Wow, power anak-beranak bekas menteri dan penyampai radio HotFM, Khairy Jamaluddin bermain alat muzik.
Menerusi hantaran di Instagram, Khairy, 47, memuat naik video bersama anak-anak dan isteri, Nori Abdullah bermain alat muzik dan menyanyikan lagu Suasana Hari Raya yang dipopularkan Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini dalam versi yang lebih rancak.
IG
Berdasarkan kapsyen mengiringi perkongsian itu, video raya berjudul Ironwood x Cougiran itu menyaksikan kolaborasi Khairy dan keluarga bersama guru jurusan muzik di akademi muzik, Ironwood.
Tampil mengenakan pakaian warna sedondon iaitu merah, kolaborasi itu mendapat maklum balas positif apabila rata-rata pengikut bekas Menteri Kesihatan itu memuji persembahannya. Ramai pengikut menyifatkan Khairy serba boleh dan berbakat besar.
Tahun lalu, Khairy bersama anggota keluarganya melakukan kolaborasi sama apabila memakai pakaian sedondon warna kuning sambil mendendangkan lagu Balik Kampung dipopularkan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.
Februari lalu, Khairy diumumkan sebagai penyampai baharu HotFM dan mengendalikan segmen Bekpes Hot pada setiap Isnin bersama Johan, AG dan Fara Fauzana.
aku ada belajar main gitar tp aku rasa tak ada bakatlah dalam muzik.. tak boleh nampak pattern dia, sama juga dengan art lain spt lukisan, ianya sangat asing, spt alien sahaja ..