CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1297|Reply: 27

Akhbar Tertua Di Dunia Ditamatkan Cetakannya

[Copy link]
Post time 27-4-2023 10:41 PM | Show all posts |Read mode
Parlimen Austria memutuskan untuk menamatkan cetakan harian salah satu akhbar tertua di dunia iaitu Wiener Zeitung sebelum diteruskan secara dalam talian penerbitannya.


Keputusan itu dilihat sebagai langkah terakhir selepas berlaku pertikaian selama bertahun-tahun mengenai akhbar milik kerajaan Austria.


Akhbar yang mula diterbitkan pada tahun 1703 itu pada mulanya menggunakan nama Wiennerisches Diarium, sebelum dinamakan semula sebagai Wiener Zeitung pada tahun 1780.






Presiden Ketiga Parlimen Austria, Norbert Hoger, berkata keputusan itu diterima pakai dengan majoriti, manakala undang-undang baharu bagi memindahkan penerbitan akhbar berkenaan dalam talian adalah pada 1 Julai ini.


Akhbar terbabit akan mengekalkan sekurang-kurangnya 10 penerbitan cetakan setahun, bergantung pada dana yang ada.


Menurut Persatuan Penerbit Berita Dunia, Wiener Zeitung pada tahun 2004 adalah salah satu akhbar tertua yang masih dalam edaran.


Akhbar berkenaan dijadikan sebagai saluran berita rasmi kerajaan Austria dan akan beralih ke platform dalam talian.


Kerajaan Austria mendakwa perkara itu adalah selaras dengan arahan Eropah untuk memusatkan dan menerbitkan maklumat rasmi dalam talian.


Sementara itu, Wiener Zeitung juga akan menubuhkan hab media, agensi kandungan dan pusat latihan untuk wartawan.


Akhbar Wiener Zeitung mengedarkan kira-kira 20,000 naskhah pada hari bekerja dan dua kali ganda jumlahnya pada hujung minggu.


Naib Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Vera Jourova, berkata pihaknya tidak berpuas hati terhadap perkara berkenaan.


"Saya rasa selama ini akhbar Wiener Zeitung memainkan peranan yang baik dalam menyalurkan berita kepada orang ramai," katanya.


Selasa lalu, ratusan orang awam turun ke jalan di Vienna bagi membantah tindakan kerajaan berkenaan.




Sumber: BH ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2023 11:23 PM | Show all posts
Waahhh... maksudnya newspaper nih pernah melaporkan revolusi Perancis, perlantikan presiden George Washington, pandemik ketagihan candu di China, perkahwinan antara sepupu Q Victoria, pembunuhan bersiri Jack the Ripper etc
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 12:31 AM | Show all posts
sayangnya…  buat je la dua2, online dan hardcopy…
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 28-4-2023 12:31 AM
sayangnya…  buat je la dua2, online dan hardcopy…

Sbb tak ramai nak beli hardcopy?
Dan sbb tu kena wat atas talian?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 27-4-2023 11:23 PM
Waahhh... maksudnya newspaper nih pernah melaporkan revolusi Perancis, perlantikan presiden George W ...

Hingga ke kemangkatan queen lilibet...
Betul2.melangkaui setiap revolusi
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 10:14 AM | Show all posts
dani-rox replied at 27-4-2023 11:23 PM
Waahhh... maksudnya newspaper nih pernah melaporkan revolusi Perancis, perlantikan presiden George W ...

dalam islam semua itu tak penting...manusia2 yg disebutkan tu akan masuk neraka jahanam pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2023 10:36 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 28-4-2023 05:08 AM
Sbb tak ramai nak beli hardcopy?
Dan sbb tu kena wat atas talian?

