View: 1315|Reply: 15
|
Bahan Dorong Kanser Dikesan Dalam 2 Jenis Mi Segera Buatan Malaysia, Indonesia
[Copy link]
|
|
Dua jenis mi segera buatan jenama Malaysia dan Indonesia dikesan mengandungi bahan yang mendorong penyakit kanser, menurut Jabatan Kesihatan Taipei, semalam.
Jabatan itu mengumumkan hasil pemeriksaan dilakukan terhadap mi segera yang terdapat dalam pasaran di Taipei, tahun ini, lapor agensi berita CNA.
Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, pihaknya mendapati satu kumpulan mi segera berjenama 'Ah Lai White Curry Noodles' dari Malaysia dan satu lagi kumpulan mi segera berjenama 'Indomie: Special Chicken Flavour' buatan Indonesia, mengandungi etilena oksida yang juga sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.
Satu kumpulan mi segera berjenama ‘Ah Lai White Curry Noodles’ dari Malaysia dan satu lagi kumpulan mi segera berjenama ‘Indomie: Special Chicken Flavour’ buatan Indonesia, mengandungi etilena oksida yang juga sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.
Jabatan itu berkata, ujian dijalankan berjaya mengesan etilena oksida dalam kedua-dua mi dan peket perisa produk Malaysia terbabit, manakala produk Indonesia berkenaan pula hanya terkandung dalam peket perisa.
Peruncit - yang sampel mi segera berkenaan diambil tetapi tidak didedahkan - telah diarahkan untuk menarik balik penjualan kedua-dua produk terbabit, dan pengimportnya pula akan didenda antara NT$60,000 (kira-kira RM8,600) hingga NT$200 juta (kira-kira RM28.87 juta), menurut jabatan itu.
Berdasarkan maklumat dalam laman sesawang Biro Bahan Kimia dan Toksik bahawa Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar peringkat Kabinet, etilena oksida adalah beracun apabila dimakan atau dihidu.
Selain mendorong penyakit limfoma serta leukemia, etilena oksida juga boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit dan mata yang terkena bahan terbabit, malah ia berisiko menyebabkan kecacatan kelahiran serta keturunan.
Ketua Bahagian Makanan dan Ubat-Ubatan, Jabatan Kesihatan Taipei, Chen Yi-ting, berkata pemeriksaan mi segera dilakukan dengan memilih secara rawak 30 produk dari pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, pasar basah tradisional, kedai makanan Asia Tenggara dan pengimport borong di bandar itu.
Sumber: BH ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau di Malaysia, langsung tidak disebut jenamanya sebab takut kena saman. |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik. Ni yang kami mahu. Declare nama brand dan company. Sila buat selalu. Kami mahu nama… |
|
|
|
|
|
|
|
Indomie ni kat yurop merata2 jual..sana strict bab ingredients dlm makanan..tak pulak kena banned |
|
|
|
|
|
|
|
semua nk di ban melainkan vaksin je agar boleh mkn vaksin minum vaksin kentut vaksin berak kencing vaksin kuang3
ye lorr camne lagi nk explain lonjakan kes cancer turbo melainkan guna produk yg diminati ramai lah agar ramai yg amat dpt kanser style tu automatic vaksin tak leh dipersalahkan ler
|
|
|
|
|
|
|
|
bullsheet ler produk camtu boleh sebab kan kanser..... lonjakan kanser berlaku hanya setelah vaksin covid wujud je.
sedangkan produk tuh dah lama wujud sejak berpuluh2 tahun lepas lagik cuma variety perasa je berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
I beli megi je. tu pun makan bila perlu je |
|
|
|
|
|
|
|
shi_jewel replied at 25-4-2023 10:40 AM
I beli megi je. tu pun makan bila perlu je
aku sejak kecik2 suka Maggi... OK je dah berpuluh2 tahun tak kena kanser punggg |
|
|
|
|
|
|
|
bro, klu bkn duduk dlm food industri better diam jelah..
study pasal food regulation alang2 rajin sgt kn... boleh 'grad' double degree (vaksin + food safety)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau penemuan ini di Malaysia, kita sebagai rakyat kena berteka-teki. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kat urop tu pengeluar pegang lesen je kan tp ingredient ada lain sikit...tulisan kat peket pun bahasa arab..yg penting MSG tetap ada
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 26-4-2023 04:51 AM
aechae replied at 25-4-2023 12:30 PM
bro, klu bkn duduk dlm food industri better diam jelah..
study pasal food regulation alang2 rajin ...
jgn buat bengong.... ethylene oxide tuuuu terdapat pada btg swab yg di jolok ke hidung kau berulang kali tuhh, mask, dan segala mak nenek peralatan yg di guna kat spital sebagai cara sterilise
tetiba je dlm mee segera dikatakan ada mende tu buat2 risau lah plakkk
yg hampa dok boh kat kulit muka day in day out sebagai mask, dok jolok kat hidung berulang kali hampa buat bengong...
hmmm nampak sgt bodoh tak bertempat tapi perasaan terlebeyyy bijakkk |
|
|
|
|
|
|
|
blastoff replied at 26-4-2023 04:46 AM
jgn buat bengong.... ethylene oxide tuuuu terdapat pada btg swab yg di jolok ke hidung kau berulan ...
Eh bangang oorg dh 12 tahun duk kt QA handle lab test n sgala docs nk submit utk export produk mknan semua… segala declaration b4 submit semua skali dgn result lab test smple makanan.. bertahun dh isu ethylene oxide ni…
EO ni dlm pesticides ada, fumigants ada, bahan pencuci pn boleh ada…contaminants ni boleh dtg dr byk sumber n byk level..so klu bodoh bab ni baik diam je
Apa x include skali melamine, 3mcpd, sudan red color etc? Mesti x tau kn, ada bhagian khas utk kualiti n keselamatan mknan kn? |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..dua2 jenama sy tak makan |
|
|
|
|
|
|
| |
|