CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rugi Hampir RM4 Juta Selepas Pokok Durian Diracun

6-5-2023 03:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 501| Komen: 2|Original author: Tatod

Bangkok – Seorang petani di Selatan Thailand menangis selepas mendapati kelmarin bahawa kebanyakan pokok duriannya telah diracun, menyebabkannya rugi sekitar 30 juta baht (RM3.9 juta), lapor portal berita Thaiger hari ini.


Charin Phuachai, 51, tinggal bersama keluarganya di daerah kecil Hat Phan Kraj dalam wilayah Chumphon.

Charin mempunyai 25 pokok durian Mon Thong berusia antara enam hingga tujuh tahun di dusunnya tetapi telah diracun oleh individu tidak dikenali, menyebabkan 20 daripadanya mati.


Portal berita Sanook melaporkan, batang pokok yang terjejas bertukar warna menjadi hitam, dan daunnya gugur serta meninggalkan dahan kosong, manakala buah durian gugur dan berlonggok di bawah pokok.

Charin percaya bahawa pokok-pokok itu diracun menggunakan racun rumpai pembunuh tunggul.  

Petani itu akan menuai durian dalam masa sebulan dan menjualnya pada harga 160 hingga 180 baht (RM160 hingga RM23.68) untuk satu kilogram.


Dia menganggarkan akan memperoleh pendapatan sebanyak 600,000 baht (RM78,938) tahun ini dengan setiap pokok menyumbang sekitar 20,000 baht (RM2,631).

Dengan jangka hayat pokok durian adalah 50 tahun, 20 pokok yang mati itu akan menjana 30 juta baht selama beberapa dekad. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 6-5-2023 04:03 PM
20 pokok dah nangis. kesian dia

bapak Iols tanam dekat 30 pokok, 5 kena racun, ada yang baru tanam, dah kena curi orang kampung. anak pokok tu diorang gali weyy. adui

Iols semai balik dari biji, dah tumbuh tinggi, tanam. kena rodok dek babi hutan. eh babi betul babi-babi tu.

alih2 Iols dah tak tanam kat kebun dah, tanam depan rumah, tepi jalan ja. takda babi
baru setahun, tapi pokoknya tanak tumbuh tinggi. katik ja. harap2 pokok duriannya rendah, boleh la petik macam epal
Quote B40tastePosh 6-5-2023 04:14 PM
Spesis genetik ni memang busuk hati...Melayu , Thailand, Indonesia

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.213024 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top