Anggota bomba mengeluarkan seorang lelaki yang maut di dalam lurang di susur keluar Laguna Park Pulau Indah selepas terkena renjatan elektrik, petang semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat mengesahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.04 petang sebelum anggota dikerah ke lokasi.
"Bomba mendapati mangsa yang berumur 30-an dalam keadaan terbaring berada di dalam lurang itu. "Siasatan mendapati, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik. "Bagaimanapun, bomba menghubungi dan mendapatkan bantuan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan kawasan selamat serta tiada arus elektrik sebelum mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Morni berkata, bomba berjaya mengeluarkan mangsa selepas mendapat kerjasama pihak TNB. "Pada 11.45 malam tadi, pihak TNB menutup arus elektrik berkuasa 33KV dan mangsa berjaya dikeluarkan oleh bomba dengan bantuan kontraktor TNB dengan menggunakan jengkaut pada 12.15 tengah malam. "Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya. Sumber: BH Online
|
Triple_8 replied at 28-4-2023 11:13 AM
Lurang tu apa benda ya? Lorong+lobang ke?
matchstick replied at 28-4-2023 11:18 AM
Manhole. Lubang + orang = lurang
plywood replied at 28-4-2023 11:27 AM
apa maksud? lubang yang dibuat oleh manusia?
bulanbulat replied at 28-4-2023 12:12 PM
Sibuk en morni ni. Suicide 18 tahun pun dia attend
plywood replied at 28-4-2023 11:27 AM
apa maksud? lubang yang dibuat oleh manusia?
matchstick replied at 28-4-2023 11:18 AM
Manhole. Lubang + orang = lurang
ADVERTISEMENT