Belum reda isu Datuk Hattan didakwa biadab menegur seorang pembaca berita ketika siaran langsung berita di sebuah stesen televisyen, muncul pula gosip baharu. Di Twitter, ada segelintir netizen mendakwa Hattan suka memotong barisan atau tidak suka beratur.
“Tau Hattan orang Negeri Sembilan. Ada sekali tu tengah beratur nak bayar minyak dekat Petronas, tiba-tiba dia lalu terus potong line dengan muka tak bersalah,” dakwa netizen. “Dia ni memang macam ni ke haritu pergi JD Pavilion, orang beratur elok je tiba-tiba dia datang potong terus letak kata nak bayar stokin saja,” dakwa netizen lain. Bukan itu sahaja, sesetengah netizen turut memohon agar Hattan tidak menggunakan gelaran ‘Datuk’ sebagai satu tiket untuk dirinya membuat sesuka hati. Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons mengenai isu tersebut daripada pihak Hattan sendiri. -CARI Sumber: XTRA
|
missbigrockstar replied at 5-5-2023 10:50 AM
Tok tan ni feeling org kena respect dia sebab dia bertitle datuk. Padahal sumbangan dlm industri sen ...
ADVERTISEMENT