CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Siti rancang ambil anak angkat dari Gaza

1-7-2013 10:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16560| Komen: 194

PENYANYI tersohor, Datuk Siti Nurhaliza mengakui berhasrat untuk mengambil anak angkat dari Gaza.

Namun, hasrat murni itu terhalang dek aturan di Gaza yang mana anak-anak tidak dibenarkan keluar dari bumi itu.

Berpeluang menemuinya di Majlis Minum Petang Amal, 'Rebuild For A Gaza Nation' anjuran Mapim dengan kerjasama Rabbani Production, semalam, penyanyi berusia 34 tahun ini berkongsi tentang perkara tersebut.

"Apa salahnya (ambil anak angkat dari Gaza), sekiranya boleh... tapi saya dimaklumkan awal-awal di mana mereka tidak membenarkan kanak-kanak keluar dari Gaza.

"Bagi mereka, jika kanak-kanak ini dibawa keluar oleh keluarga angkat, siapa lagi yang akan mempertahankan bumi mereka.

"Kalau ALLAH beri saya satu keajaiban... saya bawa balik bayi dari Gaza, memanglah saya nak jaga sangat tapi saya percaya, mereka sangat diperlukan di sana," katanya kepada pemberita.

Terdapat 18,000 kanak-kanak di Gaza yang kehilangan ibu bapa dan hanya 500 daripadanya menerima cukup biaya.

Setakat ini, seramai 200 kanak-kanak Gaza sudah mempunyai keluarga angkat dari Malaysia.

Difahamkan, keluarga angkat ini menaja kanak-kanak yatim piatu di bumi tersebut.

"Saya pernah diberitahu pihak Mapim di mana saya boleh menaja mana-mana anak-anak di bumi Gaza.

"Insya-ALLAH. Itu saya rasa, satu usaha yang boleh saya bantu. Saya harus berbincang dengan suami terlebih dahulu," katanya.

Dalam pada itu, Siti mengajak umat Islam di negara ini agar turut sama-sama membantu kanak-kanak tersebut.

"... bukan saya saja. Saya nak uar-uarkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia agar sama-sama turut membantu," katanya.

Sebelum itu, Siti sempat melahirkan sekali lagi hasratnya untuk menjejakkan kaki ke bumi Gaza jika diizinkan Tuhan.

"Keistimewaan dan keajaiban di sana, saya masih belum dapat rasai.

"Jika diizinkan suami dan ALLAH, pasti saya ingin ke bumi Gaza. Ramai rakan-rakan artis lain sudah menjejakkan kaki ke sana," katanya.

Pihak Mapim turut mengalu-alukan hasrat Siti untuk menaja anak-anak di Gaza.

"Memang pihak Mapim ada beritahu beliau bahawa mereka sangat keberatan jika anak-anak mereka dibawa keluar.

"Maka, kami sangat mengalu-alukan Datuk Siti untuk memikirkan pembiayaan untuk seorang atau dua kerana ini akan memberikan contoh kepada artis lain," kata Pengerusi Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Tambahnya, "kerana masa depan Gaza itu bergantung kepada kanak-kanak. 52 peratus populasi di Gaza adalah kanak-kanak. Jika tidak diselamatkan, Gaza tak ada masa depan."


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perang_Salib2 30-6-2013 12:02 PM
Orang Arab putih melepak ramai mahu ambil sebagai kekasih,anak angkat dan sebagainya.
Quote batmana 30-6-2013 12:03 PM
rmai benor ank yatim kt malaysia ni.  
Quote izamahmed 30-6-2013 12:06 PM
jgn cari scandal angkat sudaaah
Quote kakikuDibibirmu 30-6-2013 12:12 PM
sulalu purempuan dah kahwin, tapi kukal muka muda ni tandanya dia tak mengeseks pun
Quote chaoyunjie 30-6-2013 12:13 PM
mudah2an niat suci murni DCT...x lama kemudian di kurniakan anak sendiri
Quote ultra78 30-6-2013 12:13 PM
anak negro caprut dipinggirkan

Quote Innrukia 30-6-2013 12:15 PM
niat baik
tapi lebih baik dahulukan anak2 yatim kat Malaysia nihhhh
Quote izamahmed 30-6-2013 12:20 PM
aku nak jadi anak angkat siti? bule tak?
Quote batmana 30-6-2013 12:22 PM
kakikuDibibirmu posted on 30-6-2013 12:12 PM
sulalu purempuan dah kahwin, tapi kukal muka muda ni tandanya dia tak mengeseks pun

muke bini mu cmne? nmpk mcm 50 tahun tapi umo 30 tahun ka?


