Seorang wanita yang didakwa menyimbah air panas di dalam cerek ke arah anak perempuannya berusia 15 tahun sehingga melecur kerana pulang lewat ke rumah dipenjara tiga minggu. Bagaimanapun, wanita berusia 42 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu berhasrat untuk membuat rayuan terhadap hukuman berkenaan.
Tertuduh membuat pengakuan bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan dengan perbuatan terburu-buru yang membahayakan keselamatan diri. Mengikut fakta kes, mangsa tidur di rumah rakannya walaupun dibantah oleh ibunya itu pada 22 Disember 2021. Apabila remaja itu pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam hari kejadian, dia terus mengunci pintu bilik tidurnya. Bagaimanapun, ibu mangsa sempat membuka tingkap bilik tidur lalu menjerit sebelum membaling kasut ke arah mangsa.
Mangsa tidak keluar dari biliknya pada 24 Disember 2021, sebelum bangun dari tidur kira-kira jam 3 petang pada keesokan harinya. Sejam kemudian, tertuduh meminta anaknya membantu melakukan kerja di dapur, sebelum memarahinya kerana pulang lewat ke rumah, sebelum secara tiba-tiba menyimbah air panas di dalam cerek ke arah mangsa sehingga melecur. Gadis itu kemudian menghubungi datuk dan neneknya sebelum pergi ke rumah mereka dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kejadian itu turut dilaporkan kepada Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak dan pihak polis. Remaja itu dilaporkan melecur tahap pertama di anggota badan, termasuk dagu, leher, bahu dan dada. Mangsa dimasukkan ke hospital dari 26 Disember 2021 hingga 5 Januari 2022 dan kecederaannya dilaporkan sembuh pada 4 Januari 2022. Timbalan Pendakwa Raya, Kathy Chu memohon hukuman penjara antara tiga hingga empat minggu terhadap tertuduh dengan mengatakan kecederaan dialami oleh mangsa adalah serius. Sumber: BH ONLINE
|
matchstick replied at 26-4-2023 10:17 AM
Kat mana kejadiannya nih..
ADVERTISEMENT