CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JKNK Siasat Kematian Dua Kanak-Kanak Dikaitkan Strok Haba

28-4-2023 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1037| Komen: 10

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin memaklumkan punca kematian dua kanak-kanak berusia 11 dan setahun tujuh bulan yang dipercayai akibat strok haba  masih dalam siasatan.


Beliau memaklumkan perkara itu menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama, hari ini.


Gambar hiasan

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Wanie Alias, 32, berkata, anaknya sebelum itu iaitu pada Aidilfitri pertama dan kedua masih sihat dan aktif beraya bersama adik-beradik dan saudara-mara.

Katanya, anak sulung daripada tiga beradik itu sangat aktif apabila dapat bermain basikal sebelum demam dan cirit-birit pada hari raya ketiga.

"Pada hari raya keempat selepas Subuh, saya lihat keadaan anak lemah sebelum mahu membawa anak ke klinik kesihatan, namun ketika sedang bersiap anak secara tiba-tiba diserang sawan.


"Saya terus membawa anak ke Klinik Kesihatan Balai dan sampai di sana doktor terus memberi oksigen dan branula untuk masuk air. Namun, tekanan nadi anak tiba-tiba terhenti dan anak didapati pengsan," katanya di sini, hari ini.

Wanie berkata, beliau dan suami terpaksa reda apabila anak mereka gagal diselamatkan apabila menghembuskan nafas terakhir 9.27 pagi.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia Selasa lepas dipercayai akibat strok haba.

Bapa kanak-kanak itu, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, berkata anak tunggalnya, Nur Imani, batuk sejak seminggu lalu dan muntah-muntah beberapa hari selepas itu.

Katanya, Nur Amani dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II Isnin lalu dan doktor yang merawat memberi ubat dan meminta anaknya dibawa pulang.

Ahmad Faris berkata, keadaan anaknya semakin teruk sebelum meninggal dunia kira-kira jam 7.20 pagi Selasa.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 28-4-2023 10:37 AM
muntah2 dan cirit birit dah red flag to us as guardian...cpt2 bwk ke hospital...
Quote krustykrab 28-4-2023 10:53 AM
Dlm berita sblm ni...bukan dh bedah siasat ke...
Quote LoveSungmin 28-4-2023 11:36 AM
mejaputih replied at 28-4-2023 10:37 AM
muntah2 dan cirit birit dah red flag to us as guardian...cpt2 bwk ke hospital...

but yang girl tu dah pergi hospital, doc suruh bawa balik pula
Quote mejaputih 28-4-2023 11:38 AM
LoveSungmin replied at 28-4-2023 11:36 AM
but yang girl tu dah pergi hospital, doc suruh bawa balik pula

itu la bengong betul doktor tu...elok la siasat...buat keje cincai je...patutnya dah muntah2 tu kena drip...
Quote KucaiHijau 28-4-2023 11:41 AM
mejaputih replied at 28-4-2023 11:38 AM
itu la bengong betul doktor tu...elok la siasat...buat keje cincai je...patutnya dah muntah2 tu ke ...

Betul...patut siasat doktor jugak. Sepatutnye cirit birit akan warded & only discharged bile keadaan ada improvement
Quote Cokoro 28-4-2023 11:43 AM
Doktor ho ke tu. Iols tringat dulu dh demam lama lpstu check covid, bukan covid. Phtu doktor terus jeng tak tahu apa. pdhl hospital uni tu.
Quote kotakominami 28-4-2023 02:40 PM
Kalau strok haba memang muntah2 cirit birit ker?
Quote caprut 28-4-2023 02:56 PM
Mak bapa tahu beranak je. Simple thing pun tk tahu
Quote Lagubestbest 28-4-2023 05:17 PM
caprut replied at 28-4-2023 02:56 PM
Mak bapa tahu beranak je. Simple thing pun tk tahu

mak pak tak panas pun dok lam rumah je. yg berpanas anak2 tu kesana-kesini biarpun main keliling rumah je.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045761 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top