Parlimen Austria memutuskan untuk menamatkan cetakan harian salah satu akhbar tertua di dunia iaitu Wiener Zeitung sebelum diteruskan secara dalam talian penerbitannya. Keputusan itu dilihat sebagai langkah terakhir selepas berlaku pertikaian selama bertahun-tahun mengenai akhbar milik kerajaan Austria.
Akhbar yang mula diterbitkan pada tahun 1703 itu pada mulanya menggunakan nama Wiennerisches Diarium, sebelum dinamakan semula sebagai Wiener Zeitung pada tahun 1780. Presiden Ketiga Parlimen Austria, Norbert Hoger, berkata keputusan itu diterima pakai dengan majoriti, manakala undang-undang baharu bagi memindahkan penerbitan akhbar berkenaan dalam talian adalah pada 1 Julai ini. Akhbar terbabit akan mengekalkan sekurang-kurangnya 10 penerbitan cetakan setahun, bergantung pada dana yang ada. Menurut Persatuan Penerbit Berita Dunia, Wiener Zeitung pada tahun 2004 adalah salah satu akhbar tertua yang masih dalam edaran.
Akhbar berkenaan dijadikan sebagai saluran berita rasmi kerajaan Austria dan akan beralih ke platform dalam talian. Kerajaan Austria mendakwa perkara itu adalah selaras dengan arahan Eropah untuk memusatkan dan menerbitkan maklumat rasmi dalam talian. Sementara itu, Wiener Zeitung juga akan menubuhkan hab media, agensi kandungan dan pusat latihan untuk wartawan. Akhbar Wiener Zeitung mengedarkan kira-kira 20,000 naskhah pada hari bekerja dan dua kali ganda jumlahnya pada hujung minggu. Naib Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Vera Jourova, berkata pihaknya tidak berpuas hati terhadap perkara berkenaan. "Saya rasa selama ini akhbar Wiener Zeitung memainkan peranan yang baik dalam menyalurkan berita kepada orang ramai," katanya. Selasa lalu, ratusan orang awam turun ke jalan di Vienna bagi membantah tindakan kerajaan berkenaan. Sumber: BH ONLINE
|
eyansss replied at 28-4-2023 12:31 AM
sayangnya… buat je la dua2, online dan hardcopy…
dani-rox replied at 27-4-2023 11:23 PM
Waahhh... maksudnya newspaper nih pernah melaporkan revolusi Perancis, perlantikan presiden George W ...
dani-rox replied at 27-4-2023 11:23 PM
Waahhh... maksudnya newspaper nih pernah melaporkan revolusi Perancis, perlantikan presiden George W ...
Tinot7 replied at 28-4-2023 05:08 AM
Sbb tak ramai nak beli hardcopy?
Dan sbb tu kena wat atas talian?
Samerosie replied at 28-4-2023 10:36 AM
Lama kelamaan generasi akan datang buku pun tak reti nak selak. Teringat i meme ni
Tinot7 replied at 28-4-2023 11:21 AM
Jaman now pun dah beralih ke arah tu.. buku sumer softcopy ala2 mcm kindle. Buku mcm mills and boo ...
Samerosie replied at 28-4-2023 11:41 AM
Eh, apa iols ckp ni? Iols pun bbnu, tak kenai sumer menda kuno tuh..
-----------
kohkohkohkohkohk ...
Tinot7 replied at 28-4-2023 05:08 AM
Sbb tak ramai nak beli hardcopy?
Dan sbb tu kena wat atas talian?
Tinot7 replied at 28-4-2023 11:21 AM
Jaman now pun dah beralih ke arah tu.. buku sumer softcopy ala2 mcm kindle. Buku mcm mills and boo ...
eyansss replied at 28-4-2023 04:20 PM
no 1 - ada je yang nak beli sebab based on artikel ramai yang nak demo bantah...
no 2 - "Kerajaan ...
gangerina replied at 28-4-2023 04:46 PM
hahahahhahah...opsss ehh... hahahhaha
Tinot7 replied at 28-4-2023 07:50 PM
Ramai berdemo tak semestinya akan membeli.. e.g. bmf.. awai2 jahh hangat2 taik ayam.. pastu pasrah ...
eyansss replied at 29-4-2023 02:29 PM
kiranya sekadar acah2 padahal FOMO je la eh... hahaha...
Tinot7 replied at 29-4-2023 02:52 PM
Terpaksa iols gugel fomo ni amender.. iols tau mofo jahh.. hahahaha
eyansss replied at 29-4-2023 02:53 PM
pastu iols pulak gugel mofo tu apa. bwahahaha...
ADVERTISEMENT