Kota Kinabalu: "Tiada apa yang dapat diselamatkan termasuklah baju, kuih raya habis musnah semuanya," kata Mahsrie Muhmin, 35. Mahsrie antara mangsa kejadian kebakaran membabitkan 15 rumah di Jalan Saga, Likas, di sini, semalam.
Mahsrie yang ditemui berkata, ketika kejadian dia sedang mandi di luar rumah manakala isteri Krasida Halim, 30, dan empat anaknya berusia lapan tahun hingga lima bulan berada di dalam rumah. "Ketika itu, kilat sabung menyabung sebelum sebuah rumah yang terletak selang sebuah rumah, tiba-tiba terbakar. "Isteri dan anak-anak berjaya keluar daripada rumah. Saya cuba naik ke rumah untuk menyelamat harta benda namun gagal kerana api merebak dengan pantas," katanya. Menurutnya, semua harta benda musnah termasuk baju, kuih raya dan dokumen. "Tiada apa yang dapat diselamatkan. Ketika kejadian saya hanya memakai tuala kerana baru selesai mandi. Baju semuanya musnah dan nasiblah ada saudara membantu memberi pakaian yang saya pakai untuk hari ini.
"Malang berganda buat saya dan keluarga kerana saya baru sahaja ditamatkan kontrak di tempat kerja dan semalam rumah pula musnah terbakar," katanya sedih. Sementara itu, Krasida berkata, dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat termasuk empat anaknya. "Memang sedih, tetapi saya bersyukur tiada kejadian tidak diingini berlaku. "Kami tidak sangka diuji begini kerana suami baru sahaja ditamatkan kontrak ditempat kerja. Namun saya redha dengan kejadian ini," katanya. Terdahulu, sebanyak 15 rumah di Jalan Saga, Likas musnah dalam kebakaran semalam menyebabkan 18 keluarga tinggal sehelai sepinggang. Dalam kejadian jam 7.20 malam itu, bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan selepas semua penghuni rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri. Semua mangsa kebakaran kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Likas, di sini. -CARI Sumber: Harian Metro
|
..Mahsrie yang ditemui berkata, ketika kejadian dia sedang mandi di luar rumah...
Tiada apa yang dapat diselamatkan. Ketika kejadian saya hanya memakai tuala kerana baru selesai mandi. Baju semuanya musnah dan nasiblah ada saudara membantu memberi pakaian yang saya pakai untuk hari ini...
prince_marhaen replied at 28-4-2023 09:52 AM
we need prove, like photo or something....
krustykrab replied at 28-4-2023 12:34 PM
Nk proof yg dia pakai tuala baru lps mandi ke?
ADVERTISEMENT