View: 1027|Reply: 15
|
12 Individu Terperangkap Kepala Air Di Air Terjun Sungai Sendat
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Sekumpulan 12 pengunjung Air Terjun Sungai Sendat, Jalan Kampung Gurney, termasuk tiga kanak-kanak, diselamatkan selepas terkandas di seberang sungai akibat kejadian kepala air, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata mangsa terdiri daripada sembilan dewasa serta tiga kanak-kanak berusia dua hingga 50 tahun, diselamatkan.
Terdahulu, katanya bomba menerima laporan kejadian pada jam 3.39 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat.
"Mangsa yang terperangkap terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita dewasa serta tiga kanak-kanak termasuk dua kanak-kanak perempuan.
"Kesemua mangsa terperangkap di seberang sungai selepas berlaku kejadian kepala air semasa mereka mandi manda di kawasan air terjun berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, pihak bomba berjaya menyelamatkan kesemua mangsa sebelum dibawa ke tempat selamat dan kesemua mereka tidak mengalami kecederaan.
Sumber: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
bebal nya tak boleh bawa bincang.. lepas zohor tu pun dah nampak awan gelap area situ semalam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anggota bomba ni ada life insurance tak? ke hanya ada Socso?
Kalau lah hilang nyawa masa menyelamatkan bingai bingai yg terkandas ni .. |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 23-4-2023 09:51 AM
Anggota bomba ni ada life insurance tak? ke hanya ada Socso?
Kalau lah hilang nyawa masa menyelama ...
Penjawat Awam takde socso.. Insuran nyawa pun kalau ada beli sendiri.. Yg dorang ada ex gratia kalau meninggal dlm perkhidmatan semasa bekerja... Dapat pampasan |
|
|
|
|
|
|
|
n3ar replied at 23-4-2023 10:10 AM
Penjawat Awam takde socso.. Insuran nyawa pun kalau ada beli sendiri.. Yg dorang ada ex gratia kal ...
Itupon insurance company tgk nature keje…kalau kerja2 yg berbahaya, insurance xnak cover atau kalau cover pon, jika berlaku kematian disebabkan pekerjaan tu, x cover
Sebab tu better gomen bg lah duit saguhati yg tu tinggi utk badan beruniform …kesian kat ahli keluarga yg tinggal x terbela |
|
|
|
|
|
|
|
n3ar replied at 23-4-2023 10:10 AM
Penjawat Awam takde socso.. Insuran nyawa pun kalau ada beli sendiri.. Yg dorang ada ex gratia kal ...
ye betul. tp exgratia makin sikit bila makin lama berkhidmat. |
|
|
|
|
|
|
|
blue_blur replied at 23-4-2023 09:12 AM
bebal nya tak boleh bawa bincang.. lepas zohor tu pun dah nampak awan gelap area situ semalam..
'mendung tak bererti hujan'-deddy dores & ella...... |
|
|
|
|
|
|
|
lega sangat pagi panas petang hujan tiap hari
|
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 23-4-2023 10:45 AM
Itupon insurance company tgk nature keje…kalau kerja2 yg berbahaya, insurance xnak cover atau kal ...
Yup.
My nephew keja bomba.
Nk amik personal insurance xdpt.
Keja high risk depa xnk cover.
|
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 23-4-2023 10:45 AM
Itupon insurance company tgk nature keje…kalau kerja2 yg berbahaya, insurance xnak cover atau kal ...
Owh baru tahu... thanks info |
|
|
|
|
|
|
|
blue_blur replied at 23-4-2023 09:12 AM
bebal nya tak boleh bawa bincang.. lepas zohor tu pun dah nampak awan gelap area situ semalam..
Kepala air ni kekadang tak tunggu hujan pun. Boleh jadi laluan air yg lama terhalang tetiba pecah pun ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 23-4-2023 09:51 AM
Anggota bomba ni ada life insurance tak? ke hanya ada Socso?
Kalau lah hilang nyawa masa menyelama ...
Insurance company is there to make money bukan to help us. Dah sah kerja berisiko memang tak lah diorang nak cover. Even kerja penguatkuasa pun tersenarai dalam exclusion list.
|
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 23-4-2023 10:18 PM
Yup.
My nephew keja bomba.
Nk amik personal insurance xdpt.
Yeee, terms2 insurance mcm ni lah yg agent insurance kena terangkan pada policy holder…ni collect premium tp x explain apa yg x cover… Bila happen claim n x bayar, terus kata insurance penipu |
|
|
|
|
|
|
|
Sungai sendat ni dah ada banyak kematian sebab kepala air. Siap letak papan tanda besar2 dekat pintu masuk. Memang bodoh manusia yang terperangkap ni. Menyusahkan orang |
|
|
|
|
|
|
|
eee geram pulak baca berita ni |
|
|
|
|
|
|
|
Org sibuk beraya korang g mandi manda pulak! X de keje lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|