam Allah suruh usaha+ tawakal sekali.ni usaha sikit sgt .haishhhh
Quote dekmieDandy 12-5-2023 11:45 AM
memangler jarum amek air tu ngeri sikit

tapi tengok orang nak beranak ramai je cucuk

nothing to loose pun, dia memang dah terlantar
Quote talapia 12-5-2023 11:51 AM
dari dulu dah dimomokkan.. risiko amik air tulang belakang ni bole lumpuh.
Whats the difference meh?? now pon anak kau dah lumpuh. At least amik sample tu.. bole tengok kuman apa.. sampai takleh berjalan gitu.

Takkan nak amik sample air kencing je.. mane nk tau.. takde kena mengena..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.041708 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top