CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lans Koperal Tak Mengaku Minta, Terima Suapan RM700

3-5-2023 06:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 220| Komen: 2

Polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM700, enam tahun lalu.

Lans Koperal Mohd Elfie Faizal Che Min, 35, yang bertugas di Balai Polis Pokok Assam, Taiping membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini dan memohon dibicarakan atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.


Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM300 daripada Khor Jin Siang yang menjalankan perniagaan barang lusuh menggunakan lesen tamat tempoh di pejabat Siyian Trading, Taman Perindustrian Pengkalan, Taiping kira-kira 3.40 petang, 17 Mei 2017.


Bernama

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Elfie Faizal Che Min didakwa memperoleh suapan wang RM300 daripada Khor di tempat dan masa sama.

Berdasarkan pertuduhan ketiga, anggota polis itu didakwa menerima suapan wang tunai RM400 daripada Khor melalui Thang Kim Hoon, untuk tidak mengambil tindakan terhadap perniagaan Siang Trading kerana gagal mengemukakan lesen perniagaan barang lusuh.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Siyian Trading kira-kira 5.30 petang, 4 April 2017.

Pertuduhan pertama dan ketiga dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 manakala pertuduhan kedua dibuat mengikut Seksyen 17(a) akta sama dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan iaitu menerima wang tunai masing-masing RM300 dan RM400 daripada Khor agar tidak mengambil tindakan kerana gagal mengemukakan lesen perniagaan barang lusuh pada 17 Mei dan 4 April 2017 di Pejabat Siyian Trading di Taiping.

Kedua-dua pertuduhan pilihan itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, namun peguam tertuduh Shahidah Muslimah Roslan memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM3,000.

Menurut Shahidah Muslimah tertuduh perlu menanggung isteri dan tiga anak kecil, ibu bapa yang uzur selain pertuduhan itu pertama kali dihadapi sepanjang hampir 15 tahun perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia.

Ahmad Kamar membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 9 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 3-5-2023 06:21 PM
Ada ke kes yang mengaku?
Quote gigahertz 3-5-2023 06:34 PM
Tauke tu x takut ke kena kompaun sebab meniaga xde lesen?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.040128 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top