View: 1114|Reply: 13
|
Ibu Kena Penjara Gara-Gara Simbah Air Panas Pada Anak Sebab Pulang Lewat
[Copy link]
|
|
Seorang wanita yang didakwa menyimbah air panas di dalam cerek ke arah anak perempuannya berusia 15 tahun sehingga melecur kerana pulang lewat ke rumah dipenjara tiga minggu.
Bagaimanapun, wanita berusia 42 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu berhasrat untuk membuat rayuan terhadap hukuman berkenaan.
Tertuduh membuat pengakuan bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan dengan perbuatan terburu-buru yang membahayakan keselamatan diri.
Gambar hiasan.
Mengikut fakta kes, mangsa tidur di rumah rakannya walaupun dibantah oleh ibunya itu pada 22 Disember 2021.
Apabila remaja itu pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam hari kejadian, dia terus mengunci pintu bilik tidurnya.
Bagaimanapun, ibu mangsa sempat membuka tingkap bilik tidur lalu menjerit sebelum membaling kasut ke arah mangsa.
Mangsa tidak keluar dari biliknya pada 24 Disember 2021, sebelum bangun dari tidur kira-kira jam 3 petang pada keesokan harinya.
Sejam kemudian, tertuduh meminta anaknya membantu melakukan kerja di dapur, sebelum memarahinya kerana pulang lewat ke rumah, sebelum secara tiba-tiba menyimbah air panas di dalam cerek ke arah mangsa sehingga melecur.
Gadis itu kemudian menghubungi datuk dan neneknya sebelum pergi ke rumah mereka dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kejadian itu turut dilaporkan kepada Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak dan pihak polis.
Remaja itu dilaporkan melecur tahap pertama di anggota badan, termasuk dagu, leher, bahu dan dada.
Mangsa dimasukkan ke hospital dari 26 Disember 2021 hingga 5 Januari 2022 dan kecederaannya dilaporkan sembuh pada 4 Januari 2022.
Timbalan Pendakwa Raya, Kathy Chu memohon hukuman penjara antara tiga hingga empat minggu terhadap tertuduh dengan mengatakan kecederaan dialami oleh mangsa adalah serius.
Sumber: BH ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
yes..aku sokong tindakan maknya...mcm tu jer cara ajar anak betina TAK RETI BAHASA...harap maknya bebas tanpa tuduhan mencederakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak pemalas...then grandparents backup ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nakkomenjugak at 27-4-2023 02:19 AM
Nak dengar story kedua belah pihak.
Boleh jadik maknya toxic
Boleh jadik anaknya 304 in the making
Kat IG tadi tengok kes ni jadik kat Temasek sana
|
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa K ke C? Takkan M kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana kejadiannya nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kiasu country - Singapore
|
|
|
|
|
|
|
|
itu je pangajo nye
ke rumah nya begitu serabut spi suka2 tido umah kwn |
|
|
|
|
|
|
|
Haih macam2 la sekarang ni. Nak didik anak bukan mudah. Nak jadi parent yang baik pun banyak cabaran sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Berita apa ni, takde maklumat2 tempat dll? Begini ke berita dlm BH pada hari ni? |
|
|
|
|
|
|
|
nie berita ke bercerita  |
|
|
|
|
|
|
|
garang mengalahkan singa betina + fail parenting, padanlah anak pun malas nak dok kat rumah |
|
|
|
|
|
|
|
mesti badan heshe persis benon gemok cam babi tu kan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|