Oleh Izzah Abbasy
Kemalangan maut di Kemaman semalam meragut nyawa enam sekeluarga apabila kereta Toyota Camry yang dinaiki terbabas sebelum berpusing dan terperosok bawah treler yang berhenti di lorong kecemasan dalam kejadian di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Pantai Fasa 2 (LPT2) dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, jam 12.30 tengah hari semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Said Ibrahim, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Teregganu ke arah Kuantan. Pemandu kereta tersebut adalah Pengurus Pusat Servis Proton Bukit Kecil di Kuala Terengganu, Azaman Ramli, 49; isterinya, Noor Akmal Mohd Zail, 48; dan anak mereka, Alif Hateem, 16, dan Aliff Hakim, 12. Turut maut, Noor Amira Syahirah Alias, 22; yang beralamat di Kampung Raja, Besut dan anaknya, Aqeel Muslim Abdullah, 3. Baca selanjutnya : Sinar Harian
|
melinda_kerr replied at 15-10-2015 09:00 AM
Last few days ada news psl lpt2 dan mereka claim jln dibina sudah memenuhi standard dan keselematan ...
pumpkingirl replied at 15-10-2015 08:55 AM
Treler berhenti di lorong kecemasan?sbb rosak ke saja nk tidur..
Sukati je berhenti merata.
dino replied at 15-10-2015 09:08 AM
rnr perasing tu ke dlm skit bkn btul2 masuk kiri ade rnr.... sbb tu drebar treler tu mls kot
melinda_kerr replied at 15-10-2015 09:11 AM
Yes. Thats the reason rasanya drebar tu malas nak masuk r&r. Jauh terperosok dan menakutkan. Petro ...
melinda_kerr replied at 15-10-2015 09:11 AM
Yes. Thats the reason rasanya drebar tu malas nak masuk r&r. Jauh terperosok dan menakutkan. Petro ...
ADVERTISEMENT