Bersyukur dapat menguruskan serta mengiringi perjalanan akhir bekas suaminya, Ridzuan Hashim yang meninggal dunia pada Khamis, Didie Alias berkata ia dilakukan atas dasar tanggungjawab yang harus dipikul dengan ikhlas tanpa ada rasa dendam.
"Saya rasa ini tanggungjawab saya, walaupun arwah hanya bekas suami saya tapi dia adalah ayah kepada anak-anak saya. "Syukur saya dapat selesaikan perjalanan terakhirnya. Ia diatur sangat baik dari nafas terakhirnya siang tadi sehingga ke liang lahad. "Ini semua aturan Allah, saya secara ikhlas sudah reda dengan pemergiannya, malah sudsh lama memaafkannya serta menghalalkan makan minumnya," katanya. Didie ditemui selepas selesai pengebumian Ridzuan Hashim di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor pada Khamis. Dalam masa sama, Didie tidak menafikan bahawa dia sendiri masih terkejut dengan pemergian Allahyarham Ridzuan kerana baru sahaja berjumpa selepas menghantarkan makanan pada malam semalam sebelum hari kematiannya.
"Dia pergi tanpa memberi apa-apa petunjuk kepada kami. Saya juga masih terkejut dengan pemergiannya kerana baru sahaja malam sebelumnya kami berjumpa kerana saya datang ke rumahnya untuk menghantar rendang yang saya masak. "Saya akan masak lebih di rumah dan sering juga hantar makanan untuknya dan anak kami Dhanial yang tinggal bersamanya. "Dia suka masakan saya katanya 'rendang mommy sedap memang champion'. "Apa-apa pun kita semua akan mati, dia seorang yang tak suka nak susahkan orang lain dan Alhamdulilah dia perhi dengan cara yang baik," kongsinya lagi. Terdahulu, Ridzuan, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas disyaki terkena serangan jantung pagi Khamis. Berita pemergian pelakon yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan Didie Alias sendiri menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang semalam Ridzuan berkahwin dengan Didie pada 1991 dan dikurniakan lima cahaya mata, namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 2002. Sumber: Gempak
|
myakayina replied at 5-5-2023 10:59 AM
salute to sis dd..
Buritan replied at 5-5-2023 11:07 AM
Baik dd ni.. rugi ridzuan Hashim sia siakan seorg isteri yg sgt baikk.. aku pernah baca dulu dd ni ...
Buritan replied at 5-5-2023 11:07 AM
Baik dd ni.. rugi ridzuan Hashim sia siakan seorg isteri yg sgt baikk.. aku pernah baca dulu dd ni ...
myakayina replied at 5-5-2023 11:18 AM
itulah..dah tertulis jodohnya takat tuje, tapi bagus dia didik anak2 dia..yg penting dia berlapang ...
tipah89 replied at 5-5-2023 11:20 AM
kan... ada baca jugak struggle betul dia besarkan anak2 n anak dia yg sulung ke yg mana yg dah kahw ...
rayna_raynes replied at 5-5-2023 11:23 AM
diorang cerai sebab apa eh? ridzuan buat hal ke?
wallflower replied at 5-5-2023 10:54 AM
Bagus diangkutnya ridzuan hashim beraya rmh parent suami dia.anak2 lah yg happy.
Lavender_Violet replied at 5-5-2023 11:36 AM
Yang bagus kat sini current shuben dia
Tak kisah pun bini hangkut duda dia
Ada setengah husband, b ...
ADVERTISEMENT