View: 969|Reply: 10
|
Lafaz Cerai Dua Kali-Peguam Belum Terima Apa-Apa Arahan Daripada Puteri Sarah
[Copy link]
|
|
Antara perkara yang dimasukkan dalam tuntutan balas dan pembelaan nusyuz oleh pelakon Puteri Sarah terhadap Syamsul juga pengarah terkenal adalah ada hubungan dengan wanita lain dan tiada hubungan suami isteri antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.
Peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya tidak mahu terlalu terperinci dalam mendedahkan perkara terkandung dalam tuntutan balas itu.
Foto: Utusan
"Kami sebolehnya tidak mahu terlalu terperinci dalam memberikan maklumat. Saya boleh sebut secara permukaan sahaja.
"Seperti anda semua sedia tahu, ada tabiat dia dengan wanita lain yang anda dah tahu, tak balik rumah, tak tengok anak, tak ada hubungan suami isteri, tak beri nafkah.
"Jadi, kami nak biar di bahagian itu sahaja. Dalam sesi hari ini, kami masukkan pembelaan nusyuz dengan perkara-perkara seperti yang disebutkan," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai lafaz cerai dua kali oleh Syamsul terhadap Puteri Sarah seperti yang dilaporkan media baru-baru ini, Akberdin juga masih menunggu arahan daripada anak guamnya.
"Mengenai itu, kami pihak peguam mengambil tindakan mengikut arahan anak guam. Benda ini tiba-tiba muncul dan saya tak tahu lagi kesahihannya.
"Jadi, kita kena tunggu. Kalau benda ini wujud, ia patut dibawa kepada perhatian mahkamah. Perkara berkaitan nikah dan cerai ini tak boleh dibuat main-main," katanya.
Ditanya mengenai injunksi yang disebut Puteri Sarah, Akberdin juga belum menerima sebarang arahan daripada anak guamnya itu.
"Saya ada dengar juga mengenai injunksi itu, tapi setakat ini tak ada apa-apa arahan daripada anak guam saya. Jadi, saya kena tunggu dulu," katanya.
Pagi tadi, berlangsungnya sesi sebutan untuk tuntutan balas dan pembelaan oleh Puteri Sarah terhadap nusyuz yang difailkan oleh Syamsul sebelum ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
pelik betul pasal lafaz cerai 2x langsung peguam sendiri tak tahu. ni benda paling penting kot yg first kena inform lawyer utk minta cerai (kalau betul lah pernah terjadi) |
|
|
|
|
|
|
|
Iya ke idok? Ke terlepas kata?
Munyil sgt mulut.. Potpetpeotpet.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saboorr akberdin...kes paling mencabar kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga ada pengakhiran yang baik... haritu macam dah nak ada pengakhiran yang baik tiba2 sambung lagi... adakah sampai filem gangster sampah tu keluar baru selesai...
yang pasti kaka takkan tengok yach filem genre yang yesteryears ni... baik aku tengok animal planet...
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah entah family pun sama terkejut bila dengar macam tu pernah cerai 2 kali
Means nikah/rujuk 3 kali la kan
Sama sama kita kena scam drama ps. |
|
|
|
|
|
|
|
nikah cerai jgn buat main main
kan dah kena sound
mcm Linda Hashim dgn beego tu.. lepas cerai, pergi fail kat mhakamah, mohon nafkah, rujuk pergi mahkamah tarik baik permohonan nafkah. Clean and Clear |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 8-5-2023 03:21 PM
pelik betul pasal lafaz cerai 2x langsung peguam sendiri tak tahu. ni benda paling penting kot yg fi ...
Dah jadi paling last |
|
|
|
|
|
|
|
VespaSilbe replied at 8-5-2023 11:24 AM
Dah jadi paling last
Kuat betul drama.. si ps ni kalau tone down tak becok sgt ku rasa dah lama happy jadi janda + pampasan |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 8-5-2023 11:46 PM
Kuat betul drama.. si ps ni kalau tone down tak becok sgt ku rasa dah lama happy jadi janda + pamp ...
Eh...ramai kata ku tunggu jandamu gaytuhhh
Dia sesuai ngan spesis lelaki tacod bini
Baru harmoni rumahtangga |
|
|
|
|
|
|
|
Tulah pelik. Dah cerai 2x awal2 awat tak teruskan cerai je. Now susah plak nak cerai. Kenapa seh. Ke Sarah terlalu banyak cakap sampai terlepas cakap benda yang takda. Jangan buat main Sarah. Semoga lepas ni town down ckit ya..classy lah ckit. Dan no need pun nak melawa2 pakai putih2 ke mahkamah. Nampak over plak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|