CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1063|Reply: 15

Lelaki Kena Renjatan Elektrik Mati Dalam Lurang Susur Keluar Laguna Park Pulau Indah

[Copy link]
Post time 28-4-2023 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Anggota bomba mengeluarkan seorang lelaki yang maut di dalam lurang di susur keluar Laguna Park Pulau Indah selepas terkena renjatan elektrik, petang semalam.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat mengesahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.04 petang sebelum anggota dikerah ke lokasi.




Bomba berjaya mengeluarkan mangsa dengan bantuan TNB.- Foto NSTP/Ihsan Bomba




"Bomba mendapati mangsa yang berumur 30-an dalam keadaan terbaring berada di dalam lurang itu.


"Siasatan mendapati, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik.


"Bagaimanapun, bomba menghubungi dan mendapatkan bantuan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan kawasan selamat serta tiada arus elektrik sebelum mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Morni berkata, bomba berjaya mengeluarkan mangsa selepas mendapat kerjasama pihak TNB.


"ada 11.45 malam tadi, pihak TNB menutup arus elektrik berkuasa 33KV dan mangsa berjaya dikeluarkan oleh bomba dengan bantuan kontraktor TNB dengan menggunakan jengkaut pada 12.15 tengah malam.


"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lurang tu apa benda ya? Lorong+lobang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
kabel bwah tanah ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 28-4-2023 11:13 AM
Lurang tu apa benda ya? Lorong+lobang ke?

Manhole. Lubang +  orang = lurang
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by insulin at 28-4-2023 11:24 AM

Besar betul manhole/utility vault TNB ni. Dah serupa longkang besar pula.

Masuk ke dalam tu sebab nak curi earth cable ke? Memang cari nahas la jawapnya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga.. camne leh terjatuh dlm tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2023 11:27 AM | Show all posts
matchstick replied at 28-4-2023 11:18 AM
Manhole. Lubang +  orang = lurang

apa maksud? lubang yang dibuat oleh manusia?

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk en morni ni. Suicide 18 tahun pun dia attend
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 28-4-2023 11:27 AM
apa maksud? lubang yang dibuat oleh manusia?

Lubang yg dibuat utk org masuk buat maintenance work
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bulanbulat replied at 28-4-2023 12:12 PM
Sibuk en morni ni. Suicide 18 tahun pun dia attend

Dia yg ganti datuk norazam khamis? Dah pencen ke?

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tujuan masuk utk curi cable padan muka aje la..no al fatihah for you. Aku tgh doakan penyamun yg curi cable n equipment dkt site aku mampus sebegini rupa jua..Aamiin yg Rabb. Dh 2x kena curi. Sakitnya hati
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim cuti raya ni mmg penyamun rancak buat kerja. Sial la penyamun sihat tubuh badan siap boleh gali trench utk curi under  ground cable tapi malas cari kerja halal
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 28-4-2023 11:27 AM
apa maksud? lubang yang dibuat oleh manusia?

Im having dirty thought, sister.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 28-4-2023 11:18 AM
Manhole. Lubang +  orang = lurang

Oooo...manhole tu maknanya lubang orang..tq tq..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang sebenarnya,  manusia ada 7 lubang sis

I HAVE HOLEEESSSSSS!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.055635 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list