Antara perkara yang dimasukkan dalam tuntutan balas dan pembelaan nusyuz oleh pelakon Puteri Sarah terhadap Syamsul juga pengarah terkenal adalah ada hubungan dengan wanita lain dan tiada hubungan suami isteri antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.
Peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya tidak mahu terlalu terperinci dalam mendedahkan perkara terkandung dalam tuntutan balas itu. "Kami sebolehnya tidak mahu terlalu terperinci dalam memberikan maklumat. Saya boleh sebut secara permukaan sahaja. "Seperti anda semua sedia tahu, ada tabiat dia dengan wanita lain yang anda dah tahu, tak balik rumah, tak tengok anak, tak ada hubungan suami isteri, tak beri nafkah. "Jadi, kami nak biar di bahagian itu sahaja. Dalam sesi hari ini, kami masukkan pembelaan nusyuz dengan perkara-perkara seperti yang disebutkan," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai lafaz cerai dua kali oleh Syamsul terhadap Puteri Sarah seperti yang dilaporkan media baru-baru ini, Akberdin juga masih menunggu arahan daripada anak guamnya. "Mengenai itu, kami pihak peguam mengambil tindakan mengikut arahan anak guam. Benda ini tiba-tiba muncul dan saya tak tahu lagi kesahihannya. "Jadi, kita kena tunggu. Kalau benda ini wujud, ia patut dibawa kepada perhatian mahkamah. Perkara berkaitan nikah dan cerai ini tak boleh dibuat main-main," katanya. Ditanya mengenai injunksi yang disebut Puteri Sarah, Akberdin juga belum menerima sebarang arahan daripada anak guamnya itu. "Saya ada dengar juga mengenai injunksi itu, tapi setakat ini tak ada apa-apa arahan daripada anak guam saya. Jadi, saya kena tunggu dulu," katanya. Pagi tadi, berlangsungnya sesi sebutan untuk tuntutan balas dan pembelaan oleh Puteri Sarah terhadap nusyuz yang difailkan oleh Syamsul sebelum ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. -CARI Sumber: Harian Metro
|
_blackbird replied at 8-5-2023 03:21 PM
pelik betul pasal lafaz cerai 2x langsung peguam sendiri tak tahu. ni benda paling penting kot yg fi ...
VespaSilbe replied at 8-5-2023 11:24 AM
Dah jadi paling last
_blackbird replied at 8-5-2023 11:46 PM
Kuat betul drama.. si ps ni kalau tone down tak becok sgt ku rasa dah lama happy jadi janda + pamp ...
ADVERTISEMENT