Kuala Lumpur: Sekumpulan 12 pengunjung Air Terjun Sungai Sendat, Jalan Kampung Gurney, termasuk tiga kanak-kanak, diselamatkan selepas terkandas di seberang sungai akibat kejadian kepala air, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata mangsa terdiri daripada sembilan dewasa serta tiga kanak-kanak berusia dua hingga 50 tahun, diselamatkan. Terdahulu, katanya bomba menerima laporan kejadian pada jam 3.39 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat. "Mangsa yang terperangkap terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita dewasa serta tiga kanak-kanak termasuk dua kanak-kanak perempuan. "Kesemua mangsa terperangkap di seberang sungai selepas berlaku kejadian kepala air semasa mereka mandi manda di kawasan air terjun berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, pihak bomba berjaya menyelamatkan kesemua mangsa sebelum dibawa ke tempat selamat dan kesemua mereka tidak mengalami kecederaan. Sumber: HARIAN METRO
|
DARSITA replied at 23-4-2023 09:51 AM
Anggota bomba ni ada life insurance tak? ke hanya ada Socso?
Kalau lah hilang nyawa masa menyelama ...
n3ar replied at 23-4-2023 10:10 AM
Penjawat Awam takde socso.. Insuran nyawa pun kalau ada beli sendiri.. Yg dorang ada ex gratia kal ...
n3ar replied at 23-4-2023 10:10 AM
Penjawat Awam takde socso.. Insuran nyawa pun kalau ada beli sendiri.. Yg dorang ada ex gratia kal ...
blue_blur replied at 23-4-2023 09:12 AM
bebal nya tak boleh bawa bincang.. lepas zohor tu pun dah nampak awan gelap area situ semalam..
Skuau replied at 23-4-2023 12:57 PM
'mendung tak bererti hujan'-deddy dores & ella......
SalenaGomez replied at 23-4-2023 10:45 AM
Itupon insurance company tgk nature keje…kalau kerja2 yg berbahaya, insurance xnak cover atau kal ...
SalenaGomez replied at 23-4-2023 10:45 AM
Itupon insurance company tgk nature keje…kalau kerja2 yg berbahaya, insurance xnak cover atau kal ...
blue_blur replied at 23-4-2023 09:12 AM
bebal nya tak boleh bawa bincang.. lepas zohor tu pun dah nampak awan gelap area situ semalam..
DARSITA replied at 23-4-2023 09:51 AM
Anggota bomba ni ada life insurance tak? ke hanya ada Socso?
Kalau lah hilang nyawa masa menyelama ...
Thunderclouds replied at 23-4-2023 10:18 PM
Yup.
My nephew keja bomba.
Nk amik personal insurance xdpt.
ADVERTISEMENT