CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Power Anak-Beranak KJ Dendang Lagu Raya, Isteri Pun Boleh Goreng Gitar!

23-4-2023 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1649| Komen: 10

Wow, power anak-beranak bekas menteri dan penyampai radio HotFM, Khairy Jamaluddin bermain alat muzik.

Menerusi hantaran di Instagram, Khairy, 47, memuat naik video bersama anak-anak dan isteri, Nori Abdullah bermain alat muzik dan menyanyikan lagu Suasana Hari Raya yang dipopularkan Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini dalam versi yang lebih rancak.



IG

Berdasarkan kapsyen mengiringi perkongsian itu, video raya berjudul Ironwood x Cougiran itu menyaksikan kolaborasi Khairy dan keluarga bersama guru jurusan muzik di akademi muzik, Ironwood.



Tampil mengenakan pakaian warna sedondon iaitu merah, kolaborasi itu mendapat maklum balas positif apabila rata-rata pengikut bekas Menteri Kesihatan itu memuji persembahannya. Ramai pengikut menyifatkan Khairy serba boleh dan berbakat besar.




Tahun lalu, Khairy bersama anggota keluarganya melakukan kolaborasi sama apabila memakai pakaian sedondon warna kuning sambil mendendangkan lagu Balik Kampung dipopularkan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Februari lalu, Khairy diumumkan sebagai penyampai baharu HotFM dan mengendalikan segmen Bekpes Hot pada setiap Isnin bersama Johan, AG dan Fara Fauzana.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 23-4-2023 01:46 PM
[youtube]Re8oysRAaWo[/youtube]



Quote plywood 23-4-2023 01:49 PM
ada banayka video dia main gitar...

[youtube]Ql-R22t7U2Q[/youtube]

aku ada belajar main gitar tp aku rasa tak ada bakatlah dalam muzik.. tak boleh nampak pattern dia, sama juga dengan art lain spt lukisan, ianya sangat asing, spt alien sahaja ..


Quote Decaffeinated 23-4-2023 01:50 PM
X heran. Di kampung aku dari dulu dah ada tak kecoh pun
Quote shernazz 23-4-2023 03:21 PM
plywood replied at 23-4-2023 01:49 PM
ada banayka video dia main gitar...



Sama lah..
Anak iols main ukulele
Iols petik ukulele pung rasa sunbang je.
Quote otai_g 23-4-2023 04:03 PM
Yg lagu raya tu main live ke? Nmpk mcm miming jerk. Fret kj dgn sound mcm x synchronous. Fret lain, sound lain
Quote supernaturalee 23-4-2023 09:19 PM
Buat album kanak2 pulak
Modern sounds
Quote dua_chzy 23-4-2023 10:58 PM
Oh Nori reti main gitar bass. Respek.
Quote dua_chzy 23-4-2023 10:58 PM
otai_g replied at 23-4-2023 08:03 AM
Yg lagu raya tu main live ke? Nmpk mcm miming jerk. Fret kj dgn sound mcm x synchronous. Fret lain,  ...

Itulah. Aku pun tertanya2.
Quote Piramida 23-4-2023 11:07 PM
Setiap tahun pun dia org buat video jamming lagu raya. Ai terhibur.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.032242 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top