Washington – Sejenis suntikan yang mampu membantu orang ramai menurunkan berat akan ditawarkan di Britain dan Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita MailOnline semalam. Menurut data percubaan klinikal, suntikan Tirzepatide mampu membantu orang ramai menurunkan purata berat badan sebanyak 15.6 kilogram.
Walaupun keputusan ujian sangat menjanjikan, pengawal selia masih perlu meluluskan suntikan yang perlu diambil sekali seminggu itu sebelum dilancarkan secara meluas. Ketika ini, suntikan Tirzepatide hanya diluluskan untuk merawat diabetes tahap 2. Bagaimanapun, sesetengah penduduk AS sudah menunjukkan perubahan selepas meminta doktor memberikan suntikan Tirzepatide yang belum diluluskan. Seorang lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan mendakwa ubat yang dijenamakan semula sebagai Mounjuro itu membantunya menurunkan berat sehingga 45.4 kg.
Gambar sebelum dan selepas memaparkan transformasi luar biasa seorang eksekutif teknologi kesihatan, Matthew Barlow, 48, yang tinggal di California. Dia mula menggunakan ubat itu pada November tahun lalu. Pada masa sama, dia juga mengubah diet dan gaya hidup seperti yang disyorkan oleh pakar. Sumber: KOSMO! ONLINE |
ultra78 replied at 28-4-2023 11:01 PM
Tak menghairankan bila ubat diabetes digunakan untuk turunkan berat badan orang yang bukan pesakit d ...
evlinne replied at 29-4-2023 11:00 AM
Ubat ni start femes since KimeK tu amik katanya
Pompuan muka kuda tu nk sarung dress marilyn monroe ...
Dwdrum replied at 29-4-2023 12:18 AM
Common saja ubat di design/patent untuk kegunaan lain untuk rawat penyakit lain... Cuma ubat kurus b ...
ADVERTISEMENT