CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

45 Peratus Belia Di Jepun Berfikir Untuk Bunuh Diri

6-5-2023 08:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 284| Komen: 0|Original author: Tatod

Tokyo – Satu kaji selidik mendapati kira-kira satu dalam setiap dua belia di Jepun pernah berfikiran untuk membunuh diri, lapor akhbar Japan Today semalam.

Kaji selidik oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan berpangkalan di Tokyo itu menyeru kesedaran awam yang lebih besar untuk mencegah kejadian bunuh diri.


Daripada 14,555 responden berumur 18 tahun hingga 29 tahun yang ditinjau oleh Yayasan Nippon itu, 44.8 peratus daripada mereka pernah berfikir untuk membunuh diri.

Gambar hiasan.

Golongan belia di Jepun menghadapi masalah seperti hubungan peribadi yang sukar, gejala buli dan bimbang tentang haluan pendidikan atau kerjaya masa depan.

Dalam kalangan 44.8 peratus responden tersebut, 40 peratus daripada mereka pernah cuba untuk membunuh diri atau melakukan persiapan untuk berbuat demikian.

Yayasan itu menerbitkan keputusan kaji selidiknya pada April lalu. Kaji selidik itu dilakukan secara online dari 10 hingga 18 November 2022.


Di Jepun, bunuh diri menjadi punca utama kematian belia lelaki dan wanita pada 2019, 2020, dan 2021, demikian menurut data kementerian kesihatan.

Sepanjang tempoh tersebut, seramai 2,117, 2,521 dan 2,611 orang dalam kumpulan umur 20 hingga 29 tahun telah membunuh diri, kata polis.

Pada tahun 2022 pula, seramai 2,483 orang dalam kumpulan umur itu membunuh diri. 

Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.039268 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top