CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Akan Nilai Semula Gaji Penjawat Awam - PM

1-5-2023 12:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3101| Komen: 98|Original author: Tatod

Putrajaya: Kerajaan memberi jaminan akan melakukan penilaian semula berhubung isu gaji penjawat awam terutama di peringkat rendah yang tidak memuaskan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, komitmen itu diberikan walaupun kerajaan Madani mengambil alih negara dalam keadaan kewangan semasa yang amat parah.


"Sudah sampai masa kita lakukan penilaian dan kajian semula. Ini jaminan saya, kita bagi komitmen ambil alih dalam keadaan kewangan yang sangat parah, hutang (negara) berjumlah RM1.5 trilion," katanya ketika menyampaikan amanat bersempena Sambutan Hari Pekerja 2023 di sini, hari ini.


Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Anwar turut meminta penjawat awam memberikan sedikit masa bagi menyelesaikan isu upah penjawat awam.


"Bagi saya tempoh setahun, kalau ada trend peningkatan hasil, yang pertama (akan dilaksanakan) adalah upah penjawat awam. Selain itu, segala bonus atau apa saja kemudahan, termasuk kesihatan, yang harus dibantu, kita akan segerakan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ResellerMaxis 1-5-2023 01:15 PM
kurangkan penjawat awam. selesaikan isu emolumen and pencen terlalu tinggi.
start embrace ai.
Quote duri_durians 1-5-2023 01:21 PM
gaji menteri, saiz kabinet, kelayakan pencen untuk menteri.
Quote naina 1-5-2023 01:25 PM
ResellerMaxis replied at 1-5-2023 01:15 PM
kurangkan penjawat awam. selesaikan isu emolumen and pencen terlalu tinggi.
start embrace ai.

Pencen apa yang terlalu tinggi. Itukan separuh dari gaji je..itu pun belum tolak loan kalau belum selesai.
Quote Innrukia 1-5-2023 01:27 PM
oh dunia ini penuh kepalsuann
Quote kucing_gebu 1-5-2023 01:28 PM
Hahahaha....janji selagi boleh
Quote ResellerMaxis 1-5-2023 01:48 PM
naina replied at 1-5-2023 01:25 PM
Pencen apa yang terlalu tinggi. Itukan separuh dari gaji je..itu pun belum tolak loan kalau belum  ...

Emolumen + pencen 60% of government annual budget. Its too much.

That is Why need to reduce civil servant. Not reducing the salary or the pension.

For future staff should use kwsp. If this trend continue. Silap silap lepas ni 80% of annual budget untuk emolumen + pencen.
Quote Zack8hunter 1-5-2023 01:49 PM
sekarang ni yg keje gomen pun byk yg kontrak jer.. sepandai2 doktor yg belajar tinggi2 pun sekadar dpt keje kontrak jer
Quote shida81 1-5-2023 02:48 PM
Zack8hunter replied at 1-5-2023 01:49 PM
sekarang ni yg keje gomen pun byk yg kontrak jer.. sepandai2 doktor yg belajar tinggi2 pun sekadar d ...

Doktor cikgu askar polis pekerja pembersihan suppose tetap yg kj opis tu le bg kontrak... Ramai2 kt opis tu wat apa.. 1 org wat 1 kj....
Quote hyie 1-5-2023 03:04 PM
gitteww...nak dekat PRN lettew tapi kalau staf rendah, kenaikan tahunan diorang rm100 je kan. Tapi starting pun cecah 2k rasanya, termasuk elaun.
Quote Azharitubunga 1-5-2023 03:16 PM
Ini kalau nilai semula akan makin bertambah atau berkurang??

Awal pmx memukul gendang kempen prn6
Quote caprut 1-5-2023 03:32 PM
shida81 replied at 1-5-2023 02:48 PM
Doktor cikgu askar polis pekerja pembersihan suppose tetap yg kj opis tu le bg kontrak... Ramai2 k ...

