CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Kanopi Cabut Habis Khemah, Biarkan Barangan Hiasan Pelamin Habis Rosak Kena Hujan

2-5-2023 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1892| Komen: 25

Seorang perancang perkahwinan terkilan apabila barang hiasan pelamin dibiarkan begitu sahaja di tepi jalan oleh pihak pengurusan kanopi.

Menerusi perkongsian Ita Andaman di Facebook miliknya, ini merupakan pengalaman pertamanya selepas 22 tahun dalam bidang itu, apabila barang-barang mereka dibiarkan berlonggok sehingga mengakibatkan kerosakan.


Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa menanggung kerugian yang besar apabila prop, platform dan kain yang digunakan rosak teruk akibat terkena hujan.



“Kami faham kerja, tapi sekurang-kurangnya beri kami waktu untuk ke lokasi rumah pengantin. Perjalanan ke rumah pengantin pun ambil masa 20 minit.

“Kalau betul tergesa-gesa, kami boleh pergi cabut, sekurang-kurangnya beritahu pengantin sehari lebih awal,” luahnya.

Menurutnya lagi, pihak kanopi sedia maklum, cuaca mendung dan hujan, tapi mereka bersikap tidak berperikemanusiaan dengan mencabut kanopi tersebut.


“Dalam hujan, ‘team’ kami cabut pelamin dan berdoa supaya Allah membalas setiap perbuatan kalian,” katanya.

Perkongsian itu tular di Facebook dan menjadi medium perdebatan orang ramai, mengulas mengenai isu ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 2-5-2023 05:31 PM
Takanlah kau tak tau sewa canopi tu berapa lama jah.  Kalau bukan hang sendri yg tempah, pengantin yg tempah.  Both ways selalu org canopi akan sedia maklum timing hantar timing buka.  
Quote imanjannah 2-5-2023 05:42 PM
tunggu respon dr org kanopi dulu
Quote matamata 2-5-2023 05:59 PM
Org kanopy pun ada komitmen lain la...mesti diorg pun rushing nak pasang kat tpt lain, kalau tak meet target nanti diaorg kena marah dgn customer, dah tu kau nak to long ke?
Selalunya kalau takda komitmen lain yg mendesak org kanopy ni ok je delay...lagi bagus sebenarnya sbb tak perlu nak simpan sementara nak sampai masa ke lokasi lain
Quote rosedemon 3-5-2023 08:45 AM
dah tu knp ko xcbaut cpt bodo
Quote krepek_pisang 3-5-2023 08:57 AM
Buat decor bawah khemah Sama je mcm buat dekat Dewan… nak habis majlis semua team dah kene stand by bukak semua.

22 tahun pengalaman tapi mcm baru start business je.
Quote B40tastePosh 3-5-2023 09:11 AM
Isu lama...Melayu bodoh camni lah...orang nak lain dah booking khemah tu musim² raya ni.. takkan nak tunggu kau punya deco sampai ketepikan next customer khemah tu.

Ko tak nak barang kau berhujan, ambil la barang deco kau cepat atau sediakan pakej sekali dengan khemah...tak tahu malu menumpang khemah orang, lepastu komplaint servis yang kau tak bayar
Quote supernaturalee 3-5-2023 09:14 AM
jgn2 dh diberitahu awal
tp duk tangguh2, otw, otw...tp batang konek, eh hidung pun x nampak


xpe2...kita tunggu ape respon org kanopi plak

Quote mikasa 3-5-2023 09:21 AM
matamata replied at 2-5-2023 05:59 PM
Org kanopy pun ada komitmen lain la...mesti diorg pun rushing nak pasang kat tpt lain, kalau tak mee ...

Betul tu. Kalau geng kanopi takda kerja lain yang urgent. Kekadang diorg akan biar je situ sampai sehari dua jika tak mengganggu lalulintas. Mungkin next booking berdekatan ngan lokasi sekarang jadi nak elak buang masa letak je situ

Jelas disini. Ada misscomunication walaupun puluhan tahun pengalaman
Quote tompie 3-5-2023 09:30 AM
Nak menunggu ko setelkan keje kau, orang lain tak boleh keje..
Dah abis majlis biasanye terus bukak ahh..
Aku rasa nak bukak canopy tu mungkin lebih lama dari nak bukak andaman tu semua..
Quote mizruncing 3-5-2023 09:44 AM
butik la main peranan. patut lepas majlis terus bukak. yg kau biar lama buat ape. takde sape nk ootd dah kat situ lepas majlis
Quote menjad 3-5-2023 09:46 AM
Pengantin pun satu bengong. Ko dan laki ko tolong lah pindahkan barang kat tempat sesuai. Tak der sikap nak membantu tuh yang payah.
Quote Decaffeinated 3-5-2023 11:12 AM
Poor coordination ja ni.

Bab buka pasang khemah pun fail macam mana nak anjur international event kalau macam ni. Perlu ka satu negara tolong selesaikan?

Quote Cyempaka 3-5-2023 11:16 AM
Ita andaman kalo baca forum mau nangis hentak2 kaki.. Kat fb xpela semua pakat bekap dia
Quote epysha 3-5-2023 11:49 AM
sendiri lembap nak salahkn org
Quote nipskacang 3-5-2023 11:55 AM
Hahahaha ya Allah i attend wedding ni sebab kebetulan blk rumah in law hritu, tau2 laki i ckp jiran dia dh kene viral. Kalau xsilap iols, jiran tu dh msuk kan sedikit sebanyak brg2 dais tu, cuma ruang sempit pastu kebetulan hujan lebat mse tu kabut agaknye, tu yg jd mcm tu. Tp xptt jd isu sebenarnya sbb tempat kenduri tu tgh2 jln, mmg org akan cpt2 buang taknak ggu lalu lintas, nk pulak belah pahang kenduri pkul 11-4 je, by 4 dh hbs ptt terus cabut je semua. Ntah la, miscommunicate kot masing2 huhu
Quote renko 3-5-2023 11:56 AM
Cyempaka replied at 3-5-2023 11:16 AM
Ita andaman kalo baca forum mau nangis hentak2 kaki.. Kat fb xpela semua pakat bekap dia

udah kena buat karangan kt fb lagisambil tepek2 ss dr sini
Quote pooh~key 3-5-2023 11:58 AM
supernaturalee replied at 3-5-2023 09:14 AM
jgn2 dh diberitahu awal
tp duk tangguh2, otw, otw...tp batang konek, eh hidung pun x nampak


Wow kau sebut batang konek sis. Akak likeeee sissy. IMG_8666.JPG
Quote supernaturalee 3-5-2023 12:19 PM
pooh~key replied at 3-5-2023 11:58 AM
Wow kau sebut batang konek sis. Akak likeeee sissy.

too graphic



Quote SWORKS27 3-5-2023 12:33 PM
ni semua punca salah paham atau miskomunikesen  ni.simple je....

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051422 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top