Quote mak_wa95 30-6-2013 12:27 PM
Innrukia posted on 30-6-2013 12:15 PM
niat baik
tapi lebih baik dahulukan anak2 yatim kat Malaysia nihhhh

konsep anak angkat ni...boleh saja menyara anak orang susah tanpa mengambil anak itu duduk sekali dengan kita....biar anak itu berada dengan famili dia kita cuma membantu dari sumber kewangan dan yang mana patut.....sekurang-kurang anak itu masih mendapat kasih sayang familinya.....tapi masyarakat kita pelik...kalau dah nak dijadi anak angkat nak diambil duduk sekali....kaedahnya bila besar nanti anak itu kena balas jasa dia pula....
Quote Innrukia 30-6-2013 12:31 PM
mak_wa95 posted on 30-6-2013 12:27 PM
konsep anak angkat ni...boleh saja menyara anak orang susah tanpa mengambil anak itu duduk sekali  ...

ade ajer kawan2 aku guna konsep tu...tp x heboh la.
jenguk anak2 yatim tu sbulan 2/3 kali, time cuti sekolah bwk pi holiday & beli la keperluan nk sekolah.
time raya pun bawak mai beraya skali & mcm2 la.

rasanya kak pah ada buat konsep anak angkat gitu


Quote jazaa 30-6-2013 12:31 PM
mak_wa95 posted on 30-6-2013 12:27 PM
konsep anak angkat ni...boleh saja menyara anak orang susah tanpa mengambil anak itu duduk sekali  ...

dia sunyi tak de anak...tu yg nak amik anak angkat.....yg dibiaya pun ada.....aku pun plan nak amik anak angkat sbb anak aku dah besor....tapi yang hidung mancung, putih & comellah....
Quote kambeng_masam 30-6-2013 12:36 PM
jazaa posted on 30-6-2013 07:31 AM
dia sunyi tak de anak...tu yg nak amik anak angkat.....yg dibiaya pun ada.....aku pun plan nak ami ...

tak ikhlas...
Quote mak_wa95 30-6-2013 01:00 PM
Innrukia posted on 30-6-2013 12:31 PM
ade ajer kawan2 aku guna konsep tu...tp x heboh la.
jenguk anak2 yatim tu sbulan 2/3 kali, time c ...

ya pemikiran yang terkehadapan macam kwn inn.....
best kan masa nak berjimba boleh bermanja dengan anak angkat....
tok pah dengan tok ti ni dah boleh tubuh yayasan sendiri dah pun...
Quote mak_wa95 30-6-2013 01:02 PM
jazaa posted on 30-6-2013 12:31 PM
dia sunyi tak de anak...tu yg nak amik anak angkat.....yg dibiaya pun ada.....aku pun plan nak ami ...

hahaha teman di kala sunyi...orait pe...
Quote mak_wa95 30-6-2013 01:03 PM
kambeng_masam posted on 30-6-2013 12:36 PM
tak ikhlas...

biarla dia beng.....janji tak dera budak tu udah.....
Quote jazaa 30-6-2013 01:06 PM
aku baru nak jawab...ko dah tlg jawabkan ek makwa...
bkn apa....aku klu bebudah comel ni...aku seronokje jaga...bila comot tu, aku takut terdera la pulak....

pandai ko baca pemikiran aku mak wa....
Quote Bateesta 30-6-2013 01:17 PM
ambil la anak dari somalia.....tak pun pelarian rohingya ke , islam gak tu semua
Quote tahilalatmanis 30-6-2013 01:18 PM
sgt prihatin Datuk Siti kan... tapi sayang prihatin pada kanak2 yg duk jauh luar negeri saja esp kanak2 yg muka lawa mcm arab omputih, mata hijau ke biru ke atau hazelnut ke... yg pat Malaysia berlambak kanak2 yg dibuang, didera dan yatim piatu dh lama dok tunggu Datuk Siti amik mereka sebagai anak angkat....

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.663357 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top