Doktor ckup 15 tahun klo dia nk blah dia blah je.
https://www.tiktok.com/@draziah_fms/video/7221720911261601051

Cikgu knp nk tetap?  Tetap pun ckgu buat side income mcm sial gak
https://www.tiktok.com/@erycomel2022/video/7128701220553772315?q=cikgu%20erin&t=1682916462390


https://www.tiktok.com/@cikgufauzicikgu/video/7227848705469140230

Polis lg xboleh harap. Doktor aku sruh bawak bnduan pergi balai byk pula alasan

Ptot buat sistem mcm askar. Itu yg trbaik setakat ni
Quote caprut 1-5-2023 03:35 PM
ResellerMaxis replied at 1-5-2023 01:48 PM
Emolumen + pencen 60% of government annual budget. Its too much.

That is Why need to reduce civil ...

Mmg byk. Emolumen tertinggi adalah KPM. Setiap thun bajet tggi utk byr pencen je

Hjung2 tk hbes buat konten tiktok, jual cerita pnh jd pondan, buat massage



https://www.tiktok.com/@erycomel2022/video/7128701220553772315?q=cikgu%20erin&t=1682916462390

https://www.tiktok.com/@cikgufauzicikgu/video/7227848705469140230
Quote caprut 1-5-2023 03:36 PM
Innrukia replied at 1-5-2023 01:27 PM
oh dunia ini penuh kepalsuann

Hritu dia sembang kontrak staff sokomgan kkm yg dah nk hbes ambilan zaman covid akan diteruskan. Tuptup hmpir 90% dah nk hbes kontrak. Sembang je
Quote caprut 1-5-2023 03:37 PM
kucing_gebu replied at 1-5-2023 01:28 PM
Hahahaha....janji selagi boleh

Hritu dia sembang kontrak staff sokomgan kkm yg dah nk hbes ambilan zaman covid akan diteruskan. Tuptup hmpir 90% dah nk hbes kontrak. Sembang je
Quote melinda_kerr 1-5-2023 03:38 PM
Apa kata kurangkan tax pekerja swasta pulak.
Quote xy_daen 1-5-2023 04:05 PM
melinda_kerr replied at 1-5-2023 03:38 PM
Apa kata kurangkan tax pekerja swasta pulak.

Kurangkan tax pekerja swasta kuranglah hasil. Macam mana nak tampung tambahan kenaikan gaji penjawat awam?
Quote asmurai 1-5-2023 04:29 PM
Edited by asmurai at 1-5-2023 04:32 PM
ResellerMaxis replied at 1-5-2023 01:15 PM
kurangkan penjawat awam. selesaikan isu emolumen and pencen terlalu tinggi.
start embrace ai.


Swastakan perkhidmatan kerajaan seperti klinik dan hospital, jalan raya dan sekolah. Jadinya kerajaan tak perlu bayar pencen. Tapi rakyat kena lah bayar lebih untuk perkhidmatan yang telah diswastakan tu sebab dah jadi business/profit oriented, dah bukan service for public dah. Macam bekalan air yang telah diswastakan tuu, cer tengok makin helok ke makin teruk lepas diswastakan?
Quote ResellerMaxis 1-5-2023 04:38 PM
asmurai replied at 1-5-2023 04:29 PM
Swastakan perkhidmatan kerajaan seperti klinik dan hospital, jalan raya dan sekolah. Jadinya keraj ...

Tnb, tm, syarikat air, sport toto dan banyak lagi di swastakan. Majoriti jadi lebih baik.

IPTS, lhdn, ssm, polis bantuan, sebahagian perkhidmatan di bawah JPJ, JPN boleh di swastakan.

Yang masih di bawah government pun. Boleh je tukar pencen ke kwsp especially lantikan baru.
Quote Skuau 1-5-2023 04:40 PM
Ini..namanya DEMOKRASI TERPIMPIN.

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.037792 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top