Lama kelamaan generasi akan datang buku pun tak reti nak selak.  Teringat i meme ni


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 28-4-2023 10:36 AM
Lama kelamaan generasi akan datang buku pun tak reti nak selak.  Teringat i meme ni

Jaman now pun dah beralih ke arah tu.. buku sumer softcopy ala2 mcm kindle. Buku mcm mills and boon jaman now dlm wattpad, dll. Deme tgk series Wednesday baru kenai typewriter.. cassette dan cassette player tak pernah tgk.. takde tv putaq2, takde kena diri kat luaq ubah signal aerial tv..

Eh, apa iols ckp ni? Iols pun bbnu, tak kenai sumer menda kuno tuh.. masa akan dtg akan advanced.. takde nak tebang pokok utk buat kertas atopon perabot.. mana tau masa tu kuasa minda manusia dah gah, sumer dok terbang di awang2an, mengalahkan cik ponti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2023 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai masih beli newspaper beli sikit2 sebulan seketul dua
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 11:41 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 28-4-2023 11:21 AM
Jaman now pun dah beralih ke arah tu.. buku sumer softcopy ala2 mcm kindle. Buku mcm mills and boo ...

Eh, apa iols ckp ni? Iols pun bbnu, tak kenai sumer menda kuno tuh..
-----------
kohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkohtergolekdog
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 28-4-2023 11:41 AM
Eh, apa iols ckp ni? Iols pun bbnu, tak kenai sumer menda kuno tuh..
-----------
kohkohkohkohkohk ...

Hahahahah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 04:20 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 28-4-2023 05:08 AM
Sbb tak ramai nak beli hardcopy?
Dan sbb tu kena wat atas talian?

no 1 - ada je yang nak beli sebab based on artikel ramai yang nak demo bantah...
no 2 - "Kerajaan Austria mendakwa perkara itu adalah selaras dengan arahan Eropah untuk memusatkan dan menerbitkan maklumat rasmi dalam talian.

but still boleh buat dua2 kot...  kertas boleh guna recycle paper...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 04:46 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 28-4-2023 11:21 AM
Jaman now pun dah beralih ke arah tu.. buku sumer softcopy ala2 mcm kindle. Buku mcm mills and boo ...

hahahahhahah...opsss ehh... hahahhaha

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 05:13 PM | Show all posts
zaman wattpad skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 28-4-2023 04:20 PM
no 1 - ada je yang nak beli sebab based on artikel ramai yang nak demo bantah...
no 2 - "Kerajaan  ...

Ramai berdemo tak semestinya akan membeli.. e.g. bmf.. awai2 jahh hangat2 taik ayam.. pastu pasrah dgn keadaan..

Eropah mmg dah lama plan go green, reduce carbon footprint.. kita jahh alpa..
Mana2 negara yg dlm kumpulan deme, kena la ikut.. takkan satu geng tapi lain kepala?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2023 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
gangerina replied at 28-4-2023 04:46 PM
hahahahhahah...opsss ehh... hahahhaha

Hihihi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2023 02:29 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 28-4-2023 07:50 PM
Ramai berdemo tak semestinya akan membeli.. e.g. bmf.. awai2 jahh hangat2 taik ayam.. pastu pasrah ...

kiranya sekadar acah2 padahal FOMO je la eh...  hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 29-4-2023 02:29 PM
kiranya sekadar acah2 padahal FOMO je la eh...  hahaha...

Terpaksa iols gugel fomo ni amender.. iols tau mofo jahh.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 02:53 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 29-4-2023 02:52 PM
Terpaksa iols gugel fomo ni amender.. iols tau mofo jahh.. hahahaha

pastu iols pulak gugel mofo tu apa. bwahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 29-4-2023 02:53 PM
pastu iols pulak gugel mofo tu apa. bwahahaha...

Mofo tu bkn menda baik.. fothermocker jahh pahamm.. hahahah..

Hang org kedua pakai fomo dgn iols.. iols tau yolo jahh.. iols ingatkan org pertama ckp mofo kat iols.. dah tak bertegur sapa lagi la.. hahaha..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.054010 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list