View: 987|Reply: 9
|
JKNK Siasat Kematian Dua Kanak-Kanak Dikaitkan Strok Haba
[Copy link]
|
|
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin memaklumkan punca kematian dua kanak-kanak berusia 11 dan setahun tujuh bulan yang dipercayai akibat strok haba masih dalam siasatan.
Beliau memaklumkan perkara itu menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama, hari ini.
 Gambar hiasan
Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok.
Ibu kanak-kanak berkenaan, Wanie Alias, 32, berkata, anaknya sebelum itu iaitu pada Aidilfitri pertama dan kedua masih sihat dan aktif beraya bersama adik-beradik dan saudara-mara.
Katanya, anak sulung daripada tiga beradik itu sangat aktif apabila dapat bermain basikal sebelum demam dan cirit-birit pada hari raya ketiga.
" ada hari raya keempat selepas Subuh, saya lihat keadaan anak lemah sebelum mahu membawa anak ke klinik kesihatan, namun ketika sedang bersiap anak secara tiba-tiba diserang sawan.
"Saya terus membawa anak ke Klinik Kesihatan Balai dan sampai di sana doktor terus memberi oksigen dan branula untuk masuk air. Namun, tekanan nadi anak tiba-tiba terhenti dan anak didapati pengsan," katanya di sini, hari ini.
Wanie berkata, beliau dan suami terpaksa reda apabila anak mereka gagal diselamatkan apabila menghembuskan nafas terakhir 9.27 pagi.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia Selasa lepas dipercayai akibat strok haba.
Bapa kanak-kanak itu, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, berkata anak tunggalnya, Nur Imani, batuk sejak seminggu lalu dan muntah-muntah beberapa hari selepas itu.
Katanya, Nur Amani dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II Isnin lalu dan doktor yang merawat memberi ubat dan meminta anaknya dibawa pulang.
Ahmad Faris berkata, keadaan anaknya semakin teruk sebelum meninggal dunia kira-kira jam 7.20 pagi Selasa.
Sumber: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
muntah2 dan cirit birit dah red flag to us as guardian...cpt2 bwk ke hospital... |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm berita sblm ni...bukan dh bedah siasat ke... |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 28-4-2023 10:37 AM
muntah2 dan cirit birit dah red flag to us as guardian...cpt2 bwk ke hospital...
but yang girl tu dah pergi hospital, doc suruh bawa balik pula  |
|
|
|
|
|
|
|
itu la bengong betul doktor tu...elok la siasat...buat keje cincai je...patutnya dah muntah2 tu kena drip...
|
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 28-4-2023 11:38 AM
itu la bengong betul doktor tu...elok la siasat...buat keje cincai je...patutnya dah muntah2 tu ke ...
Betul...patut siasat doktor jugak. Sepatutnye cirit birit akan warded & only discharged bile keadaan ada improvement
|
|
|
|
|
|
|
|
Doktor ho ke tu. Iols tringat dulu dh demam lama lpstu check covid, bukan covid. Phtu doktor terus jeng tak tahu apa. pdhl hospital uni tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau strok haba memang muntah2 cirit birit ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Mak bapa tahu beranak je. Simple thing pun tk tahu |
|
|
|
|
|
|
|
mak pak tak panas pun dok lam rumah je. yg berpanas anak2 tu kesana-kesini biarpun main keliling rumah je.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|