View: 1161|Reply: 8
|
Riuh Satu Rumah Kakak-Kakak Menjerit Adik Bongsu Bagi Cincin Emas Ganti Duit Raya
[Copy link]
|
|
Perkara biasa membuat kejutan dengan memberi wang atau hadiah sempena sambutan hari raya Aidilfitri.
Namun, luar biasa apabila ahli keluarga menerima barangan kemas sebagai ganti duit raya.
Tular di TikTok apabila empat wanita masing-masing menerima sebentuk cincin emas daripada adik bongsu mereka, Hasliah Sangkula, 24, yang senang disapa Leeya.
TikTok
“Saya baru sahaja habis praktikal di syarikat lama. Sekarang bekerja di sebuah sebuah bank pula dalam bahagian pengurusan.
“Syukur sangat ada rezeki lebih ni jadi saya kongsikan dengan famili. Semua barang kemas dan hadiah tu jumlah gaji sebulan serta komisen bulan Ramadan saya.
“Kebetulan pula Hari Raya jadi saya pun belikan mereka barang kemas sebab semua kakak saya suka emas. Malam raya tu saya terus pergi kedai emas dan beli,” katanya ketika dihubungi mStar.
Sebagaimana dapat dilihat dalam video yang tular di TikTok, kesemua kakaknya menjerit dan menangis ketika diberikan ‘duit raya’ berbentuk cincin bernilai sekitar RM300 bagi setiap satu.
Bukan itu sahaja, Leeya turut memberikan jambangan bunga kepingan duit RM50 kepada ibunya.
Dia yang kini menetap di Damansara, Selangor, berkata niatnya cuma mahu membalas jasa ahli keluarga yang banyak berkorban dalam membesarkannya setelah kematian bapa selaku ketua keluarga enam tahun lalu.
“Dalam video tu semua terkejut sebab tu mereka menjerit masa terima hadiah daripada saya. Mereka terharu tengok adik sendiri dah besar mampu berikan hadiah macam tu.
“Mama dan abang-abang yang lain dapat duit raya saya beri dalam anggaran RM5,000. Saya tak kisah berhabisan untuk mereka sebab keluargalah yang banyak support saya dari kecil sampai sekarang.
“Kami dari sebuah famili yang sederhana. Adik beradik 10 orang. Arwah papa dulu kerja sebagai pengawal keselamatan je selama hidup dia. Mama pula suri rumah. Jadi kakak-kakak dan abang-abang yang banyak membantu kewangan keluarga,” ujarnya lagi.
Hantaran yang dikongsikan meraih lebih 1.3 juta jumlah tontonan setelah disiarkan oleh salah seorang kakak Leeya di TikTok.
Malah, video kedua kejutan jambangan duit raya yang dibuat untuk ibunya dan dimuat naik Leeya sendiri di TikTok ditonton lebih 500,000 kali.
Di ruangan kapsyen, Leeya berjanji untuk menjaga keluarganya sebagaimana dilakukan bapanya.
“Papa kerja siang malam dan hampir setiap pagi raya dia tak ada sebab kerja over time. Dia selalu pesan, jaga hubungan antara adik beradik dan keluarga yang lain.
“Masa hujung nyawa pun, arwah papa cakap dengan mama dia risau nanti dia dah tak ada siapa nak bagi anak-anak makan.
“Jadi sebab itulah impian saya setinggi langit nak jadi orang yang arwah papa maksudkan. Orang yang bagi makan (jaga) famili waktu susah,” katanya lagi.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah jaga silaturrahim adik beradik semoga makin bertambah rezeki. Jgn jd parents yg diam je bila anak² bertelagah tak bertegur sapa. Mmg parents memainkan peranan dlm membentuk keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun depan jgn mengharap pulakkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah bila ada rezeki lebih.. Nabi saw pun pesan sedekahlah pada diri sendiri, pastu padi ahli keluarga, dekat, jauh dan kemudian pada orang2 lain yg memerlukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ponder timbang kilo kah [em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
trak bolehla tengok video gini'
menitikkk air mata
walau cincinnya hanya rm300 but its the thought that counts kata orang kampung stinky
sayang betul depa kat adik depa
sihat sungguh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|