CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 619|Reply: 5

Baju, Kuih Raya, Dokumen Semua Musnah- Lelaki Malang Berganda, Sudahlah Ditamatkan Kontrak Kerja, Rumah Pula Terbakar

[Copy link]
Post time 28-4-2023 08:18 AM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu: "Tiada apa yang dapat diselamatkan termasuklah baju, kuih raya habis musnah semuanya," kata Mahsrie Muhmin, 35.


Mahsrie antara mangsa kejadian kebakaran membabitkan 15 rumah di Jalan Saga, Likas, di sini, semalam.


Mahsrie yang ditemui berkata, ketika kejadian dia sedang mandi di luar rumah manakala isteri Krasida Halim, 30, dan empat anaknya berusia lapan tahun hingga lima bulan berada di dalam rumah.


Foto: Harian Metro




"Ketika itu, kilat sabung menyabung sebelum sebuah rumah yang terletak selang sebuah rumah, tiba-tiba terbakar.


"Isteri dan anak-anak berjaya keluar daripada rumah. Saya cuba naik ke rumah untuk menyelamat harta benda namun gagal kerana api merebak dengan pantas," katanya.


Menurutnya, semua harta benda musnah termasuk baju, kuih raya dan dokumen.


"Tiada apa yang dapat diselamatkan. Ketika kejadian saya hanya memakai tuala kerana baru selesai mandi. Baju semuanya musnah dan nasiblah ada saudara membantu memberi pakaian yang saya pakai untuk hari ini.


"Malang berganda buat saya dan keluarga kerana saya baru sahaja ditamatkan kontrak di tempat kerja dan semalam rumah pula musnah terbakar," katanya sedih.


Sementara itu, Krasida berkata, dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat termasuk empat anaknya.


"Memang sedih, tetapi saya bersyukur tiada kejadian tidak diingini berlaku.


"Kami tidak sangka diuji begini kerana suami baru sahaja ditamatkan kontrak ditempat kerja. Namun saya redha dengan kejadian ini," katanya.


Terdahulu, sebanyak 15 rumah di Jalan Saga, Likas musnah dalam kebakaran semalam menyebabkan 18 keluarga tinggal sehelai sepinggang.


Dalam kejadian jam 7.20 malam itu, bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan selepas semua penghuni rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri.


Semua mangsa kebakaran kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Likas, di sini. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 09:52 AM | Show all posts
..Mahsrie yang ditemui berkata, ketika kejadian dia sedang mandi di luar rumah...
Tiada apa yang dapat diselamatkan. Ketika kejadian saya hanya memakai tuala kerana baru selesai mandi. Baju semuanya musnah dan nasiblah ada saudara membantu memberi pakaian yang saya pakai untuk hari ini...


we need prove, like photo or something....

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
3 bayi ada, 1 kanak2 xde
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 12:07 PM | Show all posts
salam takziah

masih mampu tersenyum walau diuji dgn ujian berat. moga Allah mudahkan urusan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 28-4-2023 09:52 AM
we need prove, like photo or something....

Nk proof yg dia pakai tuala baru lps mandi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 01:15 PM | Show all posts
krustykrab replied at 28-4-2023 12:34 PM
Nk proof yg dia pakai tuala baru lps mandi ke?

Posting sedih pun boleh ada yg focus psl brtuala lol.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 12:22 PM GMT+8 , Processed in 2.500262 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list