CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahan Dorong Kanser Dikesan Dalam 2 Jenis Mi Segera Buatan Malaysia, Indonesia

25-4-2023 09:37 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1524| Komen: 16|Original author: Tatod

Dua jenis mi segera buatan jenama Malaysia dan Indonesia dikesan mengandungi bahan yang mendorong penyakit kanser, menurut Jabatan Kesihatan Taipei, semalam.

Jabatan itu mengumumkan hasil pemeriksaan dilakukan terhadap mi segera yang terdapat dalam pasaran di Taipei, tahun ini, lapor agensi berita CNA.


Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, pihaknya mendapati satu kumpulan mi segera berjenama 'Ah Lai White Curry Noodles' dari Malaysia dan satu lagi kumpulan mi segera berjenama 'Indomie: Special Chicken Flavour' buatan Indonesia, mengandungi etilena oksida yang juga sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.

Satu kumpulan mi segera berjenama ‘Ah Lai White Curry Noodles’ dari Malaysia dan satu lagi kumpulan mi segera berjenama ‘Indomie: Special Chicken Flavour’ buatan Indonesia, mengandungi etilena oksida yang juga sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.


Jabatan itu berkata, ujian dijalankan berjaya mengesan etilena oksida dalam kedua-dua mi dan peket perisa produk Malaysia terbabit, manakala produk Indonesia berkenaan pula hanya terkandung dalam peket perisa.

Peruncit - yang sampel mi segera berkenaan diambil tetapi tidak didedahkan - telah diarahkan untuk menarik balik penjualan kedua-dua produk terbabit, dan pengimportnya pula akan didenda antara NT$60,000 (kira-kira RM8,600) hingga NT$200 juta (kira-kira RM28.87 juta), menurut jabatan itu.

Berdasarkan maklumat dalam laman sesawang Biro Bahan Kimia dan Toksik bahawa Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar peringkat Kabinet, etilena oksida adalah beracun apabila dimakan atau dihidu.

Selain mendorong penyakit limfoma serta leukemia, etilena oksida juga boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit dan mata yang terkena bahan terbabit, malah ia berisiko menyebabkan kecacatan kelahiran serta keturunan.

Ketua Bahagian Makanan dan Ubat-Ubatan, Jabatan Kesihatan Taipei, Chen Yi-ting, berkata pemeriksaan mi segera dilakukan dengan memilih secara rawak 30 produk dari pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, pasar basah tradisional, kedai makanan Asia Tenggara dan pengimport borong di bandar itu. 


Sumber: BH ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja9 25-4-2023 09:45 AM
terus sebut jenama ...
Quote pooh~key 25-4-2023 09:46 AM
Cash buat ummah sister.
Quote Triple_8 25-4-2023 10:06 AM
Kalau di Malaysia, langsung tidak disebut jenamanya sebab takut kena saman.
Quote cashewnut 25-4-2023 10:12 AM
Terbaik. Ni yang kami mahu. Declare nama brand dan company. Sila buat selalu. Kami mahu nama…
Quote nw111 25-4-2023 10:15 AM
Indomie ni kat yurop merata2 jual..sana strict bab ingredients dlm makanan..tak pulak kena banned
Quote blastoff 25-4-2023 10:21 AM
semua nk di ban melainkan vaksin je agar boleh mkn vaksin minum vaksin kentut vaksin berak kencing vaksin kuang3

ye lorr camne lagi nk explain lonjakan kes cancer turbo melainkan guna produk yg diminati ramai lah agar ramai yg amat dpt kanser style tu automatic vaksin tak leh dipersalahkan ler
Quote blastoff 25-4-2023 10:24 AM
bullsheet ler produk camtu boleh sebab kan kanser..... lonjakan kanser berlaku hanya setelah vaksin covid wujud je.

sedangkan produk tuh dah lama wujud sejak berpuluh2 tahun lepas lagik cuma variety perasa je berbeza
Quote shi_jewel 25-4-2023 10:40 AM
I beli megi je. tu pun makan bila perlu je
Quote blastoff 25-4-2023 12:12 PM
shi_jewel replied at 25-4-2023 10:40 AM
I beli megi je. tu pun makan bila perlu je

aku sejak kecik2 suka Maggi... OK je dah berpuluh2 tahun tak kena kanser punggg
Quote aechae 25-4-2023 12:30 PM
blastoff replied at 25-4-2023 10:24 AM
bullsheet ler produk camtu boleh sebab kan kanser..... lonjakan kanser berlaku hanya setelah vaksin  ...

bro, klu bkn duduk dlm food industri better diam jelah..

study pasal food regulation alang2 rajin sgt kn... boleh 'grad' double degree  (vaksin + food safety)





Quote ultra78 26-4-2023 04:00 AM
Kalau penemuan ini di Malaysia, kita sebagai rakyat kena berteka-teki.
Quote cmf_jeangrey 26-4-2023 04:23 AM
nw111 replied at 25-4-2023 10:15 AM
Indomie ni kat yurop merata2 jual..sana strict bab ingredients dlm makanan..tak pulak kena banned

Yg kat urop tu pengeluar pegang lesen je kan tp ingredient ada lain sikit...tulisan kat peket pun bahasa arab..yg penting MSG tetap ada

Quote blastoff 26-4-2023 04:46 AM
Edited by blastoff at 26-4-2023 04:51 AM
aechae replied at 25-4-2023 12:30 PM
bro, klu bkn duduk dlm food industri better diam jelah..

study pasal food regulation alang2 rajin ...


jgn buat bengong.... ethylene oxide tuuuu terdapat pada btg swab yg di jolok ke hidung kau berulang kali tuhh, mask, dan segala mak nenek peralatan yg di guna kat spital sebagai cara sterilise

tetiba je dlm mee segera dikatakan ada mende tu buat2 risau lah plakkk

yg hampa dok boh kat kulit muka day in day out sebagai mask, dok jolok kat hidung berulang kali hampa buat bengong...

hmmm nampak sgt bodoh tak bertempat tapi perasaan terlebeyyy bijakkk
Quote aechae 26-4-2023 08:29 AM
blastoff replied at 26-4-2023 04:46 AM
jgn buat bengong.... ethylene oxide tuuuu terdapat pada btg swab yg di jolok ke hidung kau berulan ...

Eh bangang oorg dh 12 tahun duk kt QA handle lab test n sgala docs nk submit utk export produk mknan semua… segala declaration b4 submit semua skali dgn result lab test smple makanan.. bertahun dh isu ethylene oxide ni…
EO ni dlm pesticides ada, fumigants ada, bahan pencuci pn boleh ada…contaminants ni boleh dtg dr byk sumber n byk level..so klu bodoh bab ni baik diam je

Apa x include skali melamine, 3mcpd, sudan red color etc? Mesti x tau kn, ada bhagian khas utk kualiti n keselamatan mknan kn?  
Quote darkness 26-4-2023 08:40 AM
Alhamdulillah..dua2 jenama sy tak makan

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.110761 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top