CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Riuh Satu Rumah Kakak-Kakak Menjerit Adik Bongsu Bagi Cincin Emas Ganti Duit Raya

5-5-2023 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1340| Komen: 9

Perkara biasa membuat kejutan dengan memberi wang atau hadiah sempena sambutan hari raya Aidilfitri.

Namun, luar biasa apabila ahli keluarga menerima barangan kemas sebagai ganti duit raya.


Tular di TikTok apabila empat wanita masing-masing menerima sebentuk cincin emas daripada adik bongsu mereka, Hasliah Sangkula, 24, yang senang disapa Leeya.


TikTok

“Saya baru sahaja habis praktikal di syarikat lama. Sekarang bekerja di sebuah sebuah bank pula dalam bahagian pengurusan.

“Syukur sangat ada rezeki lebih ni jadi saya kongsikan dengan famili. Semua barang kemas dan hadiah tu jumlah gaji sebulan serta komisen bulan Ramadan saya.

“Kebetulan pula Hari Raya jadi saya pun belikan mereka barang kemas sebab semua kakak saya suka emas. Malam raya tu saya terus pergi kedai emas dan beli,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebagaimana dapat dilihat dalam video yang tular di TikTok, kesemua kakaknya menjerit dan menangis ketika diberikan ‘duit raya’ berbentuk cincin bernilai sekitar RM300 bagi setiap satu.


Bukan itu sahaja, Leeya turut memberikan jambangan bunga kepingan duit RM50 kepada ibunya.

Dia yang kini menetap di Damansara, Selangor, berkata niatnya cuma mahu membalas jasa ahli keluarga yang banyak berkorban dalam membesarkannya setelah kematian bapa selaku ketua keluarga enam tahun lalu.

“Dalam video tu semua terkejut sebab tu mereka menjerit masa terima hadiah daripada saya. Mereka terharu tengok adik sendiri dah besar mampu berikan hadiah macam tu.

“Mama dan abang-abang yang lain dapat duit raya saya beri dalam anggaran RM5,000. Saya tak kisah berhabisan untuk mereka sebab keluargalah yang banyak support saya dari kecil sampai sekarang.



“Kami dari sebuah famili yang sederhana. Adik beradik 10 orang. Arwah papa dulu kerja sebagai pengawal keselamatan je selama hidup dia. Mama pula suri rumah. Jadi kakak-kakak dan abang-abang yang banyak membantu kewangan keluarga,” ujarnya lagi.

Hantaran yang dikongsikan meraih lebih 1.3 juta jumlah tontonan setelah disiarkan oleh salah seorang kakak Leeya di TikTok.

Malah, video kedua kejutan jambangan duit raya yang dibuat untuk ibunya dan dimuat naik Leeya sendiri di TikTok ditonton lebih 500,000 kali.

Di ruangan kapsyen, Leeya berjanji untuk menjaga keluarganya sebagaimana dilakukan bapanya.



“Papa kerja siang malam dan hampir setiap pagi raya dia tak ada sebab kerja over time. Dia selalu pesan, jaga hubungan antara adik beradik dan keluarga yang lain.

“Masa hujung nyawa pun, arwah papa cakap dengan mama dia risau nanti dia dah tak ada siapa nak bagi anak-anak makan.

“Jadi sebab itulah impian saya setinggi langit nak jadi orang yang arwah papa maksudkan. Orang yang bagi makan (jaga) famili waktu susah,” katanya lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 5-5-2023 02:14 PM
Baguslah jaga silaturrahim adik beradik semoga makin bertambah rezeki. Jgn jd parents yg diam je bila anak² bertelagah tak bertegur sapa. Mmg parents memainkan peranan dlm membentuk keluarga
Quote Nham22 5-5-2023 02:23 PM
Tahun depan jgn mengharap pulakkkk...
Quote tupaiterbang 5-5-2023 02:36 PM

Baguslah dikkkkk

Quote duri_durians 5-5-2023 02:45 PM
alhamdulillah bila ada rezeki lebih.. Nabi saw pun pesan sedekahlah pada diri sendiri, pastu padi ahli keluarga, dekat, jauh dan kemudian pada orang2 lain yg memerlukan..
Quote zuriey 5-5-2023 02:47 PM
Ponder timbang kilo kah [em:4:]
Quote downiey 6-5-2023 10:52 AM
alhamdulillah
Quote glump 6-5-2023 12:32 PM
Gaji pertama ke
Quote sayawifenikmie 6-5-2023 12:55 PM
trak bolehla tengok video gini'
menitikkk air mata

walau cincinnya hanya rm300 but its the thought that counts kata orang kampung stinky

sayang betul depa kat adik depa
sihat sungguh

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.243500 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top